Masakan Ringkas. Resepi Mudah. Rasa yang pasti Sedap. Berkongsi menu harian yang lazat dengan langkah bergambar.
Sabtu, 19 Disember 2020
Talam Jagung
Sabtu, 14 November 2020
Nasi Goreng Butter Sedap Sangat
Kisahnya nak buat BBQ malam ni. Tapi teringat pula pada sedikit nasi lebih dalam rice cooker. Kalau tak buat sesuatu pada nasi tu nanti dah tentu-tentunya akan rosak dan terbuang begitu sahaja. Sayang pula..
Rabu, 4 November 2020
Sira Pisang Cara Tradisi
Pencuci mulut istimewa dari nenek moyang. Sangat sedap apabila dimakan. Tambah-tambah lagi jika dimakan sejuk. Ohhh.. nikmatnya!
Pagi tadi Pak Hencik ada sebut nak makan sira pisang yang orang lama-lama buat dahulu. Dia siap bagitau cara-cara buat dan bahan yang digunakan.
Iya betul. Cara ni adalah cara yang mak kita buat masa kita kecil dahulu. Sira pisang ni biasanya hidangan wajib ada di meja hidangan di bulan Ramadhan. Sira pisang inilah yang kita biasa makan pada tahun 70an dan 80an. Waktu itulah Mak Hencik meniti zaman kanak-kanak dan remaja. 😊😊😊
SIRA PISANG CARA TRADISI
Oleh Dapur Cempakasari
BAHAN-BAHAN
7 biji pisang, dikupas kulit dan dipotong serong
1/3 cawan gula
1 cawan air
5 tangkai bunga cengkih
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil pewarna kuning
2 helai daun pandan, disimpul
CARA-CARA MEMBUATNYA
Jom kita mulakan..
Ahad, 1 November 2020
Rojak Buah yang sedap
Tetiba tertengok orang makan nenas dicicah dengan kicap belacan. Aduh kecur air liur tengok dia makan. Jomlah kita buat pula hari ini, kita buat rojak buah!
Oleh Dapur Cempakasari
BAHAN-BAHAN
1 cawan kicap manis
2 cawan air
2 cawan gula
1 cawan gula merah
2 sudu besar belacan - dihancurkan dengan sedikit air
5 sudu besar cili kering kisar
5 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air - bancuhan tepung jagung
CARA-CARA MEMBUATNYA
Jom.. jom.. jom kita ke dapur.
Langkah 1
💥Letak periuk atau sauce pan di atas dapur.
💥Masukkan semua bahan kecuali bancuhan tepung jagung ke dalam periuk. Kacau sehingga gula dan gula merah hancur.
💥Biarkan kuah mendidih.
Langkah 2
💥Bila kuah sudah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung. Terus dikacau sehingga kuah menjadi pekat.
💥Kuah rojak mesti pekat supaya ia melekat pada buah.