Sabtu, 19 Disember 2020

Talam Jagung

Sedap dimakan di waktu pagi atau waktu petang. Sedap juga dibuat pencuci mulut. Kuih talam.. selera sepanjang zaman.


Gadis nusantara berwajah ayu, cantik dan manis,
Pipi merah, ikal rambut, lentiknya alis;
Rasa talam jagung ni sedap, lemak dan manis,
Hidangan pelengkap sebarang majlis.

Hidangan kuih-muih tempatan ni sekarang dah ada nilai komersial dan mempunyai nilai ekonomik, iaitu boleh dipasarkan dan boleh memberi pendapatan yang memberangsangkan jika kita serious menceburinya.


TALAM KASTARD JAGUNG
Oleh Dapur Cempakasari
Sumber :  memoBlog Yatieries via FB Berkongsi Kuih Muih dan Masakan & FB Aznati Azhar

Bahan untuk lapisan bawah:

1 1/2 cwn tepung beras
1/2 cwn tepung jagung
1/2 cwn tepung kastard
1 cwn gula
1 cwn jagung krim manis
3 1/2 cwn santan
sedikit perwarna kuning
sedikit garam

Bahan untuk lapisan atas:

2 cwn santan pekat
1 cwn air
1 cwn tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung ubi
2 biji telur
2 sudu besar gula pasir
secubit garam


CARA-CARA MEMBUATNYA

Jom.. jom.. kita menalam hari ini..


🌿Sediakan loyang 10"X10"

🌿Oles dengan sedikit minyak di bahagian dasar dan tepi loyang, kemudian alas dengan plastik yang saiznya lebih besar dari loyang.

🌿Letakkan loyang di dalam pengukus elektrik. Ketepikan.


🌿Dalam  bekas yang sesuai, satukan semua jenis tepung dalam mangkuk bersama santan.

🌿Gaul sebati.


🌿Tapiskan ke dalam periuk atau kuali.

🌿 Masukkan sedikit garam dan gula.


🌿Masukkan jagung krim dan gaul lagi sehingga sebati.

🌿Masak di atas api kecil sehingga naik wap.

🌿Bila sudah naik wap, tutup api.


🌿Tuang adunan ke dalam loyang yang tersedia di dalam pengukus elektrik tadi.


🌿Tutup pengukus dan kukus selama 20 minit.

🌿Tudung pengukus dibalut dengan Kain supaya air tidak jatuh ke atas kuih.
Pengukus pun pakai tudung. Hihihi

🌿Biarkan sehingga masak.

Sementara tu kita sediakan lapisan atas pula, iaitu lapisan santan.


🌿Dalam  bekas yang sesuai, satukan semua jenis tepung bersama santan.

🌿Gaul sebati

🌿Tapiskan ke dalam periuk atau kuali.

🌿 Masukkan sedikit garam dan gula


🌿Masak sekejap guna api kecil jer sehingga naik wap.

🌿Bila dah naik wap, tutup api. Biarkan dahulu.


🌿Setelah 30 minit, buka tudung pengukus.


🌿Cakar-cakarkan sedikit permukaan bawah tadi 
.

🌿Tuangkan adunan putih ke atas lapisan jagung tadi.


🌿Tu dia aihhh.


🌿Tutup pengukus dan kukus selama 20 minit.


🌿Setelah 20 minit, buka tudung pengukus dan kukus lagi selama 5 minit tanpa tudung.

🌿 Tujuannya ialah supaya bahagian atasnya kering dan kuih talam akan lambat basi.


🌿Selepas 5 minit, tutup api.

🌿 Biarkan kuih talam sejuk sekurang-kurangnya tiga jam sebelum dipotong menggunakan pisau plastik.


🌿Inilah hasilnya.


🌿 Bolehlah hidangkan untuk minum petang.

🌿 Bismillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan