Sabtu, 3 Mac 2018

Cekodok Pisang yang lembut dan sedap

Inilah cekodok lejen. Tidak lapuk dek panas dan tak lekang dek hujan..

Walaupun namanya ada iras binatang kodok, tapi ia tetap mempunyai ramai peminat. Rasanya lembut di dalam dan garing di luar. 😋😋


CEKODOK PISANG
Oleh Dapur Cempakasari

 Bahan-bahannya

3 cawan pisang - dilenyek
3 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
3 sudu besar susu pekat
1/4 cawan air
1 sudu kecil yis segera
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu teh garam

Cara membuatnya

Jom jom jom


Setandan pisang pemberian jiran sebelah rumah. Terima kasih daun keladi..

Mari kita mulakan projek buat cekodok pisang.


Mula-mula sekali kita lenyek pisang menggunakan kuasa kuda kita supaya cepat siap. Dah bila siap cepat, boleh makan cepat. Eh eh lupa pulak nak gitau. Bubuh gula sekali. Bubuh garam sikit.


Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Eh eh lupa lagi. Masukkan yis dan baking powder sekali. Gaul rata semuanya menggunakan sudip kayu.

Eh eh lupa lagi.. masukkan susu pekat nak oii. Hari ni tetiba dah jadi nyanyuk ke parkinson. Eh eh parkinson pulak kau.. autism. Eh eh autism pulak dah.. entah apa kah dipanggil tu. Kalau dah pelupa gitu ler. 😅😅

Ooooo ingat dah. Amnesia.. ejaan tu kalau salah, mohon jangan denda ya. 😂😂


Tutup sekejap dengan kain. Dalam sejam juga kot. Nanti adunan akan kembang.

Bila adunan tu kembang, bolehlah panaskan minyak.

Adunan kembang tu pula kita godek-godek guna sudip kayu. Biar kembungnya tu kempis.

Lepas tu bolehlah kita sudukan ke dalam minyak panas. Atau jemput sikit guna jari.


Goreng sampai masak dan garing.


Bila dah masak, angkat dan toskan minyak.
Buat sampai habis. Gelap pula gambar ni. Hadoii. 😥😥

Dah siap, masukkan ke dalam pinggan.
Jeng! Jeng! Jeng!


Jom layan tv malam ni. Ada drama apa laa pulak.

Jom makan. Jom. Jom.

Bismillah..

Pisang Goreng Rangup

Berhenti di gerai tepi jalan beli goreng pisang. Waktu petang begini memang kena dengan goreng-goreng nih. Bila sampai di rumah terus buka plastik bungkusan goreng pisang. 😱😱


Tiga keping singgit?! Mak aihh pisang dah jadi dinosaur gamaknya.. dah pupus kot.. Sudahlah sikit, saiznya pula comel kiut sahaja. Sebiji tu dibelah dua, pastu dipotong serong tiga..

Padahal Mak Hencik tengok kat kedai buah tu setandan rm26 jer.. mula laa mulut nak membebel..

Mama.., itukan rezeki dia.. yang ni pula rezeki kita..

Bila anak cakap gitu, Mak Hencik terus terdiam. 😊😊
Betul tu.. rezeki kita kan telah ditetapkan. 😊😊

PISANG TANDUK GORENG RANGUP
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

1 cawan tepung goreng pisang segera
1/3 cawan tepung beras
1 cawan air
1 sudu kecil garam

Cara-cara membuatnya

Jom ler


Pisang tanduk saiz besar. Kamu akan dikerjakan nanti. Bersiap-sedialah ya.. tapi Mak Hencik guna sebiji jer dah dapat banyak. Sebiji lagi kita goreng esok atau lusa pula.



Masukkan tepung beras, tepung goreng pisang dan garam.


Bancuh tepung goreng pisang, tepung beras, garam dan air. Kalau pekat sangat tambah sikit air. Kalau cair sangat tambah sikit tepung beras. Tambahlah yang mana patut. Hahaha 😂😂😂


Pisang tanduk dibuang kulit, dibelah dua dan dipotong serong.

Masa ni dah boleh dah nak panaskan minyak untuk mula menggoreng.


Masukkan beberapa ketul pisang ke dalam bancuhan tepung gandum dan gaul rata. Biar kepingan pisang bersalut bancuhan tepung.


Bila minyak sudah cukup panas, bolehlah kita mula menggoreng. Bila sudah garing, balikkan pisang goreng.


Angkat pisang bila kedua belah sudah garing dan toskan minyak.


Gorenglah sampai habis. Nak makan, kenalah rajin. Kikiki.


Penuh pinggan dengan pisang goreng. Apa lagi.. Marilah kita menikmati pisang tanduk goreng ni. Rasanya manis dan krup krup rangup tepung sedap sekali.

Jemput makan semua..

Bismillah..

Cendawan Snow White Tumis Air

Hari ini kita makan tengahari dengan menu cendawan snow white tumis air, ikan tamban goreng garing dan sambal tiada belacan yang pedas power. Heeeee 😁😁


Pagi tadi singgah di Tesco untuk beli barang keperluan harian. Sebelum ni Mak Hencik berbelanja di pasaraya kecil Grand Union kerana barang-barang jualannya lengkap dan berkualiti dengan harga yang kompetitif.


Selepas berpindah ke kampung ni, kami singgah di Tesco atau Giant selepas menikmati sarapan pagi. Panjang pula ceritanya ya..

Dah tiba di Tesco tadi, anak bongsu teringinkan makan cendawan ni. Nama pun tak tahu apa. Ikut jer laa nama yang tertulis di bungkusan tu.

Kalau nama Melayu kita ni apa ya? Nak kata cendawan pusu, saiznya lebih kecil. Mmm.. biaq pi la nama apa pun. 😑😑


CENDAWAN SNOW WHITE TUMIS AIR
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahannya

1 ketul ayam - dipotong kecil
2 biji bawang putih - dihiris
1 biji bawang merah besar saiz kecil - dihiris
4 cawan air
2 sudu besar minyak masak untuk menumis
1 biji lada merah - dipotong serong
1/2 biji tomato - dipotong wedges
2 paket cendawan snow white
Sedikit karot - dipotong halus panjang 2 inci
Sedikit brokoli - dipotong kecil
2 sudu kecil garam
2 1/2 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil serbuk perasa ayam
2 sudu besar minyak masak untuk menumis

Hiasan
Sedikit daun sup - dihiris halus
Sedikit daun bawang - dihiris halus
Sedikit bawang goreng

Cara-cara membuatnya

Mohler..

Sediakan bahan-bahan..


Ayam dipotong kecil, dibersihkan dan ditoskan airnya.


Cendawan snow white


Karot, brokoli dan lada hijau


Tomato dipotong wedges


Bawang putih dan bawang merah dihiris.

Cara-cara menyediakannya


Langkah 1
Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang merah.


Langkah 2
Bila bawang sudah berwarna kekuningan, masukkan ayam. Kacau seketika.


Langkah 3
Bila ayam sudah separuh masak, masukkan air.


Langkah 4
Masukkan garam, gula dan serbuk perasa ayam. Kacau seketika. Biarkan sehingga mendidih.


Langkah 5
Bila kuah sudah mendidih, masukkan karot, brokoli dan lada hijau.


Langkah 6
Masukkan juga cendawan snow white.
Kacau rata dan biarkan merenih seketika.



Langkah 7
Bila cendawan sudah masak, bolehlah tutup api. Hidangkan dalam mangkuk hidangan. Jom makan dengan ikan tamban goreng garing dan sambal tiada belacan. Hari ni makan berdua sahaja.. huhu

Bismillah..


Pergi kedai baba,
Beli buah ara;
Selamat mencuba,
selamat menjamu selera. 😄😄

Jumaat, 2 Mac 2018

Daging Goreng Kunyit Kacang Buncis

Mak kerap masak daging semasa kami kecil dulu berbanding ayam. Barangkali ketika itu daging lebih murah kot. Kalau mak masak daging goreng, sayalah orangnya yang suka ambil sembunyi-sembunyi dan ratah dagingnya. 😀😀

Daging ini saya beli dengan harga rm22 sekilogram. Harga biasa rm36 sekg. Saya tanya kenapa murah? Katanya sebab daging ni daging cincang. Ooo gitu.. Saya beli rm10 untuk sekali masak. Lagi pula saya dapati dagingnya elok sangat, tiada lemak dan tiada urat. Yang paling penting daging tu sudah siap dipotong cantik. 😀😀


DAGING GORENG KUNYIT KACANG BUNCIS
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahannya

*1/2 kg daging lembu - dihiris nipis
*1 1/2 sudu kecil kunyit serbuk
*1 1/2 sudu kecil garam atau secukupnya
Bahan bertanda * digaul bersama sehingga rata.

1 1/2 cawan air
2 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil gula
5 batang kacang buncis - dipotong serong
2 inci karot - dihiris halus
2 biji lada hijau - dipotong serong
1/2  biji bawang besar Holand - dipotong wedges
Sedikit minyak untuk menggoreng


Cara-cara menyediakannya

Mohler kita ke dapur


Daging dihiris nipis, dibasuh dan dibersihkan. Tos airnya.


Masukkan kunyit serbuk dan garam halus. Gaul hingga sebati.


Lepas tu bolehlah kita panaskan sedikit minyak masak dan goreng daging. Kacau seketika. Kemudian masukkan 1 cawan setengah air.


Seterusnya bolehlah ambil tudung periuk dan tutup kuali. Tujuannya supaya daging cepat empuk.


Sementara menantikan daging empuk, kita main potong-potong pula.


Kita potong serong kacang buncis elok-elok. Kita potong karot elok-elok. Biar sama sahaja saiznya. Biar sama sahaja panjangnya. Kalau nak mudah, ambil pembaris anak yang sekolah tu. Ukur betul-betul. 😂😂😂😂😂


Bila air daging dah hampir kering, buka penutup periuk. Kacau seketika sehingga airnya kering sedikit.


Masukkan kicap manis dan gula.


Kacau rata.


Kemudian masukkan kacang buncis, karot dan lada hijau. Kacau lagi sebentar.


Akhir sekali masukkan bawang besar Holand. Kacau sikit. Apabila bawang sudah layu, bolehlah matikan api.



Masukkan ke dalam pinggan hidangan dan sedia untuk dinikmati bersama insan tersayang. Chewahhh.

Jemput makan semua..

Bismillah.

Beli bekas  di pusat bandar,
Naik kuda keliling desa;
Hidangan ringkas hidangan ala kadar,
Silalah cuba, silalah rasa.