Selasa, 30 Julai 2019

Apam Gula Hangus

Seksi sungguh bentuk badannya semasa berada dalam acuan.. Bersauna di dalam pengukus. 💞💞💞




Buat apam ni adalah antara kuih tradisi yang paling mudah dan pasti Jadi dengan jayanya.

Ni la kali pertama Mak Hencik buat apam gula hangus. Tengoklah hasilnya. Sungguh menggoda uols!



APAM GULA HANGUS
Oleh Dapur Cempakasari
(menghasilkan 29 biji)

Bahan-bahan

Bahan Gula Hangus
1 cawan gula
1 sudu besar mentega
1 cawan air panas
(buat gula hangus dulu, kemudian sejukkan sebentar)

Bahan apam
1 1/2 cawan tepung gandum
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat manis
1 sudu kecil soda bikarbonat
Sedikit garam

Cara-cara menyediakannya.

Mula-mula kita buat gula hangus dahulu.. Jom..



Masukkan secawan gula ke dalam periuk dan buka api. Kacau perlahan-lahan sehingga gula menjadi perang dan cair.

Pastikan api kecil sahaja.



Bila gula sudah cair semuanya, masukkan 1 sudu besar mentega. Teruskan mengacau sehingga mentega hancur dan sebati.



Kemudian masukkan secawan air panas sambil terus dikacau.



Bila gula hangus sudah cair semuanya, maka bolehlah kita tutup api.

Sejukkan dulu gula hangus.

Jom buat apam pula..



Seterusnya kita sediakan acuan yang sesuai. Sapu minyak di dalam acuan dan susun di rak pengukus.



Ambil mangkuk adunan atau bekas yang sesuai, masukkan tepung gandum, telur, baking soda, susu pekat manis, sedikit garam dan air gula hangus yang telah disejukkan tadi.



Kisar sehingga rata dan sebati. Boleh juga guna blender.



Lepas tu tuang ke dalam acuan. Bubuh 3/4 penuh.



Tutup pengukus dan kukus selama 20 minit.

Mengintip di tepi tingkat selepas 12 minit.



Semakin lama semakin naik. Comel menggeletis keluar dari acuan.



Dah masak, tutup api dan buka penutup kukusan. Tunggu sejuk sikit nanti boleh keluarkan dari acuan.



Dah sejuk sikit .. Jom kita keluarkan dari acuan.



Mari kita cuba rasa sebiji dua dulu..

Bismillah..

Hmmm.. Gebunya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan