Selasa, 15 Mac 2022

Muffin Pisang Kayangan

 Mafin pisang ni kita tambah coklat chip premium dan kacang walnut. Rasanya memang macam kat kedai bakeri weh.. Kayangan sangat! πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚


Kalau di rumah ada pisang yang dah ranum, elok sangatlah dimasak cepat-cepat supaya pisang tidak menjadi rosak dan membazir. 

Biasa kita buat cekodok atau lempeng pisang. Sekali sekala kita buatkan mafin pula. Rasanya enak, segar dan tentunya tiada bahan pengawet.


RESEPI MUFFIN @ MAFIN PISANG COKLAT CHIP DAN WALNUT
Oleh Dapur Cempakasari
Sumber resepi:  Facebook

5 biji pisang saiz besar, dilenyek

1 1/2 cawan tepung naik sendiri ( kalau tiada, boleh guna 1 1/2 cawan tepung gandum diayak bersama 1 sudu kecil baking powder dan 1 sudu kecil soda bikarbonat)

1/2 cawan gula petang
1/2 cawan gula, boleh kurangkan sedikit jika kurang gemar rasa manis
1/3 cawan minyak jagung
1/3 cawan susu segar atau full cream kotak
1 biji telur

1/2 cawan walnut, dipanggang sekejap kemudian dipatah-patahkan
1/2 cawan coklat chip

1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil perisa pisang
1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis


Cara-cara membuatnya

Jom..jom kita ke dapur


πŸ’šPanggang kacang walnut dalam air fryer selama 3 minit. 
πŸ’šBila dah masak, angkat dan Ketepikan.


πŸ’šDalam sebuah  bekas, lenyek pisang sehingga hancur


πŸ’šMasukkan  sebiji telur, 1/2 sudu kecil seen pisang, 1/2 cawan gula petang dan 1/2 cawan gula. Gaul rata.

πŸ’š Masukkan 1/3 cawan susu segar, 1/3 cawan minyak jagung dan 1/2 sudu kecil garam.Gaul rata


πŸ’šAdunan yang telah digaul rata.


πŸ’š Masukkan tepung naik sendiri bersama 1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis.

πŸ’šKaup-balikkan beberapa kali sehingga rata.

πŸ’šAmbil kacang walnut tadi dan patah-patahkan supaya menjadi kecil.


πŸ’šAkhir sekali, masukkan kacang walnut tadi dan coklat chip.


πŸ’š Kaup-balikkan dua tiga kali jer, siap.


πŸ’š Sediakan acuan mafin. Nak yang cantik, beli yang cantik. Harga pun mahal sedikit. Jika nak yang tak cantik, beli yang tak cantik,  murahlah harganya. Kihkihkih

πŸ’š Panaskan ketuhar selama 10 minit.

πŸ’š Masukkan adunan mafin ke dalam acuan.

πŸ’šNak bagi cantik, boleh letak 4 ke 5 biji coklat chip di atasnya.


πŸ’šMasukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 170°C selama 25 minit.

πŸ’šGambar menunjukkan keadaan mafin selepas 10 minit dibakar.


πŸ’šBila dah masak, keluarkan dari ketuhar dan tunggu sehingga sejuk sedikit.


πŸ’šNi la dia.. kejadian muffin pada hari ini. 

πŸ’šJemput makan kawan-kawan.

πŸ’š Bismillah..




Ahad, 27 Februari 2022

Biskut Cornflake Crunchy

Cara buat yang mudah, guna beberapa bahan asas sahaja, tapi rasanya sedap dan rangup!

Resepi ni versi rangup ya!

Biasa kita buat biskut untuk sambut raya. Tapi kali ni Mak Hencik buat biskut tak perlu tunggu Hari Raya. Kadang-kadang kita boleh buatkan untuk minum petang, untuk kudapan semasa menonton televisyen atau boleh juga dijadikan buah tangan untuk melawat saudara-mara dan rakan-rakan. Q

Ni kali pertama Mak Hencik buat guna resepi ni. Mak Hencik save di sini.


BISKUT CORNFLAKES CRUNCHY

Oleh Dapur Cempakasari

Resepi asal: Adiah Adam via FB Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan


Bahan-bahan

πŸ’›1  3/4cwn tepung gandum (1 cawan + 3/4 cawan)

πŸ’›1/4 cwn tepung jagung

πŸ’›1/2 sudu teh baking powder

πŸ’› 2  cawan cornflakes ramas kasar

πŸ’›200g butter (suhu bilik)

πŸ’›1/2cwn gula kastor

πŸ’›1 biji kuning telor


Cara-cara membuatnya.

Jom!

❤️Gula dan butter di pukul dalam 5 minit... Boleh guna whisk dan masukkan telur


❤️Kemudian masukkan Campuran tepung dan cornflakes serta Baking powder 


❤️Gaul sebati

❤️Panaskan oven terlebih dahulu 170 selama 10 minit


❤️Lengser loyang dengan sedikit butter atau alas dengan cooking paper.

❤️Sudukan sedikit adunan pada loyang dan buat sampai habis 


❤️Bakar selama 15-20 minit guna api atas bawah.


❤️Dah masak, keluarkan dari ketuhar. Sejukkan sekejap sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara.

❤️Senangkan!

P/s: selepas bulatkan adunan, golek dulu dalam cornflakes yg diramas. Lagi sedap & rangup rasa biskut tu 😘

Isnin, 24 Januari 2022

Wadai Kepeng Buah Nangka

 Resepi ni sangat mudah dibuat dan sangat sedap dimakan sebagai pencuci mulut.

Rasa dan bau buah nangka memang membangkitkan rasa dan aroma kuah bubur kepek hidung ini!

Bila buat kuih ni, terus teringatkan bulan Ramadhan..


RESEPI BUBUR WADAI KEPENG DAN NANGKA
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

Bahan wadai kipang
2 cawan tepung beras pulut
2 sudu besar tepung gandum
1 cawan air

Bahan kuah
4 sudu besar gula, tambah jika nak lebih manis
3 cawan santan
6 ulas nangka, dipotong kecil
1/2 sudu kecil garam

Bahan pemekat
1/2 cawan air dibancuh  dengan 2 sudu besar tepung beras

Cara-cara membuatnya

Jom.. jom kita ke dapur


Isi nangka dipotong kecil, Ketepikan.


Di dalam bekas, satukan tepung beras pulut bersama tepung gandum.

Masukkan secawan air, gaul menggunakan jari sehingga membentuk adunan yang lembut dan boleh dibentuk. 

Jika adunan masih keras, tambah air sedikit demi sedikit untuk mbentuk adunan yang lembut.


Ambil sedikit adunan dan bulatkan sebesar guli. Kemudian tekan di bahagian tengah dengan jari. Ada nampak kepek kat situ πŸ˜†πŸ˜„

Letak atas dulang yang ditabur dengan tepung gandum.

Buat sehingga habis adunan.


Didihkan air. Bila sudah mendidih, masukkan wadai kipeng tadi. Tunggu sehingga ia timbul.

Bila ia dah timbul, angkat menggunakan pengetos dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air. Tujuannya adalah supaya ia tidak melekat sesama sendiri. Ketepikan.


Sediakan bahan pemekat iaitu membancuh 2 sudu besar tepung beras dengan 1/2 cawan air. Ketepikan.


Selepas itu, dalam sebuah periuk, masukkan santan, gula dan sedikit garam untuk menaikkan rasa lemak santan.

 Kacau sehingga kuah mendidih. Bila sudah mendidih, tuang bahan pemekat iaitu bancuhan tepung jagung tadi. Kacau perlahan sehingga kuah menjadi pekat 


Masukkan buah nangka yang telah dipotong 


Masukkan juga wadai kipeng yang ditoskan air

Kacau seketika sehingga buah nangka lembut.


Dah siap..

Jom.. ambik mangkuk.

Bismillah..

Rabu, 22 Disember 2021

Bomboloni Kastard

Resepi mudah yang mesti dicuba. Terutamanya untuk ibu yang mempunyai anak ramai.. Berbaloi-baloi!


Resepi Bomboloni Kastard
Oleh Dapur Cempakasari
Resepi asal : FB Nazuwa Zam Zam

Bahan-bahan

Bahan A
2 sb yis
1 sb susu pekat
1 sb gula
1/2 cwn air suam
*Mix semua & biar hingga 20min atau hingga kembang. Better guna bekas yang agak besar.

Bahan B
2 cwn tepung gandum
3 sb minyak masak/butter yang dicairkan
1 biji telur
1 st baking powder
1 st garam
1 biji kentang direbus hingga empuk & dilenyekkan

Filling Kastard
2 sb tepung kastard
1 cwn susu fresh milk
1 sb gula
1 biji telur
*Panaskan semua bahan atas api perlahan hingga agak kental. Kemudian masukkan 1sk esen vanilla & 1 sb butter. Kacau hingga sebati

Utk filling chocolate, saya guna nutella 

Nota: 
* Lembut & fluffy sangat kejadiannya - sesuai sangat nak diisi filling. 
* Saya simpan separuh adunan dalam fridge. Bila nak guna, keluarkan adunan & uli sekali lagi. Tunggu hingga adunan kembang sebelum digoreng.  Hasilnya tetap lembut macam adunan yg asal.

Cara-cara membuatnya


Rebus kentang dan lenyek semasa masih panas.


Masukkan yis ke dalam air suam bersama gula, tunggu sehingga berbuih dan kembang.


Sediakan tepung gandum. 

Buatkan tulang di tengah, kemudian tuang bancuhan yis yang telah berbuih tadi  


Uli sehingga rata dan tidak melekat di tangan.


Tutup dengan kain maslin dan biarkan doh kembang selama lebih kurang 30 minit.


Bila doh sudah kembang sekali ganda, tumbukkan doh untuk keluarkan angin.

Doh dibentukkan bulat.


Tabur dulu dengan tepung gandum supaya tidak melekat apabila diangkat untuk digoreng nanti.


Panaskan minyak masak, goreng doh sehingga kekuningan.

Bila dah masak, balikkan supaya ia masak sekata.


Dah masak, angkat dan toskan minyak.


Ambil pisau saiz kecil, buatkan lubang pada bomboloni.


Tabur bomboloni dengan gula aising. Sedia untuk dipicit inci. Kalau bomboloni coklat, boleh guna Nutella.

Cara buat inti Kastard


Masukkan semua bahan kecuali mentega ke dalam pan.  Buka api dan kacau sehingga pekat.


Bila dah pekat, masukkan mentega. Tutup api 


Kacau sehingga rata dan tunggu biar sejuk.


Bila dah sejuk, masukkan ke dalam piping plastik 


Kembali Kepada doh yang telah dililubangkan.


Dan dibedakkan dengan gula aising atau gula kastor sebelum dipicitkan inti kegemaran.


Ni dah siap dipaipkan inti Kastard. Jemput makan semua..

Bismillah..