Alahai... Enak tak terkata. Sedap tak terkira!
Kehidupan ni pun macam kek juga hendaknya. Manis.. Lemak.. Sedap dinikmati. Seronokkan diri dengan membuatkan orang-orang tersayang di samping kita dengan memberikan kebahagiaan.
Penuhi permintaan mereka mengikut kemampuan kita. Kalau tak mampu memenuhi permintaan, berterus-teranglah. Elakkan dari memaksa diri kita melakukan perkara di luar kemampuan kita. Kelak akan menjadikan kita tidak bahagia.
Bila kita tidak bahagia, kesan itu akan dirasai oleh orang-orang tersayang di samping kita. Maka kesimpulannya bahagiakan diri kita dengan melakukan perkara-perkara yang mengembirakan kita dan orang-orang di samping kita, yang kita sayangi.
KEK VANILLA CHESE LELEH
Oleh Dapur Cempakasari
Sumber resepi : Azlina Ina
Bahan-bahan
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
(kalau guna tepung gandum hendaklah diayak dengan 1 sudu teh baking powder dan 1 sudu teh soda bikarbonat)
5 biji telur
1 cawan gula kastor
1/4 cawan minyak masak atau mentega yang dicairkan)
1/4 cawan susu segar
1 sudu besar ovallete
Cara-cara membuatnya.
Jom kita ke dapur.. Kita mengekek hari ni dengan kaedah mengukus. Jommmmm..
Dalam mangkuk adunan, masukkan telur, gula, ovallate dan esen vanilla. Putar sehingga kembang dan putih.
Kemudian masukkan tepung gandum yang diayak tadi sedikit demi sedikit sambil diputar hingga sebati.
Selepas itu masukkan pula minyak masak. Kacau menggunakan sudip sehingga sebati.
Akhir sekali masukkan susu segar. Kaup balikkan lagi menggunakan sudip sehingga sebati.
Sediakan loyang untuk mengukus. Mula-mula sapu sedikit minyak pada acuan dan alas dengan baking paper. Mak Hencik alas dengan plastik sebab kehabisan baking paper.
Tuang adunan kek ke dalam loyang.
Ni dia...
Sediakan pengukus elektrik pula.
Masukkan loyang adunan dan letak kan sekeping plastik atau aluminium foil di atasnya supaya air Kukus an tidak menitik ke atas kek. Kukus sehingga masak. Mak Hencik letak timer 30 minit.
Selepas masak, keluarkan kek dari pengukus dan terus terbalikkan kek di atas redai. Biarkan ia sejuk.
Ni dia... Cantik kejadiannya.
Jom sediakan topping pula.
Resepi topping
250g cream cheese
1/2 cawan susu pekat manis, kalau nak lebih manis tambahkan susu pekat manis.
1/2 cawan whipping cream
1/4 cawan susu sejat
Semua bahan di atas diputar sehingga rata dan disimpan dalam peti ais sebetar supaya pekat dan mudah untuk menoping.
Hiasan
Cheddar cheese, diparut halus.
Lepas tu, bolehlah tuangkan ke atas kek vanilla tadi. Ratakan. Kemudian tabur cheddar cheese.
Hi3. Ini sahaja yang sempat diambil gambar. Tadi tak sempat ambil sebab kaLit ribut dok menyiapkan juadah dan hidangan.
Selamat menjamu selera.
Bismillah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan