Ahad, 27 Februari 2022

Biskut Cornflake Crunchy

Cara buat yang mudah, guna beberapa bahan asas sahaja, tapi rasanya sedap dan rangup!

Resepi ni versi rangup ya!

Biasa kita buat biskut untuk sambut raya. Tapi kali ni Mak Hencik buat biskut tak perlu tunggu Hari Raya. Kadang-kadang kita boleh buatkan untuk minum petang, untuk kudapan semasa menonton televisyen atau boleh juga dijadikan buah tangan untuk melawat saudara-mara dan rakan-rakan. Q

Ni kali pertama Mak Hencik buat guna resepi ni. Mak Hencik save di sini.


BISKUT CORNFLAKES CRUNCHY

Oleh Dapur Cempakasari

Resepi asal: Adiah Adam via FB Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan


Bahan-bahan

๐Ÿ’›1  3/4cwn tepung gandum (1 cawan + 3/4 cawan)

๐Ÿ’›1/4 cwn tepung jagung

๐Ÿ’›1/2 sudu teh baking powder

๐Ÿ’› 2  cawan cornflakes ramas kasar

๐Ÿ’›200g butter (suhu bilik)

๐Ÿ’›1/2cwn gula kastor

๐Ÿ’›1 biji kuning telor


Cara-cara membuatnya.

Jom!

❤️Gula dan butter di pukul dalam 5 minit... Boleh guna whisk dan masukkan telur


❤️Kemudian masukkan Campuran tepung dan cornflakes serta Baking powder 


❤️Gaul sebati

❤️Panaskan oven terlebih dahulu 170 selama 10 minit


❤️Lengser loyang dengan sedikit butter atau alas dengan cooking paper.

❤️Sudukan sedikit adunan pada loyang dan buat sampai habis 


❤️Bakar selama 15-20 minit guna api atas bawah.


❤️Dah masak, keluarkan dari ketuhar. Sejukkan sekejap sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara.

❤️Senangkan!

P/s: selepas bulatkan adunan, golek dulu dalam cornflakes yg diramas. Lagi sedap & rangup rasa biskut tu ๐Ÿ˜˜

Isnin, 24 Januari 2022

Wadai Kepeng Buah Nangka

 Resepi ni sangat mudah dibuat dan sangat sedap dimakan sebagai pencuci mulut.

Rasa dan bau buah nangka memang membangkitkan rasa dan aroma kuah bubur kepek hidung ini!

Bila buat kuih ni, terus teringatkan bulan Ramadhan..


RESEPI BUBUR WADAI KEPENG DAN NANGKA
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

Bahan wadai kipang
2 cawan tepung beras pulut
2 sudu besar tepung gandum
1 cawan air

Bahan kuah
4 sudu besar gula, tambah jika nak lebih manis
3 cawan santan
6 ulas nangka, dipotong kecil
1/2 sudu kecil garam

Bahan pemekat
1/2 cawan air dibancuh  dengan 2 sudu besar tepung beras

Cara-cara membuatnya

Jom.. jom kita ke dapur


Isi nangka dipotong kecil, Ketepikan.


Di dalam bekas, satukan tepung beras pulut bersama tepung gandum.

Masukkan secawan air, gaul menggunakan jari sehingga membentuk adunan yang lembut dan boleh dibentuk. 

Jika adunan masih keras, tambah air sedikit demi sedikit untuk mbentuk adunan yang lembut.


Ambil sedikit adunan dan bulatkan sebesar guli. Kemudian tekan di bahagian tengah dengan jari. Ada nampak kepek kat situ ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜„

Letak atas dulang yang ditabur dengan tepung gandum.

Buat sehingga habis adunan.


Didihkan air. Bila sudah mendidih, masukkan wadai kipeng tadi. Tunggu sehingga ia timbul.

Bila ia dah timbul, angkat menggunakan pengetos dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air. Tujuannya adalah supaya ia tidak melekat sesama sendiri. Ketepikan.


Sediakan bahan pemekat iaitu membancuh 2 sudu besar tepung beras dengan 1/2 cawan air. Ketepikan.


Selepas itu, dalam sebuah periuk, masukkan santan, gula dan sedikit garam untuk menaikkan rasa lemak santan.

 Kacau sehingga kuah mendidih. Bila sudah mendidih, tuang bahan pemekat iaitu bancuhan tepung jagung tadi. Kacau perlahan sehingga kuah menjadi pekat 


Masukkan buah nangka yang telah dipotong 


Masukkan juga wadai kipeng yang ditoskan air

Kacau seketika sehingga buah nangka lembut.


Dah siap..

Jom.. ambik mangkuk.

Bismillah..

Rabu, 22 Disember 2021

Bomboloni Kastard

Resepi mudah yang mesti dicuba. Terutamanya untuk ibu yang mempunyai anak ramai.. Berbaloi-baloi!


Resepi Bomboloni Kastard
Oleh Dapur Cempakasari
Resepi asal : FB Nazuwa Zam Zam

Bahan-bahan

Bahan A
2 sb yis
1 sb susu pekat
1 sb gula
1/2 cwn air suam
*Mix semua & biar hingga 20min atau hingga kembang. Better guna bekas yang agak besar.

Bahan B
2 cwn tepung gandum
3 sb minyak masak/butter yang dicairkan
1 biji telur
1 st baking powder
1 st garam
1 biji kentang direbus hingga empuk & dilenyekkan

Filling Kastard
2 sb tepung kastard
1 cwn susu fresh milk
1 sb gula
1 biji telur
*Panaskan semua bahan atas api perlahan hingga agak kental. Kemudian masukkan 1sk esen vanilla & 1 sb butter. Kacau hingga sebati

Utk filling chocolate, saya guna nutella 

Nota: 
* Lembut & fluffy sangat kejadiannya - sesuai sangat nak diisi filling. 
* Saya simpan separuh adunan dalam fridge. Bila nak guna, keluarkan adunan & uli sekali lagi. Tunggu hingga adunan kembang sebelum digoreng.  Hasilnya tetap lembut macam adunan yg asal.

Cara-cara membuatnya


Rebus kentang dan lenyek semasa masih panas.


Masukkan yis ke dalam air suam bersama gula, tunggu sehingga berbuih dan kembang.


Sediakan tepung gandum. 

Buatkan tulang di tengah, kemudian tuang bancuhan yis yang telah berbuih tadi  


Uli sehingga rata dan tidak melekat di tangan.


Tutup dengan kain maslin dan biarkan doh kembang selama lebih kurang 30 minit.


Bila doh sudah kembang sekali ganda, tumbukkan doh untuk keluarkan angin.

Doh dibentukkan bulat.


Tabur dulu dengan tepung gandum supaya tidak melekat apabila diangkat untuk digoreng nanti.


Panaskan minyak masak, goreng doh sehingga kekuningan.

Bila dah masak, balikkan supaya ia masak sekata.


Dah masak, angkat dan toskan minyak.


Ambil pisau saiz kecil, buatkan lubang pada bomboloni.


Tabur bomboloni dengan gula aising. Sedia untuk dipicit inci. Kalau bomboloni coklat, boleh guna Nutella.

Cara buat inti Kastard


Masukkan semua bahan kecuali mentega ke dalam pan.  Buka api dan kacau sehingga pekat.


Bila dah pekat, masukkan mentega. Tutup api 


Kacau sehingga rata dan tunggu biar sejuk.


Bila dah sejuk, masukkan ke dalam piping plastik 


Kembali Kepada doh yang telah dililubangkan.


Dan dibedakkan dengan gula aising atau gula kastor sebelum dipicitkan inti kegemaran.


Ni dah siap dipaipkan inti Kastard. Jemput makan semua..

Bismillah..



Sabtu, 27 November 2021

Kuih Lompang Pandan Hajjah Badariah

 Nak tahu cara buat kuih lompang yang ada lesung pipit? Ini rahsianya..


Penggemar kuih tradisional mesti suka kuih kompang ni kan. Cara buatnya sangat mudah dan ringkas. Untuk rasa yang lebih sedap, jangan lupa letak air daun pandan kisar. Harumannya semerbak memenuhi ruang dapur kita. Untuk kuih lompang yang berlekuk, pastikan adunannya secukup sukatan ya. Jangan berlebihan atau berkurangan sukatan cecairnya tu ya ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š



RESEPI KUIH LOMPANG PANDAN

Oleh Dapur Cempakasari

Resepi asal: Hajjah Badariah bt Abdul Rahman via FB Masak Apa Hari Ini

(Mak Hencik buat separuh sukatan, menghasilkan 12 biji)


Bahan-bahan


1 cawan gula (kurangkan ke 3/4 cawan jika tak gemar manis)

1 1/2 cawan air

1 helai daun pandan

(Gula dan air dimasak sehingga gula hancur, kemudian sejukkan)

2 cawan tepung beras

1 sudu besar tepung ubi

2 cawan air daun pandan (kisar 10 helai daun pandan bersama 2 cawan air, tapiskan)

1/2 sudu kecil garam

1/2 sudu kecil pewarna hijau


Kelapa parut putih secukupnya

Acuan lompang

Sedikit minyak masak untuk disapu pada acuan lompang


Jom kita ke dapur..



๐Ÿ’šMula-mula kita sediakan air gula 

๐Ÿ’šMasak 1 cawan gula bersama 1 1/2 cawan air dan sehelai daun pandan yang disimpul sehingga gula hancur.

๐Ÿ’šMatikan api dan sejukkan.


๐Ÿ’š Sediakan air pandan dengan mengisar 10 helai daun pandan bersama 2 cawan air. Tapis dan sukat. Ambik 2 cawan.

๐Ÿ’šSediakan 1/2 sudu kecil air kapur. Nak sikit jer tau sebab kalau terlebih nanti kuih akan rasa kapur, tak sedap jadinya.

๐Ÿ’šSediakan bekas, masukkan 2 cawan tepung beras, 1 sudu besar tepung ubi dan sedikit garam. Gaul rata.


๐Ÿ’š Masukkan pula air daun pandan dan air kapur beserta 1/2 sudu kecil pewarna hijau  Kacau sehingga sebati.


๐Ÿ’š Masukkan air gula. Kacau lagi sehingga sebati.


๐Ÿ’šTapiskan bancuhan tepung. Ketepikan.


๐Ÿ’š Sediakan acuan lompang. Sapu acuan dengan minyak masak.


๐Ÿ’šKukus acuan selama 10 minit.


๐Ÿ’šTuang bancuhan tepung tadi ke dalam acuan lompang.


๐Ÿ’šKukus selama 20 minit.


๐Ÿ’šSelepas 20 minit, buka penutup kukusan dan kukus lagi 5 minit tanpa penutup.

๐Ÿ’š Bila dah masak, tutup api. Keluarkan dari pengukus. 

๐Ÿ’š Tunggu sejuk sedikit sebelum dikeluarkan dari acuan.


๐Ÿ’š Sementara tu, gaul kelapa parut putih dengan sedikit garam dan kukus selama 10 minit.


๐Ÿ’šBila dah sejuk sikit, keluarkan kuih lompang dari acuan.

๐Ÿ’šMak Hencik guna pemegang sudu yang murah tu untuk keluarkan kuih sebab ia nipis. Sudu yang dibeli di kedai 2 ringgit. Hihihi. Kalau guna pemegang sudu mahal jadi tak cantik sebab dia tebal. Hahaha. Sungguh ni.

๐Ÿ’š Akhirnya.. Letakkan kelapa parut kukus sebelum dimakan.

๐Ÿ’šJemput ya kawan-kawan.. Bismillah..