Rabu, 7 Julai 2021

Keria Ubi Kayu

 Lembut dan rasanya pun sedap!


Pertama kali makan ni, terus jatuh cinta. Dah bertambahlah satu lagi resepi kuih dari ubi kayu. Next time, kalau ada ubi kayu pasti tidak akan teragak-agak nak membuatnya lagi. Anak-anak pun kata sedap sebab dia lembut, katanya.


Terdetik nak buat kuih ni sebab petang semalam Pak Hencik dok menggali ubi kayu.  Dapat banyak juga. Selepas disumbang kepada jiran sebelah, kita pun buat projek nih, projek keria ubi kayu kikiki


RESEPI KUIH KERIA UBI KAYU
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

3 cawan ubi kayu, direbus dan dilenyek
3 sudu besar tepung gandum (atau secukupnya)
Sedikit garam
Minyak masak untung menggoreng

Bahan sira

1/2 cawan gula
1/4 cawan air


Cara-cara membuatnya

Jom.. jom.. kita ke dapur.


Ubi kayu, untuk sesiapa yang tak kenal. Hi3

Ubi kayu dikupas kulitnya dan dibasuh bersih, kemudian dipotong kecil.


Rebus ubi kayu dengan sedikit garam.


Bila ubi kayu dah empuk, matikan api.

Toskan air.


Dalam sebuah bekas, lenyek ubi kayu rebus semasa masih panas. Pastu tambah 3 sudu besar tepung gandum. (Sukatan ni Mak Hencik agak-agak jer)

Tepung tu jangan letak banyak sangat takut nanti jadi keras pula 


Uli sehingga rata. (melekat jugak sikit kat tangan ni)


Buatkan bentuk toda, saiz kecil sahaja.

Nak buat bentuk ni, Mak Hencik sapu tangan dengan tepung gandum sikit. Hi3


Lepas tu goreng dalam minyak panas dengan api sedang. 

Bila dah keperangan kaler dia, Balikkan supaya ia masak sekata.


Bila dah masak, angkat dan toskan minyak.

Goreng lagi yang selebihnya sehingga habis.

Sementara tu kita teruskan untuk membuat sira pula.


Mula-mula masukkan gula 1/2 cawan dan air 1/4 cawan.

(Sukatannya lsira gula tu ebih kurang 1 cawan gula dan 1/2 cawan air gitewww)

Kuali dan senduk tu mestilah bebas minyak yea..


Kacau seketika sehingga ia berbuih.


Bila buih dah banyak, bolehlah kita masukkan keria tadi 


Kacau rata. Masa ni gula dah bersalut pada keria, tetapi belum membentuk bunga gula. Teruskan mengacau lagi.


Bunga gula dah mula terbentuk. Kacau lagi sehingga keria diselaputi gula sepenuhnya.


Masa ni bunga gula dah terbentuk elok pada keria. Jadi, dah boleh tutup api dah.


Masukkan ke dalam piring kuih. Sedia untuk dimakan.

Jemput kawan-kawan.

Bismillah..


Isnin, 28 Jun 2021

Kuih Ketayap Pandan Polkadot

Sungguh sedap!

Setelah makan nasi lemak yang savouri tu, kita pun nak makan kuih yang manis pula. Jadi, kita pun buat kuih ketayap ni sebabnya ia mudah disediakan dan sedap juga rasanya. 


Hari ini, inti ketayap ni Mak Hencik buatkan inti kelapa. Next time nak letak inti kaya atau coklat pula. Atau letak cheese? Rasa-rasa ok tak?


Untuk pandan flavour pula Mak Hencik pergi petik 7,8 helai daun pandan kat tepi dapur. Daun tu potong kecil-kecil dan kisar sehingga lumat, tapis dan ambil airnya. Wangian air pandan asli ni akan membangkitkan aroma kuih kita nanti.


RESEPI KUIH KETAYAP 
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
2 cawan air pandan
1 cawan santan sederhana pekat
1 sudu kecil garam
1 sudu besar minyak masak

Pewarna hijau
Pewarna merah jambu
Sedikit minyak masak untuk disapu pada kuali atau pan

Sebelum buat kuih ketayap, kita kena siapkan inti kelapa manis dahulu. Boleh buat awal lepas tu simpan dalam peti sejuk.

RESEPI INTI KELAPA MANIS

1/2 biji kelapa parut
3 keping gula melaka (3kerek )
1 sudu makan gula putih
2 sudu makan tepung gandum
2 helai daun pandan disimpul
1/2 cawan air
1/2 sudu teh garam

Cara Buat Inti Kelapa :

๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’š Dalam kuali, campurkan gula melaka, gula putih, daun pandan, garam dan air. Masak hingga semua cair guna api sederhana.

๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’š Kemudian  masukkan kelapa parut, gaul rata.

๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’š Lepas tu masukkan tepung gandum. Kacau sebati dan masak hingga sedikit kering tapi masih lagi lembab. Baru lah sedap inti nya. Ketepikan seketika.


Cara-cara membuat kuih Ketayap.

Jom.. jom.. jom kita ke dapur..


๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’š Sediakan air pandan. Ambik 5 ke 6 helai daun pandan, potong kasar lepas tu kisar dengan 2 cawan air. Lepas tu tapis. 

๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’š Kalau tak ada daun pandan, guna air biasa pun takper. Boleh jer letak paste pandan dan pewarna hijau.

๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’š Kelebihan air daun pandan ni, ia wamgi 


๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’š Dalam bekas, masukkan 2 cawan air daun pandan, 2 cawan tepung gandum, 1/2 cawan santan, 1 sudu besar minyak masak dan 1 sudu kecil garam.

๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’š Kacau dengan whisk sehingga tidak berketul.


๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’š Kalau nak senang, masukkan semua bahan tu dalam blender dan kisar sehingga tepung tidak berketul.


๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’š Seterusnya, ambik 3 ke 4 sudu besar masukkan ke dalam mangkuk kecil dan letakkan pewarna pink.

๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’š Adunan yang banyak tu diletakkan warna hijau. Kacau sehingga rata.


๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’š Yang warna pink tu masukkan ke dalam botol yang ada muncung kecil supaya senang nak buat titik atau corak.


๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’š Sediakan sedikit minyak masak.


๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’š Letakkan pan atas api. Seeloknya kuali non-stick supaya ketayap senang dikeluarkan.


๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’šAmbil bekas yang berisi adunan berwarna merah jambu dan titikkan di atas pan.


๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’šAmbil lebih kurang 1 senduk adunan pandan tuang ke atas titik-titik tadi. Lenggangkan kuali supaya adunan menjadi nipis dan memenuhi pan.

๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’šKulit ketayap mesti nipis supaya senang digulung, elak dari pecah dan rasanya lebih sedap.

๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’šLepas tu, tutup guna tudung periuk.
Dalam cuter P Ramlee ada dia nyanyi lagu tudung periuk yang pandai menarik. Jangan ambik yang pandai menari tu ya. Ambik tudung periuk yang biasa-biasa jer..


๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’šBila kulit ketayap tu dah gelembung, maksudnya ia dah masak. 

๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’šBuka tudung periuk dan angkat kulit ketayap ke atas pinggan besar. Sejukkan sikit.

๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’š Sementara tu, kita ulangi semula proses membuat kulit ketayap..
1. Sapu minyak pada pan
2. Titikkan adunan warna merah jambu
3. Tuang 1 senduk adunan pandan, lenggangkan pan untuk dapatkan kulit yang nipis sekata dan memenuhi pan. (Nanti saiz akan jadi sama besar)
4. Tutup pan
5. Bila dah gelembung, angkat dan letakkan atas pinggan besar atau tempat yang rata untuk proses bubuh inti kelapa dan gulung.


๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’š Seterusnya, ambil sekeping kulit ketayap, letakkan dua sudu inti kelapa.


๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’šGulung sikit dari bahagian atas. Lepas tu sebelah kiri dan kanan tu lipat ke dalam. Lepas tu gulung kemas-kemas.


๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’šDapatlah 9 ke 10 ketul saiz sederhana.

๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’šJom makan kawan-kawan semua..

๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’š Bismillah..

Jumaat, 11 Jun 2021

Mee Sizzling Simple

Cara nak buat mee sizzling ni memang simple giler  tapi rasanya fullamak.. meletops sedap gais!


Kalau pandai masak mee sizzling ni jangan pendamkan bakat tu. Open order dalam group-group taman atau kampung untuk berniaga. Mee Sizzling ni ramai peminatnya, kalau kena cara pengurusan dan pemasaran, rezeki akan datang bergolek-golek.

Sebab ini adalah pengalaman seorang rakan yang cuba-cuba belajar berniaga untuk membantu suami. Hasil penat-lelah dan gigihnya bertahun-tahun tu akhirnya dia berjaya menyewa lot gerai di pusat beli-belah. You know what guys! Dia dapat 30k sebulan hasil jualan ni. Best dengar kan.. ๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช. Itulah yang diceritakan.. Cerita benar ni.. Kalau dia tipu, maka Mak Hencik pun tipu lah ni...๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†


RESEPI YEE MEE SIZZLING
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

8 ulas bawang putih, dihiris
5 keping halia, dihiris
10 tangkai cili kering, dipotong 3 (boleh kurang atau tambah ikut kepedasan masing-masing)

6 cawan air
4 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap masin/manis
3 sudu besar kicap cair 
2 ketul kiub ayam
garam dan gula secukupnya

3 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
1 sudu besar minyak bijan

Sawi Jepun
Yee mee
Telur
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara membuatnya.

Jom.. jom kita ke dapur.


๐ŸคBasuh bersih cendawan shitake kemudian rendam  cendawan sehingga lembut.

๐ŸคKalau suka cendawan ni, bubuh banyak-banyak pun ok, tak ada orang marah rasanya.


๐ŸคPotong cendawan shitake ikut suka korang. Mak Hencik potong nipis. 

๐ŸคAir rendaman tu simpan. Tambah air untuk cukupkan 6 cawan.


๐ŸคSediakan bahan-bahan lain seperti bawang putih hiris, halia hiris, cili kering dipotong tiga dan dibasuh bersih, isi ayam dipotong kecil dan sawi Jepun.


๐Ÿค Bahan-bahan lain, kita ada 2 ketul kiub ayam, 1 sudu besar serbuk lada hitam kasar dan 1 sudu besar minyak bijan.

๐ŸคDalam mangkuk kecil tu adalah bancuhan tepung jagung dengan sedikit air.

Dah sedia bahan segala mari kita mulakan..


๐Ÿค Panaskan sedikit minyak masak, tumis cili kering potong diikuti oleh halia hiris dan bawang putih hiris.


๐ŸคBila bahan tumisan dah garing, masukkan isi ayam. Kacau seketika sehingga isi ayam masak.


๐ŸคBila isi ayam sudah masak, masukkan air rendaman cendawan dan air berjumlah 6 cawan. Biarkan sehingga mendidih.


๐ŸคBila kuah sudah mendidih, masukkan cendawan shitake. 

๐ŸคMasukkan juga bahan perasa seperti garam, gula, kiub ayam, sos tiram, serbuk lada hitam kasar dan kicap manis atau masin. Mak Hencik guna kicap manis jer sebabnya budak-budak ni tak makan kicap masin.

๐ŸคJangan lupa, masukkan juga garam dan gula secukup rasa.

๐ŸคBiarkan seketika sambil dikacau sekali-sekala.


๐ŸคBila cendawan shitake tu agak-agak dah masak, tuang bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.

๐ŸคAkhir sekali masukkan 1 sudu besar minyak bijan. Kacau sehingga rata.


๐ŸคRasakan dulu kuahnya biar sempurna. Mesti kita bak rasa yang sedap meletops kan. Ha3

๐ŸคBila rasa dah sempurna, kuah pun dah pekat elok, maka bolehlah kita tutup api.

Sebab Mak Hencik nak terus makan gitu ajer, jadi Mak Hencik celur dulu sayur sawi Jepun.


๐ŸคSawi jepun sebelum dicelur.


๐ŸคSawi jepun selepas dicelur. (Buruknya. ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†)

Lepas tu operasi mencelur yee mee pula..


๐ŸคKami nak makan terus, jadi Mak Hencik celur yee mee sehingga lembut. 

๐ŸคKalau nak guna hot plate, yee mee dan sawi tu tak payah dicelur.


๐ŸคNi hasilnya 5 keping yee mee yang dah siap dicelur.

Akhirnya.. bolehlah dihidangkan.


๐ŸคUntuk satu hidangan, masukkan yee mee ke dalam pinggan, sendukkah kuah dan letakkan sawi jepun celur. 

๐ŸคJemput makan kawan-kawan semua..

๐Ÿค Bismillah..

Kalau guna hot plate, letak hot plate atas dapur, tuang satu senduk kuah lepas tu letak seketul yee mee. Buka api. Kemudian letakkan lagi kuah atas yee mee, diikuti oleh sawi jepun dan pecahkan sebiji telur. Bila yee mee dah separuh lembut, tutup api. Ready to serve.❤️❤️