Sedap dicelup dengan wedges, kentang goreng atau nugget atau meatball.. Homemade cheezy sauce yang mudah di buat dan mudah habis!
Selalunya Mak Hencik beli cheese powder yang siap dijual di kedai bakeri untuk buat cheezy sauce. Tapi bila tengok di FB ramai juga kawan-kawan yang try buat sendiri cheezy sauce ni. Mereka gunakan resepi Nazrin Zahrin ni. So.. Mak Hencik pun nak cuba juga. Jom kita cuba!RESEPI CHEEZY SAUCE
Oleh Dapur Cempakasari
Resepi asal : Nazrin Zahrin
Bahan-bahan
1 tin susu cair@sejat
1/2 tin air, guna tin susu cair, resepi asal tak bubuh
250g mentega
12 keping cheese keping
1 ketul kiub ayam
2 sudu besar serbuk lada hitam kasar
2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
Cara-cara menyediakannya..
Jom.. Jom.. Mengesos kita hari ni.
Antara bahan-bahan yang digunakan.
Mula-mula cairkan mentega di dalam pan. Masukkan susu cair. Tunggu sehingga mendidih sambil dikacau.
Masukkan cheese keping satu demi satu. Biarkan dia cair.
Kemudian masukkan kiub ayam. Mmm.. Berbayang - bayang gambarnya. Guna tepon murah, buat projek pulak tengah malam.. 😁😁😁
Lepas tu masukkan pula serbuk lada hitam kasar. Boleh kurangkan kalau tak suka sangat rasa lada hitam tu ya.
Masukkan pula beberapa titis pewarna oren untuk mencantikkan rupanya. Kacau sehingga rata.
Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung sambil dikacau sehingga pekat.
Sudah dapat kepekatan yang dikehendaki, bolehlah tutup api.
Siappp! Tunggu sejuk sekejap, pastu kita masukkan dalam bekas. Tak habis makan kita simpan dalam peti sejuk.
Sedia.. Satu.. Dua..
Haaaa.. Tunggu apa lagi.. Jom celup-celup dengan kentang goreng.
Bismillah..