Mudah dibuat. Sedap dimakan!
Boleh buat sendiri sahaja di rumah dan boleh makan panas-panas juga macam kat kedai mamak. Rasa puas hati lak.
Dah buat nan cheese ni kita regukan pula dengan teh tarik atau teh tak tarik. Hihihi๐๐๐
Tapi makan sekeping pun dah kenyang. Serious kenyang. ๐๐๐Seronok juga layan karenah anak-anak musim cuti sekolah ni. ๐๐
ROTI NAN CHEESE
Oleh Dapur Cempakasari
Bahan-bahan
๐ท850g tepung gandum (Mak Hencik guna sebungkus tepung gandum cap Ros)
๐ท4 sudu besar minyak masak
๐ท1 sudu besar garam
๐ท5 sudu besar gula
๐2 cawan air suam
๐2 sudu besar yis segera
Cheese keping secukupnya
Bahan bertanda ๐ disatukan dan kacau sedikit serta biarkan selama 30 minit sehingga berbuih dan kembang.
Bahan bertanda ๐ทdisatukan dan digaul hingga sebati menggunakan hujung jari.
Cara-cara membuatnya.
Moh ler kita ke dapur
๐ต️Sediakan bancuhan yis dahulu.
๐ต️Masukkan dua cawan air suam ke dalam bekas bersama 2 sudu besar yis segera.
๐ต️Kacau sehingga sebati dan biarkan 30 minit atau sehingga yis berbuih dan kembang.
๐ต️Dalam bekas yang sesuai, masukkan sepaket tepung gandum, 1 sudu besar garam, lima sudu besar gula dan 4 sudu besar minyak masak. Kacau guna hujung jari. Lepas tu buatkan lubang di tengah tepung.
๐ต️Kemudian tuang bancuhan yis yang telah berbuih kembang ke bahagian tengah lubang tadi.
๐ต️Gaul dan uli sehingga adunan menjadi doh yang lembut.
๐ต️Tutup adunan dengan kain.
๐ต️Biarkan doh menjadi kembang sekali ganda. Mak Hencik tunggu dalam 30 minit sahaja sebab budak-budak ni sibuk dok tanya bila nak siap.. Bila nak siap.. Hehehe
๐ต️Sediakan cheese keping secukupnya.
๐ต️Doh yang sudah kembang tadi ditumbuk sedikit untuk mengeluarkan angin.
๐ต️Lepas tu bulatkan sebesar bola apa yea. Kalu bola ping pong kecil sangat. Bola tennis besar sangat lak. Agak-agak 2 biji bola ping pong boleh tak? Hehehe ๐
๐
๐
๐ต️Ambil sebiji bola tu dan masukkan cheese kat dalamnya. Kemudian rapatkan semula dan bentukkan bulat. Lepas tu gelek atau nipiskan guna torak. Nak nipis, nak tebal ikut suka tuan-tuan dan puan-puan yang buat.
๐ต️Lepas tu panaskan kuali yang disapu dengan minyak dan masukkan cheese nan tadi. Tutup kuali.
๐ต️Bila dah keperangan, balikkan.
๐ต️Angkat dan masukkan ke dalam pinggan.
๐ต️Buatlah sampai habis. ๐๐๐
๐ต️Masa untuk makan...
๐ต️Hari ini roti nan cheese kita cicah kuah kari ayam.
๐ต️Jom layan roti nan kawan-kawan.
๐ต️Bismillah..
Masakan Ringkas. Resepi Mudah. Rasa yang pasti Sedap. Berkongsi menu harian yang lazat dengan langkah bergambar.
Selasa, 17 Disember 2019
Isnin, 16 Disember 2019
Cucur Jagung Kembung
Sangat sedap dimakan hot-hot!
Sehari dua ni hujan turun tidak berhenti. Maklumlah sekarangkan musim hujan. Dalam berita TV pun dah tunjuk kawasan-kawasan yang dilanda banjir. Mujurlah di sini tidak banjir. Semoga dipermudahkan urusan semua orang dan urusan kita sendiri ya..
Pagi ni pula hujan sudah berhenti setelah seharian dan semalaman hujan turun. Cuacanya redup sahaja. Angin pula sejuk dan nyaman. Jadi sesuai sangatlah pagi ni kita buat cekodok atau orang utara kata cucuq.
๐พRESEPI CUCUR JAGUNG KEMBUNG YANG MUDAH DAN SEDAP๐พ
Oleh Dapur Cempakasari
Bahan-bahan
๐พ2 cawan tepung gandum
๐พ1 sudu kecil yis segera
๐พ1 sudu kecil garam
๐พ2 sudu besar gula, kalau tidak suka manis tak perlu bubuh
๐พ1 sudu besar minyak masak
๐พ1 1/4 cawan air
๐พ1/2 cawan jagung rebus - dihiris
๐พMinyak masak secukupnya untuk menggoreng
Cara-cara menyediakannya
Marilah kita ke dapur .. Ajom!
๐พDi dalam bekas, satukan tepung gandum, garam, gula dan yis. Kemudian tuang air.
๐พKacau sehingga rata dan masukkan minyak masak. Kacau lagi sehingga rata. Adunan menjadi sangat pekat dan melekit.
๐พTutup bekas dengan kain maslin atau Mak Hencik guna pinggan jer.
๐๐
๐พBiarkan selama 30 minit.
๐พBila masa nak menggoreng baharulah kita masukkan jagung hiris. Gaul hingga rata.
๐พPanaskan minyak dalam kuali.
๐พBasahkan hujung jari. Jemput sedikit adunan dan masukkan ke dalam kuali.
๐พGoreng sehingga masak dengan api sederhana.
๐พBalikkan ya supaya cekodok masak sekata.
๐พBila sudah masak, angkat dan toskan minyak.
๐พGoreng sampai habis
๐พMasukkan ke dalam pinggan.
๐พCukup tak untuk sekali makan tu?Hehehe
๐พJom kita layan cekodok jagung ni. Cicah pula dengan sos pencicah made in Kelantan, brand burung Merak.
๐๐
๐พJemput makan kawan-kawan semua..
๐พBismillah..

Ahad, 15 Disember 2019
Petua Sihatkan Dalaman Wanita
4 PETUA SIHAT DALAMAN WANITA
.
1. Rebusan Serai dan Halia๐ฟ
- ๐นAmbik 3 batang serai
- ๐น4cm halia @2 ketul
Diketuk kedua bahan di atas.
Direbus dgn 3 gelas air dijadikan sehingga 1gelas air . Tunggu suam diminum.
** Rebusan ini seeloknya dibuat seminggu 2 / 3 kali.
Sesuai diamalkan kepada sesiapa yang sentiasa letih dan lenguh2 badan. kolestrol tinggi dan sakit urat saraf. Disyorkan minum selepas makan di siang hari.
.
2. Rebusan Sireh๐ฟ
- ๐ทAmbik daun sireh 3 ke 5 helai.
Di rebuskan dengan 3 gelas air dan jadikan 1 gelas. Tunggu suam dan di minum.
**Tambahan : boleh dicampurkan dgn bunga cengkih 3 kuntum.
Untuk menghilangkan bau badan dan pulihkan segala sakit urat dan sengal-sengal badan.
**Rebusan ini seeloknya di amalkan setiap seminggu ke 10 hari sekali.
.
3 . Rebusan sireh dan daun Inai๐ฟ
- ๐ฅ3 ke 5 helai daun sireh.
- ๐ฅsegenggam daun Inai.
Direbus dgn 3 gelas air dan jadikan sehingga 1 gelas air. Minum bila sudah suam.
**Rebusan ini sesuai paling sesuai digunakan bagi perempuan yang mengalami keputihan dan lendiran yang banyak. Juga berbau.
Elok di amalkan selepas haid.
.
4. Rebusan Halia Serai cengkih dan๐ฟ kunyit
- ๐ป2 / 3 batang serai di ketuk
- ๐ป3cm halia (tua/muda).di ketuk
- ๐ป2cm kunyit di ketuk
- ๐ปsedikit kulit kayu manis / bunga
cengkih /bunga lawang
- ๐ปdaun pandan sehelai
- ๐ปsedikit gula batu.
.
*** gula batu boleh di ganti dgn
madu jika suka.
****Rebusan ini seeloknya di ambil setiap kali sebelum atau selepas haid.
.
Cukup sekali sebulan shj.
Bagi mewangikan kewanitaan anda dan menyegarkan badan.
Segala resepi dan ramuan di atas , anda boleh amalkan mengikut kepada keperluan dan kesesuaian badan anda.
.
๐ฒ๐๐Sy tidak syorkan ambik setiap hari. Sila aturkan mengikut keperluan badan sendiri.
.
๐ฒ๐๐Ini adalah amalan untuk penjagaan kesihatan terutama bagi menjaga dalaman badan dan menyegarkan urat saraf. Membuang toksik dan lemak . Dan tersangat banyak khasiat.
Jangan lupa follow fb mak Jah NoLi YaNa ye Uoolss
Sumber dan gambar : FB Resepi Kuih Muih dan Lauk-Pauk Melayu.

Sabtu, 14 Disember 2019
Kuih Nona Manis
Lemak manis.. Aroma daun pandan. Wangi.. Sedap rasanya bila dimakan, sampai terpejam mata! ๐๐๐
Dup dap Dup dap rasa dalam dada. Macam jatuh cinta pula. Tapi bukan.. Dup dap Dup dap ini adalah debaran kerana kali pertama nak membuatmu, si nona manis!
Sahabat FB Aznati Azhar selalu buat kuih comel ni. Dia sertakan resepi sekali. Mak Hencik pun screen shot resepi tersebut dan simpan dalam tepon. Rasa macam lama gak dok memeramnya.
Tengahari semalam pula ada dua pohon pandan ditebang oleh Pak Hencik kerana dah merimbun beranak-pinak. Jadi rasanya.. Inilah saat yang sesuai untuk membuatnya.
RESEPI KUIH NONA MANIS
Oleh Dapur Cempakasari
Sumber resepi : Aznati Azhar via FB Kongsi Kuih Muih dan Masakan
(menghasilkan 31 biji kuih)
Bahan A๐
๐1 biji telur gred A atau gred B - di kisar sehingga kembang
๐1 cawan santan pekat
(Mak Hencik guna 1/2 cawan santan kotak dicampur dengan 1/2 cawan air)
๐1 cawan tepung gandum
๐1/2 cawan gula
Bahan B๐
๐1/2 cawan santan sederhana pekat
(Mak Hencik guna 2 sudu besar santan kotak dibancuh dengan 1/2 cawan air)
๐1/2 cawan air daun pandan
(potong kecil tiga helai daun pandan dan kisar bersama 1/2 cawan air dan tapis)
๐1/4 cawan tepung jagung
๐1/4 cawan gula
๐1 sudu kecil pewarna hijau
๐1/2 sudu kecil garam
Bahan C ๐
๐2 1/2 cawan santan sederhana pekat (Mak Hencik guna 1 1/2 cawan santan kotak dicampur dengan 1 cawan air)
๐4 sudu besar tepung gandum
๐2 sudu besar tepung jagung
๐1/2 sudu kecil garam
๐Sedikit minyak masak untuk disapu pada acuan lompang
๐31 biji acuan lompang
Cara-cara membuatnya
Jom.. Jom.. Jom kita ke dapur.
Mula-mula kita sediakan bahan-bahannya.
Antara bahan-bahan yang digunakan, iaitu tepung gandum, tepung jagung, gula, santan, air daun pandan, telur, pewarna hijau dan sedikit garam.
Mak Hencik beli 1 kotak santan 500ml untuk buat kuih ni
Langkah 1
Sediakan adunan A
Sebiji telur dikisar sehingga kembang.
Di dalam sebuah bekas, masukkan 1 cawan santan, 1 cawan tepung gandum dan 1/2 cawan gula. Gaul hingga sebati menggunakan whisk. Kemudian tuang telur dari mesin pengisar tadi dan kacau lagi sehingga sebati.
Tapis dan ketepikan adunan A ini.
Langkah 2
Sediakan adunan B
Di dalam bekas, satukan 1/2 cawan santan, 1/2 cawan air daun pandan, 1/4 cawan tepung jagung, 1/4 cawan gula, secubit garam dan pewarna hijau. Kacau hingga sebati menggunakan whisk.
Tapiskan ke dalam kuali dan masak sehingga pekat dan berkilat. Bila adunan sudah pekat dan berkilat, terus tutup api.
Ambil adunan A tadi dan tuang ke dalam adunan B sambil dikacau menggunakan whisk sehingga rata. Ia akan menghasilkan bancuhan sederhana pekat.
Jika kaler adunan nampak pudar, boleh tambah pewarna hijau. Kacau sebati.
Tunggu sejuk sikit, kemudian bolehlah dituang ke dalam botol sos plastik yang ada satu lubang. Ketepikan.
Langkah 3
Sediakan adunan C
Di dalam sebuah bekas, satukan 2 setengah cawan santan sederhana pekat, 4 sudu besar tepung gandum, 2 sudu besar tepung jagung dan sedikit garam. Kacau hingga sebati menggunakan whisk.
Tapiskan adunan ke dalam kuali dan masak sambil dikacau sehingga pekat. (Adunan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat) Maksudnya kalau adunan tu dah nak pekat sikit tu, bolehlah tutup api ya. Time ni paling susah Mak Hencik rasa. ๐ ๐ ๐
Sejukkan sebentar sebelum dituang ke dalam botol sos plastik yang ada satu lubang.
Langkah 4
Acuan lompang disapu dengan minyak masak.
Botol sos bancuhan kaler hijau dan putih pun dah tersedia tu.
Jom mulakan proses menghasilkan kuih nona manis!
Picitkan bancuhan kaler hijau ke dalam acuan sebanyak 3/4 penuh. Buat sampai habis.
Lepas tu paipkan pula bancuhan putih kat tengah-tengah warna hijau tu. Caranya ialah dengan mencelup muncung ke dalam warna hijau di bahagian tengahnya. Kemudian picit sehingga adunan memenuhi acuan.
Yang kat atas tu ☝️☝️ Mak Hencik buat kali pertama. 'Cantikkan'? Tetiba jer terpancut tanpa boleh dikawal Hahaha ๐๐๐
Yang ini pula ☝️☝️ percubaan kedua, ketiga dan keempat. Hasilnya kelihatan bertambah baik. Hihihi
๐๐๐
Ini ☝️☝️adalah cara Mak Hencik Paipkan warna putih ke dalam warna hijau.
Langkah 5
Masukkan ke dalam pengukus dan Kukus selama 20 minit. Tudung pengukus hendaklah dibalut dengan kain supaya air tidak menitis ke atas kuih.
Bila sudah masak, tutup suis dan keluarkan dari pengukus. Sejukkan dahulu sebelum dikeluarkan dari acuan.
Oklah juga nampaknya. Bolehlah.. Untuk percubaan pertama. Kalau Mak Hencik boleh buat, korang pun mesti boleh! ๐ช๐ช
Keluarkan dari acuan.
Si nona manis di dalam piring. Duduk dengan santun sambil menunggu tangan-tangan menyentuhnya.
Jemput menikmatinya wahai sahabat semua..
Bismillah..
Mmmm.. Sedapnya dinikmati bersama teh o suam.

Buatlah sehingga habis adunan tersebut. Ada cacat sikit-sikit tu tak per tau sebab bila dikukus, ia akan jadi cantik gak.
Ini ☝️☝️adalah cara Mak Hencik Paipkan warna putih ke dalam warna hijau.
Langkah 5
Masukkan ke dalam pengukus dan Kukus selama 20 minit. Tudung pengukus hendaklah dibalut dengan kain supaya air tidak menitis ke atas kuih.
Bila sudah masak, tutup suis dan keluarkan dari pengukus. Sejukkan dahulu sebelum dikeluarkan dari acuan.
Oklah juga nampaknya. Bolehlah.. Untuk percubaan pertama. Kalau Mak Hencik boleh buat, korang pun mesti boleh! ๐ช๐ช
Keluarkan dari acuan.
Si nona manis di dalam piring. Duduk dengan santun sambil menunggu tangan-tangan menyentuhnya.
Jemput menikmatinya wahai sahabat semua..
Bismillah..
Mmmm.. Sedapnya dinikmati bersama teh o suam.
Jumaat, 13 Disember 2019
Resepi Rempeyek yang Sangat Mudah
Nak buat Rempeyek ni mudah sahaja. Yang susahnya ialah nak cari kerajinan dan kesabaran tuh. Ada ke insan-insan di luar sana yang macam insan di sini. Yang rajin yakmat masa makan krup krap krup krap. Tapi time nak buat tu tunggu 2 ke 3 tahun baru buat sekali.
Hahaha๐๐๐
Iols jer yang pemaleh.. Uols rajin-rajin belaka. Jangan ikut perangai 'rajin' iols ya.. ๐๐๐
Ni kali kedua dalam hidup nih buat rempeyek. Mujurlah resepinya memang menjadi. Jadi bolehlah kongsi-kongsi dengan uols semua. Mana tau kot-kot uols nak buat berniaga ker.. Nak buat untuk hari raya ker.. Nak menunjuk kat MIL ke.. (jangan ... Tak baik menunjuk tau.. Hi3)
Yang penting kalau nak buat tu kena tingkatkan kesabaran dan keimanan.. Panas dan berpoluh den dok menggoreng rempeyek ni wehhh
๐ ๐ ๐
RESEPI REMPEYEK
Oleh Dapur Cempakasari
Bahan-bahan
250 gm tepung beras
300 ml santan (lebih kurang 1 1/3 cawan santan)
1 cawan air
3/4 cawan udang kering
2 sudu besar ketumbar
2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih
1 sudu kecil garam
3 sudu kecil gula
1 biji telur
5 biji bawang putih
2 sudu besar air kapur
2 cawan kacang tanah atau secukupnya
1/2 cawan ikan bilis dibelah dua
1 kg minyak masak untuk menggoreng
Cara-cara untuk menyediakannya
Jom.. Jom.. Jom kita ke dapur.
Mula-mula kita buat persediaan awal sebelum memasak dulu ya.
Sediakan kacang tanah. Kalau boleh pilih kacang tanah saiz kecil. Basuh bersih dan jemur supaya bila digoreng nanti akan mudah masak.
Kisar santan bersama ketumbar, jintan manis, jintan putih, udang kering, telur, garam, gula, bawang putih dan air kapur sehingga hancur.
Tuang bahan kisar ke dalam bekas yang mengandungi tepung.
Gaul sehingga rata. Rasa dulu cukup tak masin dan manis. Sempurnakan rasa.
Tambahkan kacang tanah dan ikan bilis. Gaul rata.
Panaskan minyak. Ambil satu senduk kecil adunan dan tepekkan di tepi kuali.
Cuba buat satu senduk dulu. Kalau tebal, kena tambah air sikit. Kalau nipis sangat, kacang tak lekat lak, so kena tambah tepung beras sikit. Kalau dah OK tak yah lah dok memandai tambah apa-apa lagi. Ki3 ๐๐๐
Nanti bila dah garing sikit ia mudah jer tangga dari kuali panas tu. Kalau susah juga nak tanggal, jirus sikit dengan minyak panas tu. Nanti senang lah ia lekang dari kuali.
Biarkan ia dalam minyak panas.
Bila warna sudah keperangan, balik kan rempeyek.
Bila dah masak, angkat dan toskan minyak. Ulangilah proses menggoreng sehingga habis. Jangan ler risau pasal panas dan berpeluh ketiak tu ya.. Itu biasa... ๐๐๐
Akhirnya... Siap juga.. ๐ช๐ช
Dapat tiga balang. 2 balang besaq, satu balang sederhana besaq. Huntung tak agak-agak? Huhuhu
Jom rasa..
Bismillah..
Sambil tu tertanya-tanya.. Bila lagi saya akan buat rempeyek ni ya? Kikiki.. ๐๐๐
Langgan:
Catatan (Atom)