Sabtu, 14 November 2020

Nasi Goreng Butter Sedap Sangat

Kisahnya nak buat BBQ malam ni. Tapi teringat pula pada sedikit nasi lebih dalam rice cooker. Kalau tak buat sesuatu pada nasi tu nanti dah tentu-tentunya akan rosak dan terbuang begitu sahaja. Sayang pula..


Tetiba timbulla idea nak masak nasi goreng untuk dimakan dengan ayam dan kambing bakar. Tapi kalau buat nasi goreng cina ke.. nasi goreng kampung ke..macam tak istimewa pula..


Lagi sekali timbullah idea nak masak nasi goreng butter atau mentega kot bahasa Melayunyer..

Dah masak, rasa.. mmm.. baru tau sedap rupanya nasi goreng mentega ni! 


NASI GORENG BUTTER @ MENTEGA
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

2 cawan nasi putih
2 sudu besar mentega
1 ulas bawang putih - dicincang
1/4 biji bawang besar Holland- dicincang
12 biji meatball
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu kecil serbuk pati ayam megi
Sedikit garam dan gula secukup rasa

CARA-CARA MEMBUATNYA

Jom..Kita ke dapur.


Meatball digoreng sehingga masak. Ketepikan.


Nasi dileraikan. Tak mau ketul-ketul. Nanti tak syantek nasi goreng kita.


Bawang putih dan bawang besar Holland dicincang halus.

Jom memasak!


Masukkan mentega. Bila dah cair sikit, terus masukkan bawang putih cincang dan bawang besar Holland cincang.

Tumis sampai layu.


Bila bawang sudah layu, masukkan meatball. Kacau rata.


Oleh kerana meatball tu dah masak tadi, terus sahaja kita masukkan nasi.


Masukkan sedikit garam, sedikit gula, serbuk pati ayam megi dan serbuk lada sulah. Kacau rata.


Sesudah kacau rata tu bolehlah dirasa sedikit.. sedap ke tak.. kalau tak sedap, tambahlah bahan perasa untuk mendapatkan rasa yang sempurna.


Dah masak, tutup api.


Masukkan ke dalam mangkuk hidang.


Ni operasi bakar-membakar.


Jom makan...

Bismillah..



Rabu, 4 November 2020

Sira Pisang Cara Tradisi

Pencuci mulut istimewa dari nenek moyang. Sangat sedap apabila dimakan. Tambah-tambah lagi jika dimakan sejuk. Ohhh.. nikmatnya!

Pagi tadi Pak Hencik ada sebut nak makan sira pisang yang orang lama-lama buat dahulu. Dia siap bagitau cara-cara buat dan bahan yang digunakan.

Iya betul. Cara ni adalah cara yang mak kita buat masa kita kecil dahulu. Sira pisang ni biasanya hidangan wajib ada di meja hidangan di bulan Ramadhan. Sira pisang inilah yang kita biasa makan pada tahun 70an dan 80an. Waktu itulah Mak Hencik meniti zaman kanak-kanak dan remaja. 😊😊😊


SIRA PISANG CARA TRADISI

Oleh Dapur Cempakasari


BAHAN-BAHAN

7 biji pisang, dikupas kulit dan dipotong serong

1/3 cawan gula

1 cawan air

5 tangkai bunga cengkih

1/2 sudu kecil garam

1/2 sudu kecil pewarna kuning

2 helai daun pandan, disimpul


CARA-CARA MEMBUATNYA

Jom kita mulakan..



Pisang.


Kupas kulit.


Pisang dipotong serong. Jangan potong kecil atau nipis sangat takut nanti hancur pula bila dimasak.


Gula, bunga cengkih, sedikit garam dan daun pandan.


Langkah 1
Dalam periuk, masukkan pisang, bunga cengkih, gula, sedikit garam dan daun pandan simpul.


Tuang secawan air yang dicampur dengan sedikit pewarna kuning.
Buka api.


Langkah 2
Tutup periuk dengan tudung periuk. Biarkan selama 5 minit.


Langkah 3
Selepas 5 minit, buka tudung periuk dan kacau menggunakan sudip. Kacau dengan berhati-hati supaya pisang tidak terganggu bentuknya.

Tutup lagi sekali dengan tudung periuk dan tunggu lagi selama berapa minit. Biarkan kuah pekat dan melekat pada pisang.

 

Dah siap. Tutup api. Bolehlah terus dihidang. Atau kalau nak makan sejuk, masukkan dalam bekas, tutup bekas dan masukkan ke dalam peti sejuk.

Jemput makan..

Bismillah..

🍌🍌🍌🍌🍌🍌🍌🍌🍌🍌🍌🍌🍌🍌🍌

Ahad, 1 November 2020

Rojak Buah yang sedap

 

Tetiba tertengok orang makan nenas dicicah dengan kicap belacan. Aduh kecur air liur tengok dia makan. Jomlah kita buat pula hari ini, kita buat rojak buah!


Buah yang sedap pastilah buah yang ada rasa masam-masam sikit seperti buah pauh atau mempelam putik, jambu batu, jambu air, nenas, sengkuang, betik, buah kedondong dan lain-lain lagi yang digemari. 


Buah-buahan obersi pun boleh juga digunakan contohnya buah lai, pear atau epal. Tak kiralah epal merah atau epal hijau.. yang penting sekali buah tu kita suka makan. HahahaπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Rojak ni yang paling penting tentu-tentunya bergantung kepada kuah rojaknya. 

Kuah rojak yang sedap memastikan rasa rojak buah yang sedap!


RESEPI ROJAK BUAH

Oleh Dapur Cempakasari

BAHAN-BAHAN

1 cawan kicap manis

2 cawan air

2 cawan gula

1 cawan gula merah

2 sudu besar belacan - dihancurkan dengan sedikit air

5 sudu besar cili kering kisar

5 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air - bancuhan tepung jagung


CARA-CARA MEMBUATNYA

Jom.. jom.. jom kita ke dapur.


Langkah 1

πŸ’₯Letak periuk atau sauce pan di atas dapur. 

πŸ’₯Masukkan semua bahan kecuali bancuhan tepung jagung ke dalam periuk. Kacau sehingga gula dan gula merah hancur.

πŸ’₯Biarkan kuah mendidih.


Langkah 2

πŸ’₯Bila kuah sudah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung. Terus dikacau sehingga kuah menjadi pekat.

πŸ’₯Kuah rojak mesti pekat supaya ia melekat pada buah.



πŸ’₯Bila kuah dah pekat macam kat πŸ‘†πŸ‘† tu, kuah dah boleh tutup api.


πŸ’₯Atau bila nampak kuah dah meletup-letup tu, maka boleh lab tutup api.


πŸ’₯Bila sudah sejuk, kuah akan jadi lebih pekat dan likat. Jadi, dah boleh makan dah.

πŸ’₯Kuah rojak yang lebih tu bolehlah dimasukkan ke dalam bekas untuk disimpan dalam peti sejuk.


πŸ’₯Untuk hari ni, kita makan buah-buah ni jer. Nak pergi jauh-jauh tak boleh sebab pkpb masih berlangsung lagi di Nilai ni. Takper, kita makan jer apa yang ada.


Buah nenas, buah lai, epal, mempelam dan sengkuang.


Masukkan ke dalam mangkuk dan tuang kuah rojak. Taburkan kacang goreng tumbuk di atasnya.

Ambil sudu dan halakan ke mulut. 

Bismillah..

Jemput makan kawan-kawan semua..


Rabu, 28 Oktober 2020

Spaghetti Buttermilk

Menangis orang Italy tengok hasil masakan nih! Pastu menangis keluar air mata berjurai di pipi apabila menikmatinya.. Tak sangka ya, ada juga orang masak gaya gini.. sedappp!

Hasil masakan nih kita buat isi perut di waktu pagi. Kalau ada tetamu datang tergempar untuk membawang pun InsyaaAllah sempat juga untuk kita sediakan kerana menggunakan bahan yang sedia ada di rumah jer.


SPAGHETTI BUTTERMILK

Oleh Dapur Cempakasari


Bahan-bahan

1 bungkus spaghetti-dicelur

1/2 biji bawang besar Holland - dicincang

2 ulas bawang putih - dicincang

6 tangkai cili padi - ditumbuk kasar, nak lagi pedas tambahlah lagi

1 cawan isi ayam kisar

5 batang sosej - dipotong serong

2 ketul kiub ayam

1 sudu kecil serbuk lada sulah

1 sudu kecil serbuk lada hitam

1 sudu kecil serbuk lada hitam kasar

1/2 sudu kecil garam, atau secukup rasa

1 sudu besar gula, jika suka

2 sudu besar mentega, untuk menumis

1 cawan susu sejat atau susu segar

1 cawan air

2 sudu besar tepung gandum

4-5 tangkai daun kari


CARA-CARA MEMBUATNYA

Jom.. jom kita ke dapur.



Rebus spageti bersama sedikit mentega atau minyak zaitun sehingga lembut. Dah lembut, angkat dan toskan.


Potong serong sosej. Kalau nak lagi sedap, panggang dulu sosej atas kuali, kemudian baharulah dipotong serong. Aroma smoked tu jadi laagi sedap.


Isi ayam kisar. Mak Hencik guna isi ayam segar. Jadi Mak Hencik kisar dia bersama sedikit serbuk lada hitam kasar dan sedikit garam.


Cincang bawang besar Holland, bawang putih dan cili padi tu ditumbuk kasar.


Sediakan juga kiub ayam Adabi, serbuk lada hitam, serbuk lada hitam kasar, serbuk lada sulah dan daun kari. 

Jangan lupa sediakan 2 sudu besar tepung gandum.


Langkah 1
Cairkan 2 sudu besar mentega. Masukkan bawang besar cincang, bawang putih cincang dan cili tumbuk. 
Kacau sehingga layu.


Langkah 2
Masukkan isi ayam. Kacau lagi sehingga isi ayam masak.


Kemudian masukkan sosej serong. Kacau lagi sehingga sosej masak.

Kalau guna sosej panggang tadi, takyah tunggu lelama.


Langkah 3
Bila ayam dan sosej sudah masak, masukkan pula 1 cawan susu sejat dan 1 cawan air.


Kacau rata dan biar kuah mendidih. 

Sambil tu, bolehlah masukkan daun kari dan bahan perisa yang lain seperti kiub ayam, sedikit garam, 1 sudu besar gula segala serbuk tu iaitu serbuk lada hitam, serbuk lada hitam dan serbuk lada sulah.


Langkah 4
Bila sudah mendidih, masukkan pula 2 sudu besar tepung gandum. Terus kacau lagi. Kuah akan jadi pekat.


Langkah 5
Akhirnya bolehlah dimasukkan spaghetti celur tadi.


Gaul sehingga rata. Selepas tu bolehlah tutup api. 


Masukkan ke dalam mangkuk hidang. Siap!

Jom makan..

Bismillah..


Hurmm.. sedapnya!