Tetiba tertengok orang makan nenas dicicah dengan kicap belacan. Aduh kecur air liur tengok dia makan. Jomlah kita buat pula hari ini, kita buat rojak buah!
Buah yang sedap pastilah buah yang ada rasa masam-masam sikit seperti buah pauh atau mempelam putik, jambu batu, jambu air, nenas, sengkuang, betik, buah kedondong dan lain-lain lagi yang digemari.
Buah-buahan obersi pun boleh juga digunakan contohnya buah lai, pear atau epal. Tak kiralah epal merah atau epal hijau.. yang penting sekali buah tu kita suka makan. Hahaha😆😆😆
Rojak ni yang paling penting tentu-tentunya bergantung kepada kuah rojaknya.
Kuah rojak yang sedap memastikan rasa rojak buah yang sedap!
RESEPI ROJAK BUAH
Oleh Dapur Cempakasari
BAHAN-BAHAN
1 cawan kicap manis
2 cawan air
2 cawan gula
1 cawan gula merah
2 sudu besar belacan - dihancurkan dengan sedikit air
5 sudu besar cili kering kisar
5 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air - bancuhan tepung jagung
CARA-CARA MEMBUATNYA
Jom.. jom.. jom kita ke dapur.
Langkah 1
💥Letak periuk atau sauce pan di atas dapur.
💥Masukkan semua bahan kecuali bancuhan tepung jagung ke dalam periuk. Kacau sehingga gula dan gula merah hancur.
💥Biarkan kuah mendidih.
Langkah 2
💥Bila kuah sudah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung. Terus dikacau sehingga kuah menjadi pekat.
💥Kuah rojak mesti pekat supaya ia melekat pada buah.
💥Bila kuah dah pekat macam kat 👆👆 tu, kuah dah boleh tutup api.
💥Atau bila nampak kuah dah meletup-letup tu, maka boleh lab tutup api.
💥Bila sudah sejuk, kuah akan jadi lebih pekat dan likat. Jadi, dah boleh makan dah.
💥Kuah rojak yang lebih tu bolehlah dimasukkan ke dalam bekas untuk disimpan dalam peti sejuk.
💥Untuk hari ni, kita makan buah-buah ni jer. Nak pergi jauh-jauh tak boleh sebab pkpb masih berlangsung lagi di Nilai ni. Takper, kita makan jer apa yang ada.
Buah nenas, buah lai, epal, mempelam dan sengkuang.
Masukkan ke dalam mangkuk dan tuang kuah rojak. Taburkan kacang goreng tumbuk di atasnya.
Ambil sudu dan halakan ke mulut.
Bismillah..
Jemput makan kawan-kawan semua..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan