Isnin, 25 Jun 2018

Fettuccine Carbonara Ayam

Marilah kita buat fettuccine carbonara hari ini. Penuhi permintaan anak-anak yang muak agaknya dengan rendang dan gulai..


Oleh kerana kami baru balik beraya di kampung, jadi kami godeklah bahan-bahan yang mana ada dalam peti sejuk dan kabinet dapur.


RESEPI FETTUCINE CARBONARA AYAM
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

1 bungkus fettucine - boleh tukar kepada Jenis pasta lain yang digemari.

*2 ketul dada ayam - dipotong dadu.
*1 sudu kecil serbuk lada hitam kasar
*1 sudu kecil garam
Kisar kering bahan * sehingga hancur

1 tin cendawan butang - dihiris
2 biji bawang putih - dicincang
1 biji bawang besar Holand - dicincang
2 sudu besar mentega
1 sudu besar minyak zaitun
1 liter susu segar ( 1 kotak susu Segar)
1 1/2 kotak air (guna kotak susu Segar)
1 sudu besar serbuk lada hitam kasar
1/2 sudu kecil lada sulah
3 keping keju slice
1 kiub pati ayam
1/2 cawan tepung gandum dibancuh dengan 1 cawan air - bancuhan tepung gandum
Sedikit serbuk oregano
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara membuatnya


Langkah 1
Rebus fettucini bersama air secukupnya Dan satu sudu besar minyak zaitun. Apabila fettucini sudah lembut, angkat dan toskan.


Langkah 2
Isi ayam dipotong dadu.


Kisar kering isi ayam bersama garam dan serbuk lada hitam kasar.


Inilah hasilnya isi ayam kisar tadi.


Langkah 3
Cincang bawang putih dan bawang besar Holand.


Langkah 4
Panaskan mentega dan minyak zaitun. Tumis bawang putih dan bawang besar cincang.


Langkah 5
Bila bawang sudah layu, masukkan isi ayam kisar. Kacau rata sehingga isi ayam masak.


Langkah 6
Bila isi ayam sudah masak, masukkan susu Segar dan air secukupnya.

Masukkan kiub ayam dan bahan perasa seperti garam dan gula. Masukkan juga serbuk lada hitam kasar dan serbuk lada sulah. Sedapkan rasa.


Langkah 7
Masukkan cendawan butang.


Kacau seketika sehingga kuah mendidih. Cheese keeping dicarik-carik dan dimasukkan ke dalam kuah yang mendidih. Serbuk oregano pun maaaaaasukkk juga sikit.


Langkah 8
Apabila kuah mendidih, masukkan bancuhan tepung gandum. Biarkan kuah menjadi pekat.

Kalau masih belum.mendapat kepekatan yang dikehendaki, bancuh lagi sedikit tepung gandum dengan air dan tuang lagi ke dalam kuah.


Langkah 8
Bila kuah sudah pekat mengikut selera Dan keinginan kita, bolehlah tutup api. Tapi sebelum tu kena pastikan rasa kuah carbonara mestilah sedap. Hihihi

Sekarang bolehlah kita hidangkan dengan fettucine atau jenis pasta lain yang disukai.

Jom makan..

Bismillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan