Sabtu, 14 Disember 2019

Kuih Nona Manis

Lemak manis.. Aroma daun pandan. Wangi.. Sedap rasanya bila dimakan, sampai terpejam mata! πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Dup dap Dup dap rasa dalam dada. Macam jatuh cinta pula. Tapi bukan.. Dup dap Dup dap ini adalah debaran kerana kali pertama nak membuatmu, si nona manis!


Sahabat FB Aznati Azhar selalu buat kuih comel ni. Dia sertakan resepi sekali. Mak Hencik pun screen shot resepi tersebut dan simpan dalam tepon. Rasa macam lama gak dok memeramnya.

Tengahari semalam pula ada dua pohon pandan ditebang oleh Pak Hencik kerana dah merimbun beranak-pinak. Jadi rasanya.. Inilah saat yang sesuai untuk membuatnya.


RESEPI KUIH NONA MANIS
Oleh Dapur Cempakasari
Sumber resepi : Aznati Azhar via FB Kongsi Kuih Muih dan Masakan
(menghasilkan 31 biji kuih)

Bahan AπŸ’Ÿ

πŸ’Ÿ1 biji telur gred A atau gred B - di kisar sehingga kembang
πŸ’Ÿ1 cawan santan pekat
(Mak Hencik guna 1/2 cawan santan kotak dicampur dengan 1/2 cawan air)
πŸ’Ÿ1 cawan tepung gandum
πŸ’Ÿ1/2 cawan gula

Bahan BπŸ’š

πŸ’š1/2 cawan santan sederhana pekat
 (Mak Hencik guna 2 sudu besar santan kotak dibancuh dengan 1/2 cawan air)
πŸ’š1/2 cawan air daun pandan
(potong kecil tiga helai daun pandan dan kisar bersama 1/2 cawan air dan tapis)
πŸ’š1/4 cawan tepung jagung
πŸ’š1/4 cawan gula
πŸ’š1 sudu kecil pewarna hijau
πŸ’š1/2 sudu kecil garam

Bahan C πŸ’œ

πŸ’œ2 1/2 cawan santan sederhana pekat (Mak Hencik guna 1 1/2 cawan santan kotak dicampur dengan 1 cawan air)
πŸ’œ4 sudu besar tepung gandum
πŸ’œ2 sudu besar tepung jagung
πŸ’œ1/2 sudu kecil garam

πŸ’™Sedikit minyak masak untuk disapu pada acuan lompang
πŸ’™31 biji acuan lompang

Cara-cara membuatnya

Jom.. Jom.. Jom kita ke dapur.

Mula-mula kita sediakan bahan-bahannya.


Antara bahan-bahan yang digunakan, iaitu tepung gandum, tepung jagung, gula, santan, air daun pandan, telur, pewarna hijau dan sedikit garam.

Mak Hencik beli 1 kotak santan 500ml untuk buat kuih ni


Langkah 1
Sediakan adunan A

Sebiji telur dikisar sehingga kembang.


Di dalam sebuah bekas, masukkan 1 cawan santan, 1 cawan tepung gandum dan 1/2 cawan gula. Gaul hingga sebati menggunakan whisk. Kemudian tuang telur dari mesin pengisar tadi dan kacau lagi sehingga sebati.


Tapis dan ketepikan adunan A ini.


Langkah 2
Sediakan adunan B

Di dalam bekas, satukan 1/2 cawan santan, 1/2 cawan air daun pandan, 1/4 cawan tepung jagung, 1/4 cawan gula, secubit garam dan pewarna hijau. Kacau hingga sebati menggunakan whisk.


Tapiskan ke dalam kuali dan masak sehingga pekat dan berkilat. Bila adunan sudah pekat dan berkilat, terus tutup api.


Ambil adunan A tadi dan tuang ke dalam adunan B sambil dikacau menggunakan whisk sehingga rata. Ia akan menghasilkan bancuhan sederhana pekat.


Jika kaler adunan nampak pudar, boleh tambah pewarna hijau. Kacau sebati.

Tunggu sejuk sikit, kemudian bolehlah dituang ke dalam botol sos plastik yang ada satu lubang. Ketepikan.


Langkah 3
Sediakan adunan C

Di dalam sebuah bekas, satukan 2 setengah cawan santan sederhana pekat, 4 sudu besar tepung gandum, 2 sudu besar tepung jagung dan sedikit garam. Kacau hingga sebati menggunakan whisk.


Tapiskan adunan ke dalam kuali dan masak sambil dikacau sehingga pekat. (Adunan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat) Maksudnya kalau adunan tu dah nak pekat sikit tu, bolehlah tutup api ya. Time ni paling susah Mak Hencik rasa. πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Sejukkan sebentar sebelum dituang ke dalam botol sos plastik yang ada satu lubang.


Langkah 4
Acuan lompang disapu dengan minyak masak.

Botol sos bancuhan kaler hijau dan putih pun dah tersedia tu.

Jom mulakan proses menghasilkan kuih nona manis!


Picitkan bancuhan kaler hijau ke dalam acuan sebanyak  3/4 penuh. Buat sampai habis.


Lepas tu paipkan pula bancuhan putih kat tengah-tengah warna hijau tu. Caranya ialah dengan mencelup muncung ke dalam warna hijau di bahagian tengahnya. Kemudian picit sehingga adunan memenuhi acuan.

Yang kat atas tu ☝️☝️ Mak Hencik buat kali pertama. 'Cantikkan'? Tetiba jer terpancut tanpa boleh dikawal Hahaha πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚


Yang ini pula ☝️☝️ percubaan kedua, ketiga dan keempat. Hasilnya kelihatan bertambah baik. Hihihi
😁😁😁


Buatlah sehingga habis adunan tersebut. Ada cacat sikit-sikit tu tak per tau sebab bila dikukus, ia akan jadi cantik gak. 



Ini ☝️☝️adalah cara Mak Hencik Paipkan warna putih ke dalam warna hijau.


Langkah 5
Masukkan ke dalam pengukus dan Kukus selama 20 minit. Tudung pengukus hendaklah dibalut dengan kain supaya air tidak menitis ke atas kuih.


Bila sudah masak, tutup suis dan keluarkan dari pengukus. Sejukkan dahulu sebelum dikeluarkan dari acuan.


Oklah juga nampaknya. Bolehlah.. Untuk percubaan pertama. Kalau Mak Hencik boleh buat, korang pun mesti boleh! πŸ’ͺπŸ’ͺ


Keluarkan dari acuan.


Si nona manis di dalam piring. Duduk dengan santun sambil menunggu tangan-tangan menyentuhnya.

Jemput menikmatinya wahai sahabat semua..

Bismillah..

Mmmm.. Sedapnya dinikmati bersama teh o suam.

Jumaat, 13 Disember 2019

Resepi Rempeyek yang Sangat Mudah

Nak buat Rempeyek ni mudah sahaja. Yang susahnya ialah nak cari kerajinan dan kesabaran tuh. Ada ke insan-insan di luar sana yang macam insan di sini. Yang rajin yakmat masa makan krup krap krup krap. Tapi time nak buat tu tunggu 2 ke 3 tahun baru buat sekali. 

HahahaπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚


Iols jer yang pemaleh.. Uols rajin-rajin belaka. Jangan ikut perangai 'rajin' iols ya.. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚


Ni kali kedua dalam hidup nih buat rempeyek. Mujurlah resepinya memang menjadi. Jadi bolehlah kongsi-kongsi dengan uols semua. Mana tau kot-kot uols nak buat berniaga ker.. Nak buat untuk hari raya ker.. Nak menunjuk kat MIL ke.. (jangan ... Tak baik menunjuk tau.. Hi3)


Yang penting kalau nak buat tu kena tingkatkan kesabaran dan keimanan.. Panas dan berpoluh den dok menggoreng rempeyek ni wehhh
πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…


RESEPI REMPEYEK
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

250 gm tepung beras
300 ml santan (lebih kurang 1 1/3 cawan santan)
1 cawan air
3/4 cawan udang kering
2 sudu besar ketumbar
2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih
1 sudu kecil garam
3 sudu kecil gula
1 biji telur
5 biji bawang putih
2 sudu besar air kapur
2 cawan kacang tanah atau secukupnya
1/2 cawan ikan bilis dibelah dua
1 kg minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara untuk menyediakannya

Jom.. Jom.. Jom kita ke dapur.

Mula-mula kita buat persediaan awal sebelum memasak dulu ya.


Sediakan kacang tanah. Kalau boleh pilih kacang tanah saiz kecil. Basuh bersih dan jemur supaya bila digoreng nanti akan mudah masak.


Kisar santan bersama ketumbar, jintan manis, jintan putih, udang kering, telur, garam, gula, bawang putih dan air kapur sehingga hancur.


Tuang bahan kisar ke dalam bekas yang mengandungi tepung.


Gaul sehingga rata. Rasa dulu cukup tak masin dan manis. Sempurnakan rasa.


Tambahkan kacang tanah dan ikan bilis. Gaul rata.


Panaskan minyak. Ambil satu senduk kecil adunan dan tepekkan di tepi kuali.

Cuba buat satu senduk dulu. Kalau tebal, kena tambah air sikit. Kalau nipis sangat, kacang tak lekat lak, so kena tambah tepung beras sikit. Kalau dah OK tak yah lah dok memandai tambah apa-apa lagi. Ki3 πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†


Nanti bila dah garing sikit ia mudah jer tangga dari kuali panas tu. Kalau susah juga nak tanggal, jirus sikit dengan minyak panas tu. Nanti senang lah ia lekang dari kuali.


Biarkan ia dalam minyak panas.


Bila warna sudah keperangan, balik kan rempeyek.


Bila dah masak, angkat dan toskan minyak. Ulangilah proses menggoreng sehingga habis. Jangan ler risau pasal panas dan berpeluh ketiak tu ya.. Itu biasa... πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚


Akhirnya... Siap juga.. πŸ’ͺπŸ’ͺ

Dapat tiga balang. 2 balang besaq, satu balang sederhana besaq. Huntung tak agak-agak? Huhuhu

Jom rasa..

Bismillah..

Sambil tu tertanya-tanya.. Bila lagi saya akan buat rempeyek ni ya? Kikiki.. πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Khamis, 12 Disember 2019

Murtabak Maggi yang Mudah dan Sedap

Menu savouri pilihan untuk breakfast atau minum petang. Mudah dan sedap! Sesuai juga untuk dihidangkan kepada tetamu yang muncul tanpa dijangka! πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹



Sejak cuti sekolah ni, semua bergoreng sudah dimasak. Bihun goreng, maggi goreng, nasi goreng, macaroni goreng dan spaghetti goreng. Habis bahan dah nak goreng. Hihihi πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Beberapa hari lepas, terpandang murtabak maggi di Wall FB. Terus mentol lampu menyala terang-benderang untuk menyediakannya.

Jadi, tunggu apa lagi..


RESEPI MURTABAK MAGGI
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

3 keping maggi - dicelur dan ditoskan
6 biji telur
7 helai daun sup - dihiris halus
1 biji lada merah - dicincang. Kalau suka pedas boleh tambah cili padi
1/2 biji bawang besar - dicincang
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk cukup rasa maggi
1/2 sudu kecil garam
Sedikit minyak untuk melengser pada kuali.

Cara-cara membuatnya

Jom.. Jom.. Jom kita ke dapur

Mula-mula kau buat dulu persediaan awal sebelum memasak. Atau dalam bahasa Perancis disebut mise en place.

Jom..


Celur maggi sampai lembut dan toskan air.


Telur 5 biji lepas tu tambah lagi sebiji. Jadi berapa? Kau pikir ambiklah sendiri. πŸ€ͺπŸ€ͺ


Hiris daun sup, cincang bawang besar Holland, cincang lada merah, serbuk perasa maggi, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam dan sedikit garam.


Sedikit daging yang telah direbus empuk dan dicincang.

Kalau kau rasa tak suka daging, boleh ajer ditukarkan kepada sumber protein lain macam ayam ke udang ke.. Atau tak nak letak sumber protein pun tak perr


Langkah 1

Dalam bekas yang sesuai, satu kan semua benda kecuali minyak masak tu. Sebab minyak tu untuk disapu pada kuali.


Godek dengan garpu sehingga sebati.


Langkah 2

Sediakan pan, sapu sedikit minyak. Kalau nak senang hidup kau, guna kuali non stick. Biarkan panas sekejap.

Tuang adunan secukupnya ke dalam pan. Tutup dengan tudung periuk. Biarkan sehingga telur berubah ke warna keperangan.


Langkah 3

Balikkan murtabak dan biarkan ia masak sempurna.


Langkah 4

Apabila sudah masak, kau jangan biar dia jadi rentung pula. Cepat-cepatlah kau angkat masuk ke dalam pinggan.

Lepas ulang langkah 2 hingga 4 untuk murtabak maggi yang kedua dan ketiga.


Langkah 5

Murtabak maggi dalam pinggan tu kita hiaslah dengan sos cili dan dan mayonnaise. Eh.. Eh.. Eh.. Asal kita lak? Kau lah yang hias.. Kau yang buatkannnnnm . 😜😜😜


Ambillah sekeping untuk dirasa. Kau rasalah.. Sedap ke tidak?

Bismillah..

Mmmm.. Sedapnya. Eh! Aku pulak yang rasa. Hahaha πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Rabu, 11 Disember 2019

Cara Tajamkan Mata Pisau Blender

3 Cara Mudah Tajamkan Kembali Pisau Blender Yang Tumpul


Blender atau mesin pengisar bila dah lama digunakan mata pisaunya mungkin akan jadi tumpul.

Kalau dah lama kisar tapi bawang tak juga hancur malah ada yang berketul walau sudah ditambah air maknanya mata pisau pengisar sudah tak lagi tajam.

Jangan terus fikir untuk ganti pengisar baru sebab ada saja cara untuk tajamkan kembali mata pisau yang sudah tumpul ini.

Tiga cara untuk menajamkan pisau pengisar yang tumpul.

1. Garam kasar

Cara ni paling senang, ambil garam kasar lebih kurang segenggam kemudian masuk dalam blender.

Kisar kering garam tadi, ulang beberapa kali. Cuba kisar bawang atau cili selepas itu anda akan dapati blender akan jadi lebih tajam.

2. Ketul ais atau air batu

Lagi satu cara, boleh guna air batu atau ais ketul. Elok guna air batu yang kita buat sendiri sebab lagi keras.

Hancurkan sikit sebelum masukkan ke dalam blender. Kemudian kisarkan macam kita nak buat ice blended tu. Kisarkan lebih kurang 10 minit dan mata blender akan menjadi lebih tajam.

3. Beras

Akhir sekali boleh juga gunakan beras untuk tajamkan mata pisau pengisar. Tak
Tak kisahlah beras jenis apa, ambil segenggam atau secawan dan kisar kasar selama beberapa minit.

Lepas tu, tengoklah hasilnya. Tentu lebih tajam macam baru beli!

Sumber : fb Vanilla Kismis

Selasa, 10 Disember 2019

Kuih Ketayap

Ada orang panggil kuih ni kuih bantal buruk. Korang panggil apa?


Rasanya dah lama sangat dah tak buat kuih ketayap ni. Seingat Mak Hencik first and last buat ialah semasa anak sulung dan anak kedua masih di bangku sekolah rendah. Dalam empat atau lima tahun lepas agaknya. πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Teringat pula dekat Syahmi, anak jiran rumah Desa Indah dulu tu. Dah form 4 dah dia sekarang. Sejak kami pindah rumah dan dia pula pindah rumah ayahnya di Terengganu, sejak tu lah tak tengok dia.

Masa tu Mak Hencik buat kuih ketayap ni dan dia ada datang bermain dengan abe dan kakak. Suka dia makan kuih ni. Lepas satu-satu di ulang ambil bawah saji untuk dimakan. Semoga kamu sihat dan bahagia selalu ya, Syahmi.


RESEPI KUIH KETAYAP
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi - tak letak pun tak apa. Cuma fungsinya adalah untuk mengelakkan daripada pecah semasa menggulung.
2 3/4 cawan air pandan
1 biji telur
2 sudu besar minyak masak
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil pewarna hijau epal


Bahan-bahan kelapa parut

1/2 biji kelapa parut putih
1 cawan air
8 sudu besar gula merah
5 sudu besar gula
Secubit garam
2 helai daun pandan - disimpul


Cara-cara membuatnya.

Jom.. Jom.. Jom kita ke dapur.

Mula-mula buat persediaan awal sebelum memasak dahulu.


Langkah 1

Cara memasak Inti Kelapa

1. Panaskan air dalam pan bersama gula merah, gula, garam dan daun pandan yang disimpul.

2. Bila gula merah dan gula sudah hancur, masukkan kelapa parut putih. Kacau sehingga sebati dan pekat.

3. Bila sudah pekat, tutup api dan sejukkan.


Langkah 2

Potong kecil lima helai daun pandan dan kisar bersama 2 3/4 cawan air. Tapi dan ambil airnya. Kuih ketayap akan berbau wangi pandan.

Tapi kalau korang tak berapa rajin, just guna air biasa jer pun boleh. Bohlah paste pandan sikit biar bau harum.


Langkah 3

Di dalam bekas, satukan air daun pandan, 2 cawan tepung gandum, sebiji telur, 2 sudu besar minyak masak dan sedikit garam. Kacau menggunakan whisk sehingga rata.

Tips: kalau nak senang, ko masukkan sahaja dalam blender dan kisar sehingga hancur.


Inilah hasilnya. Jangan sampai ada yang berbintil. Kalu ada.. Tak lulus! Amboiii garangnya.


Langkah 4

Sediakan minyak masak dan berus untuk melengser pada kuali.


Langkah 5

Panaskan pan dan sapu minyak supaya tidak melekat. Kalau ada kuali non stick lagi bagus tau. Heeee.. 😁😁

Tuang satu senduk kecil ke atas pan dan lenggangkan dia supaya menghasilkan lapisan nipis.

Tunggu sehingga masak dan angkat. Tak payah balik dah ya.

Kalau nak senang, buat ajer lempengnya tu sampai habis. Lepas tu bolehlah proceed buat proses gulung-menggulung.


Langkah 6

Ambil inti kelapa secukupnya dan letak di atas lempeng tu. Gulung macam kita buat popia tu jer.


Langkah 7

Haaa..dah siap dah. Namanya terpaksa di tukar kepada kuih Ketayap debab. Kihkihkih. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Jemput makan semua..

Bismillah..