Jumaat, 5 Julai 2019

Popia Gulung Cheese

Krup krap Krup krap! Sekejap jer habis licin. Hehe...



Tak larat dah nak beli popia cheese ni. Nak tak nak kenalah rajinkan diri untuk membuatnya. Nak makanlah katakan..

Bahagian yang paling membebankan ialah Semasa proses menggulung. Proses lain tu tak ada masalah sangat. Masalah lain ialah popia cheese ni cepat habis.. Lebih cepat habis dimakan berbanding masa yang digunakan untuk membuatnya.


Popia Gulung Cheese
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

2 bungkus kulit popia
2 sudu besar tepung gandum, dibancuh dengan sedikit air untuk dijadikan gam
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Serbuk cheese secukupnya
Gula aising secukupnya

Cara-cara membuatnya

Jom.. Jom.. Jom..


Kulit popia. Belilah jenama Apa-apa yang disukai. Karang kalau Mak Hencik kata jenama ni bagus, nanti ada yang kata tak bagus pula. Bila Mak Hencik kata jenama ni tak bagus, nanti uols kata bagus pula..

Senang citer beli jenama yang disukai. Hari ni Mak Hencik beli kulit popia tu 👆👆di Speedmart. Dah yang tu jer ada, Mak Hencik rembat ajer ler..


Bancuhan tepung gandum dan sedikit air sebagai gam atau pelekat.


Proses menggulung. Mak Hencik gulung guna chopstick. Lepas tu sapu pelekat dihujungnya.


Popia gulung yang sudah siap.


Proses menggunting. Mak Hencik gunting serong panjang lebih kurang seinci. Kalau nak gunting lurus pun tak apa.. Suka hati kitalah kan.


Proses menggoreng.
Panaskan minyak yang agak banyak dan goreng popia sehingga kekuningan.


Bila sudah kekuningan, angkat dan toskan minyak. Goreng sehingga habis.


Sediakan serbuk cheese dan gula aising.


Proses menyalut serbuk cheese dan gula.

Dalam bekas yang sederhana besar, masukkan sedikit popia gulung goreng dan taburkan serbuk cheese dan gula aising secukupnya. Agak-agak jer lah ya.


Gaul sebati. Lepas tu rasa sedap ke tak. Nak tambah serbuk cheese ke.. Gula aising ke..

Buat sampai habis.


Kemudian masukkan ke dalam balang. Tutup rapat supaya tak masuk angin.

Sedia untuk dimakan..

Bismillah..

Krup krap Krup krap Krup krap!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan