Beratur panjang orang menunggu nak beli roti John. Kat pasar malam la. Bukan ku yang buat dan jual.. Aku adalah antara orang yang ramai-ramai beratur tu.. Tukang beli..
😆😆😆
Mak Hencik buat roti John ni ikut selera sendiri. Buat paste banyak-banyak sikit dan boleh disimpan dalam peti sejuk.
Mak Hencik biasa buatkan sarapan untuk anak-anak. Jadi Mak Hencik suka juga buat roti John ni Sebabnya ialah ia mudah dimasak, cepat siap dan semestinya sedap.
Bolehlah buat alas perut anak-anak kita atau cucu-cucu kita atau keluarga kita bersarapan pagi.
RESEPI ROTI JOHN HOMEMADE
Oleh Dapur Cempakasari
Bahan-bahan
Roti hotdog secukupnya
2 ketul ayam bahagian isi - dicincang
2 biji bawang putih - dicincang
1/2 biji bawang besar Holland - dicincang
5 sudu besar cili kering kisar
2 sudu besar serbuk kari
1/2 cawan air atau secukupnya
Sedikit daun sup, jika suka - dihiris halus
Beberapa biji telur
Sedikit minyak untuk menumis
Hiasan
Daun salad - dihiris kasar
Cili sos
Mayonis
Cara-cara membuatnya
Isi ayam dicincang.
Cili kering kisar
Bawang besar Holland dan bawang putih yang dicincang.
Cara-cara memasak
Kita sediakan rencah dahulu. Jom!
Langkah 1
Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih cincang, bawang besar Holland cincang dan cili kering kisar sehingga garing.
Bila sudah garing, masukkan tempah kari daging. Gaul sehingga sebati. Kalau kita tak suka rasa kari, just skipped yang ini.
Langkah 2
Masukkan isi ayam cincang. Gaul sehingga rata dan sebati.
Langkah 3
Masukkan 1/2 cawan air atau secukup suka.
Sekarang boleh masukkan garam, gula dan serbuk perkasa jika suka, sesedap rasa.
Biarkan ia mereneh dan pekat sambil dikacau sekali sekala.
Bila rencah sudah pekat elok, rasa pun sudah sempurna bolehlah kita tutup api dan sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam bekas.
Langkah 4
Sediakan roti hotdog☝️☝️, belah tepi tetapi jangan sampai putus.👇👇
Langkah 5
Hiris kasar daun salad kerinting atau green floral.
Langkah 6
Sediakan bekas yang sesuai. Masukkan 2 sudu besar rencah roti John, sebiji telur dan sedikit daun sup hiris, jika suka. Kacau sehingga rata dan berbuih.
Langkah 7
Panaskan kuali dan sapu sedikit minyak masak. Tuang bancuhan telur tadi.
Langkah 8
Ambil sebiji roti dan tekapkan di atas telur yang masih cair tadi.
Bila telur sudah bertukar ke warna keperangan, balikkan roti. Biarkan sekejap dan angkat.
Ulangi langkah 6 hingga 8 untuk roti John yang seterusnya. Buatlah seberapa yang kita nak.
Kalau ada rencah lebih, boleh di simpan dalam peti sejuk beku. Bila nak guna bolehlah dikeluarkan.
Roti yang telah siap tu dimasukkan ke dalam pinggan.
Langkah 9
Letakkan salad dan paipkan sos cilii dan mayonis.
Buat sampai habis.
Kemudian lipat.
Langkah 10
Potong serong roti John tadi dan hidangkan dalam pinggan.
Sedia untuk dinikmati.
Jemput makan sahabat-sahabat semua. Terutamanya seorang sahabat dari Portugal. Terima kasih kerana menyokong Mak Hencik. Awak selalu menjadi orang pertama yang melihat setiap post Mak Hencik. Untuk awak💐 💐💐
Bismillah.. 😋😋😋