Ahad, 14 Julai 2019

Kek Vanilla Cheese Leleh Versi Kukus

Alahai... Enak tak terkata. Sedap tak terkira!


Kehidupan ni pun macam kek juga hendaknya. Manis.. Lemak.. Sedap dinikmati. Seronokkan diri dengan membuatkan orang-orang tersayang di samping kita dengan memberikan kebahagiaan.

Penuhi permintaan mereka mengikut kemampuan kita. Kalau tak mampu memenuhi permintaan, berterus-teranglah. Elakkan dari memaksa diri kita melakukan perkara di luar kemampuan kita. Kelak akan menjadikan kita tidak bahagia.

Bila kita tidak bahagia, kesan itu akan dirasai oleh orang-orang tersayang di samping kita. Maka kesimpulannya  bahagiakan diri kita dengan melakukan perkara-perkara yang mengembirakan  kita dan orang-orang di samping kita, yang kita sayangi.


KEK VANILLA CHESE LELEH
Oleh Dapur Cempakasari
Sumber resepi : Azlina Ina

Bahan-bahan

1 1/2 cawan tepung naik sendiri
(kalau guna tepung gandum hendaklah diayak dengan 1 sudu teh baking powder dan 1 sudu teh soda bikarbonat)
5 biji telur
1 cawan gula kastor
1/4 cawan minyak masak atau mentega yang dicairkan)
1/4 cawan susu segar
1 sudu besar ovallete

Cara-cara membuatnya.

Jom kita ke dapur.. Kita mengekek hari ni dengan kaedah mengukus. Jommmmm..


Dalam mangkuk adunan, masukkan telur, gula, ovallate dan esen vanilla. Putar sehingga kembang dan putih.


Kemudian masukkan tepung gandum yang diayak tadi sedikit demi sedikit sambil diputar hingga sebati.


Selepas itu masukkan pula minyak masak. Kacau menggunakan sudip sehingga sebati.


Akhir sekali masukkan susu segar. Kaup balikkan lagi menggunakan sudip sehingga sebati.


Sediakan loyang untuk mengukus. Mula-mula sapu sedikit minyak pada acuan dan alas dengan baking paper. Mak Hencik alas dengan plastik sebab kehabisan baking paper.

Tuang adunan kek ke dalam loyang.


Ni dia...

Sediakan pengukus elektrik pula.


Masukkan loyang adunan dan letak kan sekeping plastik atau aluminium foil di atasnya supaya air Kukus an tidak menitik ke atas kek. Kukus sehingga masak. Mak Hencik letak timer 30 minit.


Selepas masak, keluarkan kek dari pengukus dan terus terbalikkan kek di atas redai. Biarkan ia sejuk.


Ni dia... Cantik kejadiannya.

Jom sediakan topping pula.

Resepi topping

250g cream cheese
1/2 cawan susu pekat manis, kalau nak lebih manis tambahkan susu pekat manis.
1/2 cawan whipping cream
1/4 cawan susu sejat

Semua bahan di atas diputar sehingga rata dan disimpan dalam peti ais sebetar supaya pekat dan mudah untuk menoping.

Hiasan
Cheddar cheese, diparut halus.

Lepas tu, bolehlah tuangkan ke atas kek vanilla tadi. Ratakan. Kemudian tabur cheddar cheese.


Hi3. Ini sahaja yang sempat diambil gambar. Tadi tak sempat ambil sebab kaLit ribut dok menyiapkan juadah dan hidangan.

Selamat menjamu selera.

Bismillah..

Jumaat, 5 Julai 2019

Popia Gulung Cheese

Krup krap Krup krap! Sekejap jer habis licin. Hehe...



Tak larat dah nak beli popia cheese ni. Nak tak nak kenalah rajinkan diri untuk membuatnya. Nak makanlah katakan..

Bahagian yang paling membebankan ialah Semasa proses menggulung. Proses lain tu tak ada masalah sangat. Masalah lain ialah popia cheese ni cepat habis.. Lebih cepat habis dimakan berbanding masa yang digunakan untuk membuatnya.


Popia Gulung Cheese
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

2 bungkus kulit popia
2 sudu besar tepung gandum, dibancuh dengan sedikit air untuk dijadikan gam
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Serbuk cheese secukupnya
Gula aising secukupnya

Cara-cara membuatnya

Jom.. Jom.. Jom..


Kulit popia. Belilah jenama Apa-apa yang disukai. Karang kalau Mak Hencik kata jenama ni bagus, nanti ada yang kata tak bagus pula. Bila Mak Hencik kata jenama ni tak bagus, nanti uols kata bagus pula..

Senang citer beli jenama yang disukai. Hari ni Mak Hencik beli kulit popia tu πŸ‘†πŸ‘†di Speedmart. Dah yang tu jer ada, Mak Hencik rembat ajer ler..


Bancuhan tepung gandum dan sedikit air sebagai gam atau pelekat.


Proses menggulung. Mak Hencik gulung guna chopstick. Lepas tu sapu pelekat dihujungnya.


Popia gulung yang sudah siap.


Proses menggunting. Mak Hencik gunting serong panjang lebih kurang seinci. Kalau nak gunting lurus pun tak apa.. Suka hati kitalah kan.


Proses menggoreng.
Panaskan minyak yang agak banyak dan goreng popia sehingga kekuningan.


Bila sudah kekuningan, angkat dan toskan minyak. Goreng sehingga habis.


Sediakan serbuk cheese dan gula aising.


Proses menyalut serbuk cheese dan gula.

Dalam bekas yang sederhana besar, masukkan sedikit popia gulung goreng dan taburkan serbuk cheese dan gula aising secukupnya. Agak-agak jer lah ya.


Gaul sebati. Lepas tu rasa sedap ke tak. Nak tambah serbuk cheese ke.. Gula aising ke..

Buat sampai habis.


Kemudian masukkan ke dalam balang. Tutup rapat supaya tak masuk angin.

Sedia untuk dimakan..

Bismillah..

Krup krap Krup krap Krup krap!

Ahad, 16 Jun 2019

Daging Salai Masak Lemak Cili Api

Gulai lemak cili padi daging salai pembuka selera.. πŸ‘πŸ‘



Pagi ni kita pergi pasar basah, nak cari daging. Sambil-sambil tu beli ulam daun salom, daun kesum dan bunga kantan. Kot ler esok lusa nak buat laksa pulak. πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€

Lepas tu nampak pula orang jual durian, katanya durian kampung tapi mixed. Dia letak longgok 3 biji rm20. Nak ke.. Kalau nak saya buka terus untuk tengok isi. Kalau isi rosak terus saya kasi baru.. Saya pun setuju sebab rasa harga yang ditawarkan berpatutan. Pak Hencik pun suka makan nasi dengan budu campur durian.. Isinya memang elok betul. Berbaloi!

Ni kisah nak masak lemak daging salai ni apa cerita ni? 😁😁😁


DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI PADI
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

300 gm daging
1 cawan santan pekat
1 1/2 cawan air
1 batang serai, diketuk
5 biji cili padi, dikisar. Kalau nak pedas tambah ler cili padi tu..
1 inci kunyit hidup, dikisar
1 keping asam gelugur
Garam secukup rasa

Cara-cara membuatnya

Jom.. Masuk ke dapur..


Daging dibasuh bersih


Panaskan kuali dan masukkan daging tadi. Ni cara salai orang rajin. πŸ˜‚πŸ˜‚ Kalau nak lebih sedap tentunya daging dibakar guna arang.


Balikkan supaya masak sekata. Bila dah masak, angkat dan sejukkan sedikit.


Hiris daging nipis-nipis.

*jika daging yang dihiris tu masih liat (sebab sambil hiris tu sambil masukkan daging dalam mulut. 😁😁😁😁), rebuslah sekejap dengan sedikit air. Tapi air rebusan jangan dibuang.


Sementara itu, kisar cili padi dan kunyit hidup sehingga hancur.


Dalam periuk, masukkan daging hiris,  bahan kisar, santan, sedikit air, serai, asam keping dan garam secukup rasa.


Kacau sikit..


Kacau sehingga kuah mendidih.


Biarkan ia mereneh dan pekat.


Sudah masak, tutup api.


Masukkan ke dalam mangkuk hidang.


Hidangkan bersama lauk-pauk yang lain di meja makan.

Jom menjamu selera..

Bismillah..

Khamis, 13 Jun 2019

Cara buat Tapai Pulut yang mudah

Tapai pulut yang sedap adalah tapai yang manis!



Di negeri Kelantan, tapai pulut adalah satu hidangan wajib untuk hari raya sama ada hari raya Aidil Fitri atau hari raya Aidil Adha.

Biasanya masyarakat Kelantan akan menyediakan tapai pulut pada 2 hari terakhir puasa. Hari tersebut di panggil hari buat tapai. Sehari sebelum raya pula adalah hari untuk menyediakan ketupat palas. Hari tersebut di panggil hari buat ketupat.

Walaupun pada masa dahulu tapai hanya boleh dimakan pada hari raya sahaja, namun kini ia telah berubah. Tapai pulut kini disediakan dan dihidangkan pada jamuan tertentu sepanjang tahun sebagai pencuci mulut.

Ragi memainkan peranan penting untuk buat tapai. Jadi, pilihlah ragi yang biasa kita guna, yang menghasilkan tapai yang manis. Jangan salah pilih ragi ya..


Ragi πŸ‘†πŸ‘†dibeli di pasar Sumayyah, Tumpat, Kelantan dengan harga seringgit.

RESEPI TAPAI PULUT
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

1 kg beras pulut (Mak Hencik guna beras pulut susu )
1/2 cawan air
1 biji ragi, dihancurkan
1 sudu kecil gula

Bekas atau daun pisang untuk membungkus

Cara-cara membuatnya

Jom...


Beras pulut dibasuh bersih dan direndam lebih kurang 30 minit.


Selepas 30 minit, toskan dan masukkan dalam bekas yang sesuai untuk mengukus.


Kukus selama 30 minit.


Selepas 30 minit, keluarkan pulut dari pengukus dan masukkan dalam bekas yang sesuai.


Masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam bekas yang mengandungi pulut sambil digaul hingga rata.


Bila sudah rata, masukkan pulut yang telah diarung dengan air tadi ke dalam bekas untuk dikukus kali kedua.


Kukus selama 25 minit atau sehingga pulut masak sempurna.


Apabila pulut telah masak, keluarkan dari pengukus dan masukkan ke dalam dulang yang lebar atau talam. Ratakan supaya pulut cepat sejuk. Jadi, kita tunggu lah sebetar sehingga pulut benar-benar sejuk.


Sementara itu, kita sediakan ragi. Sebiji ragi sebesar shiling 20 sen dihancurkan dan dicampur dengan satu sudu teh gula. Gaul sebati.


Pastikan pulut tadi betul-betul sejuk untuk langkah seterusnya, iaitu menabur serbuk ragi tadi ke atas pulut dan gaul sehingga rata. Pastikan ragi digaul rata supaya tapai nanti masak sekata.


Sediakan bekas untuk membungkus tapai. Tapai boleh dibungkus menggunakan daun pisang atau daun getah.


Mak Hencik suka guna bekas plastik yang dialas dengan daun pisang.


Tapai yang sudah dibungkus atau dibubuh di dalam bekas dimasukkan ke dalam bekas besar dan ditutup. Bekas tu disimpan di tempat yang selamat.

Tunggulah 2 malam untuk tapai masak.


Tapai yang sudah masak selepas 2 malam. Pulutnya sudah lembut dan berair sedikit. Mmmm.. Rasanya pun sangat manis. 😍😍

Untuk tahan lama, tapai yang sudah masak  disimpan di dalam peti ais. πŸ‘πŸ‘