Jumaat, 22 Jun 2018

Popia Sayuran Ringkas Amat

Lebihan karot dan tauge ada tersadai dalam peti sejuk. Pergi beli sengkuang di Kedai Acheh seketul, sambil-sambil beli ayam. Bolehlah buat popia goreng inti sayur-sayuran. Bolehlah isi perut kami sekeluarga di waktu petang.



RESEPI POPIA SAYURAN
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

1 bungkus kulit popia
1 batang karot - disagat
2 cawan tauge
1 biji sengkuang saiz kecil - disagat
1 sudu kecil serbuk pati ikan bilis
1 sudu kecil gula
1 sudu besar tepung gandum dibancuh dengan sedikit air until dijadikan gam.
Minyak untuk menggoreng secukupnya

Cara-cara membuatnya

Jom.. Jom..


Bancuhan tepung gandum.


Kulit popia


Tauge, karot sagat dan sengkuang sagat dicampur di dalam bekas. Masukkan serbuk pati ikan bilis dan gula. Gaul sehingga rata.

Inilah version yang paling ringkas yang kubuat. Huhu


Ceraikan kulit popia selapis demi selapis until memudahkan kits menggulung.

Ambil sekeping dan letakkan di tempat yang rata. Ambil sedikit campuran sayuran Dan letakkan di atasnya.


Lipat ke atas.


Kemudian lipat kiri dan kanan. Sapu bancuhan tepung di hujung bahagian at as kulit popia.


Lepas tu, gulunglah dengan kemas.

Sajer jer nak tunjuk.. Sebenarnya korang dah terrer pun.. Hihihi


Buatlah sampai habits.


Panaskan minyan secukupnya untuk menggoreng popia pula.
Apabila sudah kekuningan, balikkan supaya keseluruhan popia masak dengan sekata.

Bila sudah masak, angkat dan toskan minyak.


Bolehlah dihidangkan dengan sos pencicah yang dibeli di pasaraya. Keh keh keh.


Ringkas cenggini pun sedap juga tau. Jemput makan semua..

Bismillah..

Selasa, 12 Jun 2018

Popia Gulung Cheese

Alahai... Berebut dengan anak-anak pula nak makan benda alah ni. Sedap sungguh!



Marilah kita buat sendiri anak-anakku. Kita pakat-pakat gulung supaya puas sikit menguyah. Sambil gulung popia, sambil kita tengok cerita Nur. 😂😂😂


RESEPI POPIA GULUNG CHEESE
Oleh Dapur Cempakasari
Resepi asal : FB

1 paket kulit popia
Sedikit tepung gandum dan air - dikacau sedikit supaya membentuk adunan  pekat sebagai pelekat.
3 sudu besar serbuk cheese
3 sudu besar gula aising

Minyak secukupnya untuk menggoreng kaedah minyak penuh

Cara-cara membuatnya


Gulung popia dengan chopstik dan lekatkan hujungnya. Buat sampai habis.


Gunting serong batang popia gulung tadi dalam 1 inci panjang.


Panaskan minyak secukupnya dan goreng popia potong serong tadi.


Bila dah berubah warna ke perang-perangan, angkat dan toskan minyak.
Biarkan sejuk seketika.


Dalam bekas, masukkan serbuk cheese dan gula aising. Gaul sehingga rata.


Bila dah rata, ahaaaaaa.. bolehlah rasa. Kikiki. Jangan! Puasa ni.. kikiki


Masukkan dalam balang sakti. Kejap jer nanti isi dalamnya akan hilang di dalam kegelapan usus kitorang. Hahaha

🌼TerimakasihAllah
🌼KauMahaPengampun

Kuih Bingka Labu @ kuih Kemboja Labu

Sedap! Rasa lemak santan dan susu sejat, rasa manis secukupnya dan lembut teksturnya. 🎃🎃🎃

Lebihan labu yang dibuat masak sayur lemak sebelum ni masih ada lagi separuh.
Jadi, bolehlah kita buat kuih. Ada banyak pilihan kuih, tapi aku pilih yang paling mudah, iaitu bingka labu.

Mmm.. sedap tak bingka labu?


RESEPI BINGKA KEMBOJA LABU
Oleh Dapur Cempakasari
Resepi asal : FB

Bahan-bahan

200g labu - dibuang kulit, basuh bersih dan rebus sehingga lembut, kemudian lenyek. (Kuguna 1  1/2 cawan, malas timbang)
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1 cawan susu sejat
3/4 cawan gula - kalau nak manis letak 1 cawan
3 biji telur
1 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanila

Untuk hiasan
Sedikit bijan putih atau hitam

Cara-cara membuatnya..

Jom.. jom kita ke dapur.

Langkah 1
Kupas kulit labu, potong kiub, basuh bersih dan rebus bersama air sehingga lembut.
Bila dah lembut, toskan air, lenyek dengan sudu jer dan biarkan sejuk.


Langkah 2
Ambil acuan kuih kemboja dan tuang dua sudu besar minyak masak ke dalam setiap acuan. Sapu dengan cermat ke seluruh bahagian dalam acuan. Cukup 3 acuan kemboja sahaja untuk bancuhan ini.

Masukkan acuan-acuan ini ke dalam oven selama 10 minit pada suhu 200°C. Atau ikut ragam oven masing-masing.


Langkah 3
Di dalam bekas, masukkan semua bahan. Santan, susu sejat, gula, tepung gandum, labu lenyek, garam, minyak sapi dan minyak masak.

Resepi asalnya letak 2 sudu besar minyak dalam acuan tapi entah kenapalah tersilap baca dan telah.. telah kumasukkan ke dalam adunan ni. Hihihi. Tapi rasanya sedap tau!

Atau masukkan semuanya dalam mesin pengisar dan kisar sehingga sebati.


Langkah 4
Kisar sehingga sebati. Biar semua bahan bergaul mesra..


Langkah 5
Keluarkan acuan dari oven yang dipanaskan tadi. Tuang bancuhan yang dikisar sebati tadi ke dalam setiap acuan. Kemudian taburkan bijan. Tak kisahlah bijan hitam ke.. putih ke..


Langkah 6
Bakar dalam oven selama 40 minit pada suhu 200°C. Atau ikut ragam oven masing-masing. Kalau nak garing tambah lagi masa ya.

Resepi asal 150°C selama 40 minit.


Langkah 7
Bila sudah masak, keluarkan dari oven. Sejukkan dulu sebelum dipotong.

Kuih untuk berbuka sudah sedia,
Jom cuba, mudah sahaja.

🌼TerimakasihAllah
🌼KauMahaPengasih

Ahad, 10 Jun 2018

Biskut Florentine

Biji labu, kuaci dan bijan hitam ada dalam stok, yang tak ada cuma badam keping sahaja. Jadi kenalah gi kedai bakeri lagi.. bila gi kedai bakeri benda lain lagi dibeli. Hadoiii.. kempis poketku! 😥😥😥


RESEPI BISKUT FLORENTiNE
Oleh Dapur Cempakasari
Sumber resepi : FB

Bahan-bahan

200g tepung florenta
250g badam keping
100g bij labu
100g biji kuaci
20g bijan hitam

Cara-cara membuatnya

Jom..


Antara bahan-bahan yang digunakan. Bijan hitam, biji kuaci, biji labu, badam keping dan tepung florenta.

Tepung florenta ni beli di kedai bakeri. Dah siap ada gula.

Jom mulakan..


Bakar badam keping, kuaci, biji labu dan bijan hitam dalam oven selama 5 minit pada suhu 160°C.

Dah siap, keluarkan dari oven dan sejukkan seketika.

Apabila bahan kekacang tadi sudah sejuk, bolehlah kita teruskan operasi.


Dalam bekas adunan, masukkan tepung florenta, badam slice, kuaci, biji labu dan bijan hitam. Gaul sehingga rata.

Panaskan oven selama 10 minit pada suhu 160°C.

Sambil tu kita boleh teruskan misi kita..


Masukkan kurang lebih 1 sudu besar ke dalam cup berlilin tu. Kalau nampak tebal, adjustlah. Kurangkan sikit. Jangan terlalu tebal.

Pilih cup yang berlilin ker apa. Dia macam licin sikit kat dalamnya tu. Jadi, dia tak melekat.


Contoh cup yang diguna. 👆👆

Semua ni anak-anaklah yang sibuk nak membantu. Jadi, biar depa lah yang buat. Bila budak-budak yang buat, faham-faham sahajalah. Ada tebal..ada yang nipis. Huhu

Bila dah siap semua, bolehlah dimasukkan ke dalam oven dan bakar pada suhu 160°C selama 8-10 minit. Selalu intai jendela oven tu ya. Maklumlah lain oven lain ragamnya. Huhu

Dulang pertama tadi rasanya 10 minit, bila buat yang kedua macam nak hangusla pulak. Tak sempurna betul diriku ini. Huhu



Dah nampak perang sikit, keluarkan dari oven dan sejukkan seketika.

Tekan sikit bawah cup tu, dia akan tanggal sendiri.

Okebai!

🌼terima kasih Allah

Sabtu, 9 Jun 2018

Biskut Nestum Rangup

Rangup! Aroma wangi nestum menggiurkan anak tekak.. 🌹🌹🌹


Lepas sahur tadi Maryam dan Faruq tidak tidur sebab nak menolong membuat biskut raya. Adoiii buruklah nanti rupa biskut raya ku tu.. huhu


RESEPI BISKUT NESTUM RANGUP
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

250g mentega
3/4 cawan gula halus
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 1/2 cawan nestum - sukat dulu, kemudian kisar

Hiasan - terpulang kepada empunya diri masing-masing

1 ketul kiub coklat perisa strawberi
Putih telur + setitis pewarna kuning

Cara-cara membuatnya.

Jommmm kita bakar-membakar hari ni..  💪💪💪💪


Mentega, nestum, gula kastor, kuning telur, tepung gandum dan tepung jagung.


Nestum dikisar sedikit


Nestum yang telah dikisar


Langkah 1
Dalam bekas yang sesuai, masukkan mentega dan gula. Putar sehingga rata.

Masukkan kuning telur dan esen vanila, putar lagi.


Langkah 2
Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yang diayak. Kacau guna sudip kayu.


Masukkan pula nestum yang telah dikisar. Boleh gaul dengan tangan.


Adun sehingga membentuk doh yang lembut dan boleh dibentuk.


Langkah 3
Canai doh mengikut ketebalan yang dikehendaki.

Anak-anak buat dalam 0.5cm.


Hambikkk ko! Dua otang buat, dua corak. Kah3.

Buat sampai habis. Kemudian sapu putih telur yang telah dicampur dengan pewarna kuning supaya kelihatan menawan. Hihihi


Langkah 4
Panaskan oven terlebih dahulu selama 10 minit, suhu 170°C. Bakar biskut selama 18 minit atau ikut ragam oven masing-masing.


Sesudah masak keluarkan dari oven dan sejukkan.

Langkah 5
Cairkan seketul kiub coklat perisa yang digemari menggunakan kaedah double boiler dan masukkan ke dalam piping bag.

Mak Hencik guna bungkusan plastik jer. Haha


Langkah 6
Rapatkan biskut nestum tadi supaya memudahkan kita nak paipkan coklat kat atasnya.

Coklat cair tu tunggu sejuk sikit. Kalau sejuk banyak mengeras balik asal pula dia. Huhu


Paipkanlah plastik coklat tadi semenarik yang mungkin. Kah3

Okey.. dah siap dah. Tunggu sat supaya coklat tu beku, barulah kita simpankan dia di dalam bekas kedap udara.

🌼Terima kasih ya Allah
🌼Kau Maha Pemberi Rezeki

Jumaat, 8 Jun 2018

Biskut Arab Tiga Bahan

Sudah melewati 20 hari Ramadhan.. berlumba-lumbalah orang membuat biskut raya.. lerrr.. ingatkan nak rebutkan lailatul qadr! 😂😂😂

👆👆Aku cakap kat diri sendiri ya..

Hari ni last day sekolah. Esok dah cuti sekolah dah. Meriahlah raya tahun ni sebab beraya dalam cuti sekolah. Ya tak? Setuju tak? Hurmmm.. setujukan ajerr.


RESEPI BISKUT ARAB DULU-DULU
Oleh Dapur Cempakasari
Sumber resepi : FB

Bahan-bahan

1 cawan minyak sapi - dicairkan
3/4 cawan gula halus
3 3/4 cawan tepung gandum.

Untuk hiasan jika suka
1 biji putih telur - dicampur dengan satu titis pewarna kuning
Manik bentuk bintang


Ini sahaja bahan-bahannya seperti minyak sapi, gula halus dan tepung gandum.


Langkah 1
Cairkan dulu minyak sapi di atas dapur.


Langkah 2
Dalam mangkuk adunan, masukkan  2 cawan tepung gandum dan semua gula halus. Kacau rata menggunakan senduk kayu.

Tuang minyak sapi yang masih panas lagi ke dalam mangkuk tepung dan gula tadi. Gaul sehingga rata menggunakan sudip kayu.


Langkah 3
Adunan tadi masih cair, jadi kita masukkan lebihan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh yang lembut.

Jangan terlebih tepung ya.. bimbang nanti tidak boleh digentel dan akan berderai.

Jangan kurang tepung juga. Kalau kurang tepung, dia akan mencair bila dibakar.


Langkah 4
Cubit sedikit tepung dan bulat-bulatkan kemudian penyek sedikit atasnya. Sapu putih telur yang dicampur dengan sedikit pewarna kuning di atasnya dan letak hiasan yang disukai.

Hangpa bohlah hiasan apa yang hangpa suka ya..

Tapi saya tak beli hiasan bagai.. macammana?

Hahhh! Kalau tak ada, takyah letaklah Bedah oii...


Langkah 5
Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 170°C selama 10 minit.

Bakar selama 170°C, 18 minit atau ikut oven masing-masing.


Langkah 6
Bila sudah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan sebentar sebelum dimasukkan je dalam balang yang sesuai.


Duduklah awak-awak semua kat rumah baru awak tu ya. Selamat berkenalan dengan rakan-rakan sebaya dan sebangsa. Kelak kamu akan berpisah selama-lamanya..

Selamat membuat biskut raya,
Selamat hari raya..