Ahad, 10 Jun 2018

Biskut Florentine

Biji labu, kuaci dan bijan hitam ada dalam stok, yang tak ada cuma badam keping sahaja. Jadi kenalah gi kedai bakeri lagi.. bila gi kedai bakeri benda lain lagi dibeli. Hadoiii.. kempis poketku! πŸ˜₯πŸ˜₯πŸ˜₯


RESEPI BISKUT FLORENTiNE
Oleh Dapur Cempakasari
Sumber resepi : FB

Bahan-bahan

200g tepung florenta
250g badam keping
100g bij labu
100g biji kuaci
20g bijan hitam

Cara-cara membuatnya

Jom..


Antara bahan-bahan yang digunakan. Bijan hitam, biji kuaci, biji labu, badam keping dan tepung florenta.

Tepung florenta ni beli di kedai bakeri. Dah siap ada gula.

Jom mulakan..


Bakar badam keping, kuaci, biji labu dan bijan hitam dalam oven selama 5 minit pada suhu 160°C.

Dah siap, keluarkan dari oven dan sejukkan seketika.

Apabila bahan kekacang tadi sudah sejuk, bolehlah kita teruskan operasi.


Dalam bekas adunan, masukkan tepung florenta, badam slice, kuaci, biji labu dan bijan hitam. Gaul sehingga rata.

Panaskan oven selama 10 minit pada suhu 160°C.

Sambil tu kita boleh teruskan misi kita..


Masukkan kurang lebih 1 sudu besar ke dalam cup berlilin tu. Kalau nampak tebal, adjustlah. Kurangkan sikit. Jangan terlalu tebal.

Pilih cup yang berlilin ker apa. Dia macam licin sikit kat dalamnya tu. Jadi, dia tak melekat.


Contoh cup yang diguna. πŸ‘†πŸ‘†

Semua ni anak-anaklah yang sibuk nak membantu. Jadi, biar depa lah yang buat. Bila budak-budak yang buat, faham-faham sahajalah. Ada tebal..ada yang nipis. Huhu

Bila dah siap semua, bolehlah dimasukkan ke dalam oven dan bakar pada suhu 160°C selama 8-10 minit. Selalu intai jendela oven tu ya. Maklumlah lain oven lain ragamnya. Huhu

Dulang pertama tadi rasanya 10 minit, bila buat yang kedua macam nak hangusla pulak. Tak sempurna betul diriku ini. Huhu



Dah nampak perang sikit, keluarkan dari oven dan sejukkan seketika.

Tekan sikit bawah cup tu, dia akan tanggal sendiri.

Okebai!

🌼terima kasih Allah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan