Selasa, 3 Julai 2018

Udang butter Telur masin

Walau rupa mu tak lawa, nampak berselerak dan tidak kemas, kamu tetap menang di bahagian rasa. Masakan ini memang sesuai untuk udang. Sedap oii!



Kebelakangan ini, harga udang agak murah. Sekilo udang boleh dibeli dengan harga kurang rm30. Ada tu sampai rm26 sekilo dengan saiz yang agak besar juga.


Kita pun apa lagi.. Naik geram ler kalau tengok saiz udang gaya gitu dan kena pula dengan harganya yang berpatutan. Boleh masak udang butter ni dan makan puas-puas.


RESEPI UDANG BUTTER TELUR MASIN
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahannya

15 ekor udang saiz besar - digoreng sekejap dengan minyak penuh
2 ulas bawang putih - dihiris nipis
1 biji bawang merah besar - dihiris nipis
1 biji lada hijau - dipotong serong
2 biji cili padi (tambah kalau nak pedas) - dipotong serong
3 tangkai daun kari
1 sudu besar butter
1 biji telur masin - direbus dan dihancurkan
1 cawan susu cair @ susu sejat
1 cawan air
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara-cara memasak

Jom ler..


Udang disiang suka hati koranglah nak siang macammana pun. Basuh bersih dan toskan airnya.

  
Panaskan minyak dan goreng udang. Bila sudah masak, angkat dan toskan minyak.



Telur masin direbus dan diambil isinya.


Penyek-penyekkan guna sudu atau apa-apa alatan yang sesuai dengan jiwa raga korang. Resepi asalnya ambil telur kuning jer, tapi sayang pula nak buang telur putih. Jadi, ambik jer la semua. Hahaha


Langkah 1
Panaskan sedikit minyak lebihan goreng udang tadi dengan 1 sudu besar butter. Tumis bahan hiris seperti bawang putih, bawang merah, lada hijau dan cili padi sehingga layu.


Langkah 2
Kemudian masukkan daun kari. Kacau seketika.


Langkah 3
Masukkan pula susu sejat dan air. Masukkan kiub ayam, serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam. Tunggu sehingga kuah mendidih.


Langkah 4
Apabila kuah sudah mendidih, masukkan udang yang digoreng tadi.


Langkah 5
Masukkan pula telur masin hancur.


Langkah 6
Kacau rata dan rasakan kuahnya. Mak Hencik tak letak garam atau gula. Cukup dengan rasa masin dari kiub ayam dan telur masin. Korang adjust lah ikut selera masing-masing ya..


Langkah 7
Bila sudah masak, tutup api. Hidangkan dalam mangkuk. Sedia untuk dimakan..

Bismillah..

Isnin, 25 Jun 2018

Fettuccine Carbonara Ayam

Marilah kita buat fettuccine carbonara hari ini. Penuhi permintaan anak-anak yang muak agaknya dengan rendang dan gulai..


Oleh kerana kami baru balik beraya di kampung, jadi kami godeklah bahan-bahan yang mana ada dalam peti sejuk dan kabinet dapur.


RESEPI FETTUCINE CARBONARA AYAM
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

1 bungkus fettucine - boleh tukar kepada Jenis pasta lain yang digemari.

*2 ketul dada ayam - dipotong dadu.
*1 sudu kecil serbuk lada hitam kasar
*1 sudu kecil garam
Kisar kering bahan * sehingga hancur

1 tin cendawan butang - dihiris
2 biji bawang putih - dicincang
1 biji bawang besar Holand - dicincang
2 sudu besar mentega
1 sudu besar minyak zaitun
1 liter susu segar ( 1 kotak susu Segar)
1 1/2 kotak air (guna kotak susu Segar)
1 sudu besar serbuk lada hitam kasar
1/2 sudu kecil lada sulah
3 keping keju slice
1 kiub pati ayam
1/2 cawan tepung gandum dibancuh dengan 1 cawan air - bancuhan tepung gandum
Sedikit serbuk oregano
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara membuatnya


Langkah 1
Rebus fettucini bersama air secukupnya Dan satu sudu besar minyak zaitun. Apabila fettucini sudah lembut, angkat dan toskan.


Langkah 2
Isi ayam dipotong dadu.


Kisar kering isi ayam bersama garam dan serbuk lada hitam kasar.


Inilah hasilnya isi ayam kisar tadi.


Langkah 3
Cincang bawang putih dan bawang besar Holand.


Langkah 4
Panaskan mentega dan minyak zaitun. Tumis bawang putih dan bawang besar cincang.


Langkah 5
Bila bawang sudah layu, masukkan isi ayam kisar. Kacau rata sehingga isi ayam masak.


Langkah 6
Bila isi ayam sudah masak, masukkan susu Segar dan air secukupnya.

Masukkan kiub ayam dan bahan perasa seperti garam dan gula. Masukkan juga serbuk lada hitam kasar dan serbuk lada sulah. Sedapkan rasa.


Langkah 7
Masukkan cendawan butang.


Kacau seketika sehingga kuah mendidih. Cheese keeping dicarik-carik dan dimasukkan ke dalam kuah yang mendidih. Serbuk oregano pun maaaaaasukkk juga sikit.


Langkah 8
Apabila kuah mendidih, masukkan bancuhan tepung gandum. Biarkan kuah menjadi pekat.

Kalau masih belum.mendapat kepekatan yang dikehendaki, bancuh lagi sedikit tepung gandum dengan air dan tuang lagi ke dalam kuah.


Langkah 8
Bila kuah sudah pekat mengikut selera Dan keinginan kita, bolehlah tutup api. Tapi sebelum tu kena pastikan rasa kuah carbonara mestilah sedap. Hihihi

Sekarang bolehlah kita hidangkan dengan fettucine atau jenis pasta lain yang disukai.

Jom makan..

Bismillah..

Ahad, 24 Jun 2018

Cheese Brownies Sedap

Mmm.. Sedapnya.. Rasa coklat dan cheese bergabung dalam mulut. Mmm.. Sedapnya..




Resepi ni adalah menggunakan kaedah haba kering. Kalau nak guna kaedah haba lembap seperti mengukus pun boleh juga. Setiap kaedah ada keistimewaan tersendiri. Tapi hari ni kita bakar sama dia..



RESEPI CHEESE BROWNIES
Oleh Dapur Cempakasari
Sumber resepi : FB

Bahan-bahan brownies

250g mentega
1 cawan serbuk koko
3 biji telur
1 1/2 cawan gula halus
1 1/2 cawan tepung naik sendiri ( kalau takde guna 1 1/2 cawan tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder + 1 sudu kecil soda bikarbonat, ayak)
1/2 cawan susu sejat
1 sudu kecil esen vanila

Bahan-bahan cheese

250g cream cheese
3/4 cawan gula halus (kalau nak manis letak 1 cawan)
1 biji Telur
2 sudu besar tepung jagung

Cara-cara membuatnya

Mari kita membaking..



Langkah 1
Cairkan mentega dan serbuk koko dengan api perlahan.



Bila mentega dan serbuk coklat sudah sebati, tutup api. Ketepikan dulu.



Langkah 2
Di dalam bekas yang sesuai, masukkan telur, gula dan susu cair. Putar seketika. Tak perlu kembang tau.

Kemudian masukkan tepung. Gödek guna whisk jer sampai rata.



Langkah 3
Masukkan campuran mentega dan coklat tadi. Kacau sehingga sebati.



Langkah 4
Panaskan oven 180°C selama 10 ninit.

Sapu mentega di dasar dan tepi loyang. Kemudian alas pula loyang 8x8 dengan kertas minyak. Tuang adunan brownies tadi.

Jangan lupa ambil satu sudu adunan brownies untuk dijadikan hiasan. Masukkan dalam piping bag. Ku guna plastik jer. Huhu



Langkah 5
Bakar dalam oven 180°C selama 25 minit atau ikut ragam oven masing-masing.



Langkah 6
Sediakan adunan cheese pula..

Dalam bekas, masukkan cheese, sebiji telur, 2 sudu besar tepung jagung dan 3/4 cawan gula halus.



Putar sehingga kembang.


Langkah 7
Keluarkan brownies dari oven sapukan adunan cheese ke atasnya. Sapu rata.



Langkah 8
Paipkan bancuhan coklat yang kita simpan tadi.



Menggunakan hujung sudu, gariskan di atas garisan coklat tadi. Atau korang lorek ikut kreativiti masing-masing. Mak Hencik tak berapa nak reti.. Lorek sesuka hati jer.. Seni tu. Ko tahu tak apa itu seni? Hahaha.



Langkah 9
Bakar sekali lagi dalam oven pada suhu 180°C selama 15 minit atau sehingga masak.



Langkah 10
Bila masa dah cukup, cucuk tengah kek dengan pisau. Kalau ada kesan basah, kenalah bakar lagi. Kalau dah masak, pisau tu licin jer. Sejukkan dulu sebelum dikeluarkan dari acuan.

Alamak! Buruknya rupa ko wahai brownies. Sedap ke tidak ni? Hihihi

Bismillah..

Sabtu, 23 Jun 2018

Puding Jeli Mangga yang Sangat Sedap

Asalnya dari resepi trifle. Tapi biasalah.. Kita ubah sikit-sikit.. Kita buat mengikut selera sendiri. Huhu.



Kita keluârkan benda yang kita tak berapa suka dan masukkan benda yang kita suka. Kahkahkah. Mak Hencik tak masukkan kek, tetapi tambah buah mangga segar untuk mendapatkan rasa yang sangat lazat. Tak percaya?


RESEPI PUDING JELI MANGGA
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

1 tin susu sejat
2 tin air (guna tin susu sejat)
1/2 tin susu pekat manis
1/3 cawan gula (kurangkan atau tambahkan ikut suka)
1 cawan tepung kastard
Secubit garam

2 biji buah mangga
1 bungkus jelly perasa blueberry (atau perasa lain yang digemari)

Cara-cara membuatnya.


Buah mangga dikupas kúlitnya dan dipotong dadu. Ketepikan dulu.


Langkah 1
Masukkan dalam kuali besar susu sejat, air, susu pekat manis, tepung kastard, gula dan secubit garam. Kacau sehingga rata dan tidak berketul.


Langkah 2
Buka api dan kacau menggunakan whisk. Mula-mula ringan jer tau. Bila dia dah likat, jadi makin berat..


Kacau.. Kacau.. Kacau sehingga meletup-letup. Lepas tu boleh tutup api.


Langkah 3
Sediakan bekas yang sesuai. Mak Hencik guna bekas plastik kecil untuk lebih mudah dimakan.

Masukkan satu senduk kecil bancuhan kastard ke dalam setiap bekas. Taburkan pula buah mangga yang dipotong kiub.


Langkah 4
Masak jeli mengikut langkah yang tertera pada kotak. Hahaha.

Masukkan 2 cawan air dan serbuk jeli ke dalam periuk kecil. Panaskan sehingga serbuk jeli hancur. Tutup api.


Langkah 5
Tuang satu senduk kecil ke daam setiap bekas yang telah kita masukkan kastard dan mangga tadi.

Biarkan jeli keras sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Puding jeli ni sangat sedap dimakan sejuk.

Bismillah..