Khamis, 8 Julai 2021

Muffin Pandan Mudah

Lembut dan gebu!

Tak ada cabaran langsung kalau buat muffin pandan ni. Pasaipa? Godek-godek jer pun terus jadi. Takyah guna mixer ke.. blender ke.. Takyah.. 💃💃💃

Untuk resepi ni, rasanya lebih sedap sebab kita menggunakan air pandan asli yang dikisar dengan susu segar.  


RESEPI MUFFIN PANDAN 

Oleh Dapur Cempakasari

(Menghasilkan 14 cup muffin saiz sedang)


Bahan-bahan


Bahan A 

2 cawan tepung gandum

2 sudu kecil baking powder

(Tepung gandum dan baking powder diayak)

1 cawan gula

1/2 sudu kecil garam


Bahan B

1 biji telur

1/2 cawan minyak jagung (nak pakai minyak masak pun boleh)

1 1/4 cawan susu segar

5 helai daun pandan - dipotong kasar (susu segar dikisar bersama daun pandan dan tapis untuk dapatkan susu pandan)

1 sudu kecil pewarna hijau

1 sudu kecil esen vanilla ( resepi asal letak pandan paste)


Cara-cara membuatnya

Jom.. jom..kita ke dapur.

Mula-mula sekali kita dah boleh panaskan oven suhu 180°C selama 10 minit sebab nak buat persediaan muffin ni cepat dan mudah sahaja. 

🌷Kisar 5 helai daun pandan yang dipotong kasar bersama 1 1/4 cawan susu segar sehingga hancur. Tapis dan ambil susu pandan.

🌷Sukat susu pandan tu. Mesti cukup 1 1/4 cawan.

🌷Abaikan jee ler blender bekas kunyit dan cili api Mak Hencik tu.. itulah hakikat sebenar di dapur. Hahaha 🙈🙈


🌷Dalam sebuah bekas, masukkan semua bahan A iaitu susu pandan tadi bersama sebiji telur, 1 sudu kecil esen vanila, 1/2 cawan minyak jagung atau minyak masak dan satu sudu kecil pewarna hijau.


🌷Kacau rata menggunakan whisk. Ketepikan.


🌷Dalam sebuah bekas lain iaitu bekas kaler biru, masukkan semua bahan A iaitu 2 cawan tepung gandum yang diayak dengan 2 sudu kecil baking powder, 1/2 sudu kecil garam dan 1 cawan gula. Gula tu gula pasir jer

🌷 Semua bahan digaul rata.


🌷Buatkan lubang di tengah.


🌷Tuang bahan campuran B tadi kat tengah lubang tu.


🌷Kacau dengan kaedah kaup balik. Jangan ter'over' kacau pula pesan resepi tu. Kaup balik dalam 20 kali jer katanya. Mak Hencik guna spatula.


🌷Adunan tu kalau ada sedikit berketul tu biarkan ajer, katanya. Buat dekkk jer, kata resepi itu lagi.

🌷Lepas tu biarkan selama 5 minit.


🌷Dalam nak tunggu 5 minit tu, kita sediakan acuan muffin atau acuan apa-apa sahaja yang hadow..😆😆😆


🌷Dah cukup 5 minit, kita pun tuang adunan muffin ke dalam acuan. 

🌷Isikan 3/4 cup penuh sebab nanti dia akan naik tinggi. Kalau isi penuh nanti ia akan melimpah keluar pula.


🌷 Masukkan ke dalam oven pada suhu 180°C selama 20 minit 


🌷Kejadian selepas 10 minit.


🌷 Kejadian selepas 15 minit. Tunggu lagi 5 minit untuk pastikan muffin betul-betul masak.

🌷Bila oven dah berbunyi 'ting!', bolehlah tutup suis oven dan keluarkan dulang muffin dengan berhati-hati.


🌷 Sejukkan sebentar sebelum disimpan dalam bekas.  


🌷Ni ☝🏼☝🏼 pula untuk dirasa. Sedap ke?


 🌷Sedaaappp. Jemput makan kawan-kawan semua.

🌷 Bismillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan