Jumaat, 20 April 2018

Pulut Tanak tanpa Sukatan Air guna dapur gas

Kalau nak makan pulut dalam jumlah yang sedikit, senang tanak ajer dalam periuk. Tenggek atas gas. Guna cara orang dulu-dulu. Cara ni Mak Hencik belajar dari Mak.

Biasanya kita tanak pulut ni kerana nak makan pulut durian, pulut mangga, pulut nyior ikan kering atau untuk dimakan dengan cendol.


PULUT TANAK
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

2 cawan pulut
Air yang banyak, lebih kurang 3 inci dari aras pulut atau lebih.

Cara-cara


Basuh bersih beras pulut dan rendam dengan pewarna yang disukai. Masukkan sekeping asam gelugur. Mak kata supaya warna tu melekat elok jer kat pulut kita.
Ya ke mak?

Kalau tak mau kaler, takyahlah pewarna, takyah letak asam keping tu. Rendam dengan air jer.


Masukkan beras pulut yang direndam tadi beserta airnya ke dalam periuk. Asam keping dikeluarkan dan dibuang. Mak Hencik buang ke dalam tong sampah. Oii itu pun nak bagitahu ke? Kikiki Lepas tu buka api.


Biarkan sehingga air menggelegak. Biarkan menggelegak selama 2-3 minit.

Lepas tu tutup api. Lepas tutup api buat apa pulak?

Ambil sarung tangan ketuhar, pegang periuk dan buang air dalam periuk. Biarlah kalau ada air sikit-sikit dalam tu. Nanti air tu akan membantu memasakkan pulut kita.


Lepas tu?

Lepas tu, letak semula periuk di atas dapur. Tutup periuk dan buka api perlahan.

Lepas tu?
Tunggulah sampai masak. Dalam lima minit kot ya. Macam kita masak nasi dengan dapur gas la lebih kurang

Lepas tu?
Dah masak tutuplah api.


Inilah hasilnya..


Hari ni kami makan cendol pulut, letak jagung dan kacang tanah cincang. Jom makan.. jom..

Bismillah..

Khamis, 19 April 2018

Cucur Bawang Senang Sekali

Menemani orang bertukang pada hari ini, kita buat kudapan. Cucur bawang senang sekali namanya.. tak fofular mana cucur ni.. tak tersenarai dalam ranking.    😅😅


Tapi sedap dimakan semasa panas. Cicah pula dengan sos pencicah yang sedap. Mmmm.. bertambah sedaplah dia. Dan sekejap sahaja sudah licin.. baguslaa.. boleh terus cuci pinggan. 😁😁😁


RESEPI CUCUR BAWANG SENANG SEKALI
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan air
1/2 sudu kecil garam
1 tangkai daun sup - hiris halus
2 tangkai daun bawang - hiris halus
1/2 biji bawang merah besar - dicincang halus
1 biji telur

Cara-cara


Di dalam mangkuk adunan, campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati.


Panaskan minyak dan sudukan ke dalam kuali. Bila sudah keperangan, balikkan cucur supaya masak sekata.


Bila sudah masak, angkat dan toskan minyak.

Gorenglah sehingga habis adunan tadi.


Angkat dan toskan minyak dan bolehlah dihidangkan. Oii! Dah siap dah? Dah siap dah..


Jom..jom.. jom makan semua.
Bismillah..

Selasa, 17 April 2018

Gulai Telur Itik Ibu Mertuaku

Lauk ni bukan ibu mertuaku yang masak. Bukan juga guna cara ibu mertuaku yang masak. Habis, apa kena mengena dengan mak mertua ni?

Telur itik tu ibu mertua yang bagi.. Hasil dari itik-itik yang dibelanya.. jauh dari kampung telur itik tu dibawa, melintasi bandar sampailah ke kampung semula..

Hari tu ternampak di fb cara nak bagi cantik telur ialah dengan masak dulu di dalam air mendidih. Jom kita cuba..


RESEPI GULAI TELUR ITIK IBU MERTUAKU
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

4 biji telur itik saiz kecil
3 cawan santan
3 biji cili padi
1 biji bawang putih
1 biji bawang merah besar
1 hiris lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
1 keping asam gelugur
1 tangkai lada merah
Garam secukupnya
Gula secukupnya, jika suka.

Cara-cara menyediakannya


Bahan-bahan seperti bawang putih, bawang merah, cili padi, kunyit hidup dan lengkuas.

Langkah 1
Masukkan air dalam kuali, biar hingga mendidih.

Seingat Mak Hencik dalam fb tu dia masukkan cuka, tapi Mak Hencik tak ingat la nak bubuh. Huhu. Jadi Mak Hencik tak letakkan.


Langkah 2
Pecahkan telur ke dalam mangkuk kecil.


Langkah 3
Bila air sudah mendidih, tuang telur dalam mangkuk kecil ke dalam kuali.


Langkah 4
Ulangi langkah 2 dan 3.


Ooo.. bulat jadinya telur itik ni.


Langkah 5
Bila telur sudah masak, bolehlah tutup api dan toskan air.


Langkah 5
Dalam kuali atau periuk, masukkan santan, bahan kisar, asam keping dan lada merah. Masukkan garam dan gula secukupnya.
Kacau selalu sehingga mendidih.


Langkah 6
Apabila sudah mendidih, masukkan telur yang direbus tadi.

Rasa macam nak buat perbandingan pula. Hihihi.. apalagi.. Mak Hencik pun ambil lagi sebiji telur itik dan pecahkan ke dalam kuah gulai yang mendidih.

Ooooo.. gitulah jadinya pula bentuk dia. Hahaha.


Langkah 7
Sambil mengacau tu Mak Hencik tengok macam tak cukup warna pula. Ada kuning dan merah saja.

Haa.. dalam bekas sayur tadi ada pucuk paku. Apa kata kita ambil dan potong. Lepas tu kita masukkan ke dalam gulai dengan berhemah. Kemudian kita kacau perlahan-lahan sehingga pucuk paku tu masak dan layu-layuan.


Langkah 8
Bila sudah masak tutuplah mata. Eh eh tutup api. 😂😂


Masukkan ke dalam pinggan hidangan dan sedia untuk dinikmati.

Jemput makan semua..

Bismillah..

Isnin, 16 April 2018

Nasi Minyak Hujan Rintik-Rintik dengan Daging Gulai ala Kawah

Makan nasi minyak ni rasa macam makan kat kenduri pula. Kena pula dengan gulai daging ala-ala gulai kawah, ayam masak pedas, sambal belacan dan papadom. Sedappp!


Bau minyak sapi dalam nasi pun sudah menyelerakan. Warna pula cantik berbintik-bintik seperti kerlipan bintang di angkasa. Kahkahkah.


RESEPI NASI MINYAK HUJAN RINTIK-RINTIK
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

3 cawan beras basmathi
2 biji bawang putih - dihiris halus
1/2 biji bawang merah besar saiz besar - dihiris halus
2 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 sudu besar minyak sapi
3 cawan air
1 cawan susu
1 ketul kiub ayam
1/2 sudu kecil garam
2 helai daun pandan - disimpul
1 sudu besar pewarna kuning

Cara-cara membuatnya

Mehler kita kita ke dapur


Beras basmathi dibasuh bersih, direndam lebih kurang 15 minit, kemudian ditoskan air. Ketepikan.

Bawang putih hiris, bawang merah hiris, halia hiris, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga, daun pandan disimpul dan minyak sapi.


Panaskan minyak sapi, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.

Masukkan juga bahan hiris seperti bawang putih, bawang merah dan halia.

Mak Hencik tenggekkan periuk nasi elektrik atas dapur gas. Periuknya ajer tau. Jangan ko tenggekkan badan periuk nasi elektrik tu pula. Meraung mak ko tengok nanti.


Kacau sehingga kekuningan.


Apabila bawang sudah kekuningan, masukkan air dan susu cair.

Masukkan juga 1 ketul kiub ayam dan 1/2 sudu kecil garam.


Kacau seketika sehingga kiub ayam hancur dan garam bergaul sebati. Matikan api dapur dan pindahkan periuk nasi ke dalam badan periuk nasi elektrik.


Ambil beras yang ditoskan tadi, masukkan ke dalam periuk nasi elektrik yang telah pun dimasukkan ke dalam badannya.

Kacau sedikit, kemudian pasang suis periuk nasi elektrik. Biarkan sehingga masak.


Bila nasi sudah masak, buka penutup periuk nasi.


Menggunakan hujung sudu, buat lima lubang.


Masukkan pewarna kuning di dalam sudu dan tuang ke dalam lubang tadi.


Menggunakan sudip, dengan perlahan kaup-balikkan nasi supaya biji nasi tu tak patah. Kita mau nasi tu panjanngg dan cantikkk. 😘😘

Siaplah nasi kita.

RESEPI GULAI DAGING ALA KAWAH
Oleh Dapur Cempakasari


Bahan-bahan

1/2 kg daging lembu
2 biji bawang putih - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris
2 hiris halia - dihiris halus
2 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih

1/4 cawan rempah kari daging - dicampur dengan sedikit air
4 cawan santan
1 biji ubi kentang - dibelah 8
2 biji lada hijau
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara menyediakannya


Hiris bawang putih, bawang merah dan halia. Sediakan kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang.


Ubi kentang dibelah 8


Panaskan kuali, masukkan minyak masak. Bila minyak sudah panas, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih. Lepas tu masukkan bahan hiris. Kacau seketika.


Kacau sehingga bawang bertukar ke warna kekuningan.


Masukkan bancuhan serbuk kari. Kacau rata sehingga naik minyak.


Kemudian masukkan daging beserta air rebusannya.


Masukkan pula air asam jawa.


Masukkan santan


Masukkan kentang, garam secukupnya dan gula jika suka. Kalau tak suka, jangan bubuh.


Kacau seketika sehingga kuah mendidih.


Sementara itu, kita kisar bawang merah, bawang putih dan halia sehingga lumat.


Apabila kuah mendidih, masukkan bawang kisar tadi. Kuah akan jadi pekat sedikit.

Biarkan kuah mereneh dan pekat sedikit kemudian dirasa. Mmmm.. sedapnya. Kihkihkih


Bila sudah masak, tutup api.


Masukkan ke dalam mangkuk. Siap untuk dihidang.


Jemput makan semua.. seadanya..

Bismillah..