Ahad, 10 November 2019

Kuih Lopes Ubi Kayu atau Poli Ubi Kayu

Rasa kenyal apabila digigit. Lemak dari kelapa parut dan manis gula melaka.. Alahaiii.. Nak lagi! Saper-saper yang nak.. Mai sini.


Lima ketul ubi kayu hasil titik peluh mak yang terakhir tu telah Mak Hencik parut dan masukkan ke dalam empat bungkusan plastik saiz sedang. Mak Hencik frozenkan dalam peti sejuk.

Hari ni  Mak Hencik nak buat kuih. Jadi pagi tadi sebelum pergi kerja Mak Hencik keluarkan sebungkus dan letak dalam peti sejuk bahagian bawah tu.

Bila balik, bungkusan ubi kayu parut tu dah pun lembut dan boleh di teruskan operasi. Operasi buat kuih Poli Ubi kayu atau orang keyelll panggil kuih Lopes Ubi Kayu. 😊😊😊

Mak biasa buah kuih ni. Semoga Allah anugerahi mak tempat yang tertinggi di sisinya. Aamiin.



Kuih Lopes Ubi Kayu atau
Poli Ubi Kayu Kelantan
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

❤️2 cawan ubi kayu parut
❤️1/2 cawan air
❤️Sedikit pewarna kuning atau pewarna pilihan
Bahan-bahan bertanda ❤️ dicampur dan digaul sehingga sebati

Daun pisang secukupnya untuk membungkus

Bahan Salut

πŸ’šKelapa parut putih
πŸ’šSedikit garam
Bahan-bahan bertanda πŸ’š digaul sehingga sebati.

Bahan air gula melaka

πŸ’™2 keping nisan kerek sais kecil (kalau tak ada, gantikan dengan secawan gula merah timbang)
πŸ’™1/2  cawan gula
πŸ’™1 cawan air
πŸ’™Sehelai daun pandan disimpul
Semua bahan bertanda πŸ’™ dimasak sehingga hancur dan likat. Tahap kemanisan dan kelikatan boleh ubahsuai ikut citarasa.

Cara-cara menyediakannya

Jom.. Jom.. Kita buat kuih hari ini.

Sediakan bahan-bahan dahulu..



Mula-mula kita buat air gula melaka dahulu. Senang jer.. Kita leburkan nisan kerek atau gula perang, gula, air dan daun pandan simpul untuk effect wangi hihihi.

Dah hancur segala, pekat pun dah elok bagai, tutup api. Sejukkan. Tang daun pandan tu memang tak hancur nooo.. Sampai kiamat nunggu pun tak hancur... Huhuhu

Dah sejuk masukkan dalam bekas yang sesuai.. Yang mudah nak tuang ke atas kuih lopes nanti..



Langkah 1

Memarut ubi kayu..



Masukkan ubi kayu parut ke dalam bekas dan masukkan pewarna kuning sikit supaya kuih nampak berseri. Masukkan juga setengah cawan air. Gaul sampai rata.

Untuk makluman Mak Hencik tidak pernah pernah air ubi kayu tu ya. Ikut cara mak. Tak rasa pahit pun.



Langkah 2

Membungkus..

Lepas tu bungkus dengan daun pisang.

Kalau dok obersi tak jumpa daun pisang, boleh guna daun-daun lain yang original.. Kalau tak pun gunalah plastik atau aluminium foil.. πŸ€”πŸ€”πŸ€” Sekadar cadangan.. Huhuhu



Dapatlah beberapa bungkus.



Sediakan kelapa parut.

Kelapa parut dicampur dengan sedikit garam. Gaul sebati. Kalau boleh ambil yang putih sahaja..



Langkah 3

Mengukus..

Susun bungkusan ubi kayu ke dalam pengukus beserta kelapa parut tadi.



Kukus selama 20 minit atau sehingga masak.



Bila sudah masak, tutup suis elektrik.



Keluarkan bungkusan ubi kayu dan buka. Wahhh! Cantik kekuningan rupamu. Allah.. Perasannya.. Hahaha



Ambil pisau dan potong kiub.



Haaa.. Ni dia.. Potong semua bungkusan tu pun boleh. Tapi kalau nak simpan, better potong bungkusan yang nak makan tu jer.



Kemudian salut dengan kelapa parut tadi.



Ambil beberapa ketul yang sudah comel bersalut kelapa tadi dan masukkan ke dalam pinggan. Curahkan air gula melaka kat atasnya.



Sedia untuk dinikmati. Haaa.. Apa di tunggu lagi.. Jom makan kawan-kawan..

Bismillah.. πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

Tiada ulasan:

Catat Ulasan