Sangat Mudah. Sangat Cepat. Dengan rasa yang lengkap. Ohhh.. enaknya!
Ikan masak kicap adalah masakan pertama yang Mak Hencik masakkan buat suami tersayang. Masa tu Mak Hencik baru sahaja tamat belajar. Mak Hencik memang tidak tahu memasak kerana semasa di universiti Mak Hencik duduk di asrama. Tak pernah duduk rumah sewa. Jadi, Mak Hencik memang tau masak megi jer la.. Itu pun rendam dalam air panas. Huhuhu
Mujurlah selepas bernikah, kami duduk sendiri di kuarters kerajaan. Jadi, Mak Hencik tidaklah kekok sangat apabila tidak pandai memasak. Tambahan pula Pak Hencik tidak kisah sangat. Malah dia pula yang membantu Mak Hencik di dapur.
Dulunya masak ikan dua ekor jer. Seekor untuk diri sendiri dan seekor lagi untuk Pak Hencik. Masak kicap pulak tiada kuah.. ada sikit-sikit jer.. Sampai tersedak-sedak Mysayang makan. Hahaha...Pastu gorenglah sayur sepiring.. Itulah juadah pertama hasil tangan sendiri..
Ikan Tongkol Masak Kicap Berkuah
oleh Dapur Cempakasari
Bahan-bahan
3 keping ikan tongkol
2 ulas bawang putih - dihiris nipis
1/2 labu bawang merah besar - dihiris nipis
1 biji lada hijau - dipotong serong
1 biji tomato - dibelah empat
1 biji bawang holand - dipotong bulat
1/2 cawan kicap manis, boleh kurung kan kalau tak suka hitam. Huhuhu
2 sb sos tiram
2 cwn air
*1 sb tepung jagung
*1/2 cawan air
bahan bertanda * dibancuh
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit daun sup untuk hiasan
Cara-cara menyediakanya
Jomlah kita ke dapur..
Langkah 1
Bersihkan ikan yang hendak dimasak. Boleh tukar ikan tu kepada ikan pebret masing-masing. Ikan kembung, ikan selar, ikan tenggiri, ikan selayang.. Apa-apa ikan yang dirasakan sesuai..
Langkah 2
Panaskan minyak dan goreng ikan tadi.
Langkah 3
Agak-agak dah masak, angkat dan tos minyak.
Langkah 4
Bawang putih, bawang merah, lada hijau, tomato dan bawang holand bersiap-sedia untuk dikerjakan sebentar lagi.
Langkah 5
Tinggalkan sedikit lebihan minyak menggoreng tadi. Panaskan.
Langkah 6
Masukkan bawang putih dan bawang merah. Gaul seketika sehingga kekuningan.
Langkah 7
Masukkan kicap manis.
Langkah 8
Masukkan air. Masukkan sos tiram.
Langkah 9
Masukkan ikan yang telah digoreng tadi.
Langkah 10
Masukkan tomato, lada hijau dan bawang holand. Gaul sebentar dan tunggu hingga mendidih.
Langkah 11
Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Kalau korang suka cair, step ni langkau lah yea.
Langkah 12
Kacau seketika ikan kicap kita. Kalau dah pekat dan rasa pun dah kena dengan anak tekak kita, bolehlah ditutup api.
Tak perlu bubuh garam, gula dah masakan ni. Sebab kicap dahde semua rasa tu. Kecuali nak bagi manis lebih sikit, bolehlah tambah gula sikiiiit jer.
Langkah 13
Inilah dia hidangan Ikan Masak Kicap Berkuah kita yang sedap tu. Nak nampak cantik, letaklah seurat dua daun sup. Tapi Mak hencik buat tu tak cantik punnn... Takpolahh. Marilah kita makan semua..
Bismillah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan