Isnin, 4 Jun 2018

Pizza Homemade

Hari ke 17 Ramadhan semalam. Anak-anak minta makanan selain nasi lagi.

Sebelum ni makan burger ayam, spagetti aglio olio, lebihan spagetti tu buat goreng mamak pula.. Lepas tu oblong daging dengan fun fries.


Hari ni kita cuba buat pizza ๐Ÿ• ๐Ÿ•๐Ÿ• pula. Kita buat pizza ayam dan juga peperoni. Nak kurang cheese boleh, nak lebih cheese pun boleh. Ikut suka kita sebab kita yang buatnya sendiri. Kahkahkah


PIZZA HOMEMADE
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan roti
(menghasilkan 2 keping roti)

4 cawan tepung gandum
4 sudu besar minyak jagung
4 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar yis
1 sudu kecil bread softener
1 1/4 cawan air

Bahan-bahan toping

1 tin prego traditional sauce
1 tin cendawan butang - dihiris nipis
1 cawan isi ayam - dipotong kecil
Peperoni ayam secukupnya
Capsicum - dipotong kecil ( ku tak letak)
Nenas dalam tin secukupnya ( ku tak letak juga huhu)
Mozarella cheese secukupnya

Cara-cara menyediakannya

Jom.............!



Langkah 1
Di dalam bekas, masukkan tepung gandum, minyak jagung, garam, gula, baking powder, bread softener dan yis. Gaul rata.

Buat lubang di tengah dan masukkan air. Uli sehingga menjadi doh.


Langkah 2
Rehatkan doh dengan menutupnya dengan kain yang sesuai. Er er kain batik sarung sesuai tak? ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚


Langkah 3
Dalam 1-2 jam, adunan dah naik tu bolehlah dikeluarkan angin. Nak tumbuk-tumbuk manja ke.. tumbuk garang ke..
terpulang..


Langkah 4
Bahagikan kepada dua bahagian. Ambil satu bahagian dan leperkan. Guna torak nak senang citer. Biar dia jadi bulat dan muatkan dalam acuan yang telah disapu mentega atau minyak masak.

Cucuk sikit di atasnya guna garpu. Bakar dalam oven 170°C selama 10 minit atau ikut ragam oven masing-masing.


Langkah 5
Sudah masak, keluarkan dan sejukkan sedikit sebelum kita letak toppingnya.

Antara bahan-bahan toping


Sos prego tradisional


Mozarella cheese yang diparut


Isi ayam dipotong dadu kecil dan digaul dengan sedikit garam, serbuk lada sulah dan garam.


Goreng isi ayam dengan sedikit mentega atau minyak. Bila dah masak, angkat.


Sos prego tradisional, isi ayam goreng dan cendawan butang yang dihiris.


Peperoni ayam, jika suka.

Cara-cara menyediakannya..


Langkah 1
Ambil sekeping roti pizza, sapukan dengan 3 sudu besar atau secukupnya sos prego.


Langkah 2
Taburkan ayam tadi atau peperoni ayam, atau letak ayam dan pepperoni sekali gus pun boleh, cendawan, nenas kalau ada dan capsicum jika ada. Akhir sekali taburkan mozarella cheese. Kalau nak bagi effect tarik tu, letakla banyak-banyak.


Langkah 3
Bakar dalam oven pada suhu 170°C selama 10 minit atau ikut ragam oven masing-masing.


Langkah 4
Sudah masak, keluarkan dari oven. Masing-masing boleh ambil pinggan masing-masing sekarang. Sedia untuk dinikmati..

Jemput makan kawan-kawan..

Bismillah..

Ahad, 3 Jun 2018

Biskut Bear Koko Krunch Comel

Mudah, comel, menarik perhatian dan sudah semestinya rangup!

Pagi ni bersama anak-anak, kita bersama-sama menguli adunan, menggetel bulat kepingan coklat dan menghiasnya sambil bersembang. Mujurla korang kecil lagi. Kecil-kecil ni belum pandai membawang.. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚


RESEPI BISKUT BEAR COCO CRUNCH
Oleh Dapur Cempakasari
Resepi asal : via fb

Bahan-bahan

250g butter
2 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
4 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar susu tepung
3 3/4 cawan tepung gandum (400g)
3/4 cawan gula kastor (110g)

Jom masuk dapur.. jommmmm..

Cara-cara membuatnya


Langkah 1
Di dalam mangkuk adunan, putar mentega, kuning telur dan gula halus sehingga sebati. Tak perlu sampai kembang setaman ya.

Langkah 2
Masukkan esen vanilla, susu tepung dan tepung jagung. Putar lagi.

Langkah 3
Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit menggunakan sudip kayu. Kalau dah rasa lenguh tangan tu, bolehlah guna jari-jemari kita yang runcing seperti.. er.. er.. seperti apa ya..? Ha ha ha

Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan boleh digentel.


Langkah 4
Nak bagi cepat dan hampir sama saiz, kita bulat-bulatkan dulu doh tersebut, besar sikit dari guli.


Langkah 5
Bulatkan coklat keping ni supaya senang dimasukkan ke dalam doh.

Haaa anak-anak.. tolongla.. hi hi hi


Sediakan CoCo crunch

Langkah 6
Ambil sebiji doh bulat, masukkan coklat yang dibulatkan tadi dan tutup semula. Gentel lagi supaya bentuk bulatnya cantik dan kemas.
Buat sampai habis.


Langkah 7
Kemudian hiaslah menggunakan koko krunch sebagai telinga, coklat rice sebagai mata dan coklat chip sebagai mulut.

Buatlah sampai habis. Kalau rasa lenguh belakang berehatlah sekejap sambil main tepon.. pastu sambung balik tau.. kalau tak, tak siap nanti biskut raya kita ni..


Langkah 8
Panaskan oven dulu selama 10 minit suhu 170°C.

Bakar selama 18 minit pada suhu 170°C atau ikut ragam oven masing-masing.


Bila dah masak, keluarkan dari oven dan  sejukkan seketika di atas redai sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.

Setelah diperhatikan.. setelah ditilik.. setelah dinilai.. didapati ada keseronokan membuat biskut ini.. hihihi

Sabtu, 2 Jun 2018

Biskut Kacang Peas

Senang buat, mudah habis!

Cara buat ikut macam buat biskut mazola jer. Cuma bahan tu, kita tukar dengan tepung kacang peas. Boleh dapat di kedai bakeri. Beri fulus, dapatlah sebungkus. Hehe..


Sambil Mak Hencik masak untuk berbuka puasa, anak ke empat yang berusia 9 tahun dilanda kebosanan. Jadi, minta dia buatkan biskut ni.


RESEPI BISKUT KACANG PEAS
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

2 cawan tepung kacang peas
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula aising
1/2 sudu kecil garam
1 cawan minyak jagung
2 biji kuning telur (tak letak)

Cara-cara membuatnya

Jommmm....!


Gaul sebati tepung kacang peas, tepung gandum, gula icing dan secubit garam.

Buatkan lubang di tengah dan tuang minyak jagung. Kalau susah sangat nak cari minyak jagung, ambil jer la minyak masak kat dapur tu. Tapi janganla ambik minyak bekas goreng cekodok atau ayam goreng berempah pula ya!


Gaul sehingga menjadi doh yang lembut dan boleh dibulat-bulatkan.


Mulakan buat bulat-bulat dan susun atas dulang yang telah disapu minyak.

Tengoklah hasil seni anak ni. Ada besar ada kecil. Pastu mula mengadu dah penat dah. Ada lagi separuh tak siap ni. Huhuhu



Putih telur dicampur dengan sedikit pewarna kuning. Kacau sikit supaya sebati warnanya.


Sapu la atas biskut tadi guna berus jer.


Masukkan dalam oven yang telah dipanaskan dahulu selama 10 minit pada suhu 170°C.

Bakar 20 minit pada suhu 170°C atau ikut ragam oven masing-masing.


Inilah hasilnya.. kurang lebih 110 biji. Bolehlah sejukkan sekejap sebelum disimpan di dalam balang yang paling bergaya.. kikiki


Dapat penuh satu balang. Tapi balang yang ni tak berapa nak bergaya.. hahaha

Ikan di sungai jangan dituba,
Selamat mencuba..

Makan roti dengan kaya,
Selamat berjaya..

๐ŸŒผTerimakasihAllah
๐ŸŒผKauMahaPemberirezeki

Selasa, 22 Mei 2018

Lepat Pisang Sukatan Cawan Mudah Giler

Sedap juga lepat pisang kalau ianya lembut. Nak bagi lembut perlulah letak pisang secukupnya. Kalau nak bagi keras, letaklah tepung lebih! ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Lepat stail ni adalah kegemaran suami berbanding yang berintikan kelapa. Eh tak ori ler kalau camtu! Habis... Nak buat camana.. dah suka gaya gini.. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜


RESEPI LEPAT PISANG
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

2 1/2 cawan pisang lenyek - tak perlu hancur sangat
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan kelapa parut putih muda
2 sudu besar gula
2 sudu besar gula merah
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil esen pisang

Cara-cara menyediakannya


Di dalam bekas, masukkan pisang lenyek kasar, tepung gandum, kelapa parut putih (seeloknya dari kelapa muda), gula, gula merah, garam dan esen pisang.


Gaul sehingga sebati. ๐Ÿ‘†๐Ÿ‘† Ketepikan dahulu.


Daun pisang dilayur atau lalukan atas api untyk melembutkannya dan tak pecah bila dilipat.
Kalau malas nak layur, korang gosok ngan seterika. Hihi.

Setelah dilayur, belah daun pisang kepada saiz kecil yang dikehendaki.


Letak daun pisang di tempat rata dan sudukan satu atau dua sudu besar ke atasnya.


Mak Hencik gulung jer. ๐Ÿ‘†๐Ÿ‘†. Pastikan kemas dan daun pisang tidak pecah.


Lipat hujung kiri dan kanan dengan kemas. Pastikan adunan pisang tidak terkeluar.


Buat sampai habis dan susun di dalam pengukus.


Kukus selama 20 minit.


Sudah masak lepat pisang kita hari ini. Cuba kita buka satu. Mmm.. sedang elok lembutnya. Sedap.

Jemput makan kawan-kawan.


Bismillah..

Isnin, 21 Mei 2018

Tepung Pelita Percubaan Pertama...

Pelita apa yang tiada api?
Pelita apa yang boleh dimakan?

Hurm... Tepung pelitalah.. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Kalau makan kuih ni, usus kita akan bercahaya terang, pasal pelita sudah berada dalam perut. Huhuhu

Ini adalah percubaan pertama yang Mak Hencik buat. Ada satu masalah yang perlu diatasi iaitu apabila kita tuang adunan santan untuk lapisan kedua, lapisan hijau tu naik ke atas dan bercampur dengan yang putih. Canner tu? Kena masak sekejap atas dapur ke adunannya..? Atau akukah yang gopoh dan tergesa-gesa. Hurmm...

Tapi rasanya.. fullamak datuk datin!! Sedap secukup rasa dengan lemaknya.. dengan manisnya yang sederhana.๐Ÿ‘๐Ÿ‘



RESEPI TEPUNG PELITA
Oleh Dapur Cempakasari
Terima kasih penyumbang resepi : Rarra Sakura via FB

Bahan-bahan

Lapisan bawah hijau pandan

1 cawan tepung gandum
2  1/2 cawan santan cair - Mak hencik guna 1/2 cawan santan pekat + 2 cawan air
1 cawan air daun pandan - daun pandan dikisar dengan secawan air dan tapis. Sukat betul-betul satu cawan. Hehe
4 sudu besar gula
1 sudu kecil pewarna hijau

Lapisan atas putih santan

2 cawan santan pekat - Mak Hencik guna 2 cawan santan kotak
1 cawan air
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil garam

Cara membuatnya

Jom buat.. caranya sangat mudah.



Oleh kerana tak reti nak buat kelonsong daun pisang, maka Mak Hencik guna bekas plastik kecil. Mak Hencik alas dengan daun pisang untuk dapatkan rasa asli tepung pelita serta aromanya.

Kemudian masukkan satu sudu besar gula ke dalam setiap bekas.



Campurkan tepung gandum, air daun pandan, santan cair dan gula. Kisar supaya adunan sebati. Tak ada ketul-ketul dah..



Susun bekas yang sudah dimasukkan gula ke dalam pengukus.



Tuang adunan pandan sebagai lapisan pertama.



Tutup pengukus dengan tudungnya. Sebelum tu lebih baik balut tudung pengukus tu dengan kain untuk menghindari wap air menitik masuk ke dalam kuih.

Atau boleh juga tutup bekas kuih dengan aluminium foil. Mak Hencik guna cara ini.

Biarkan selama 20-30 minit.



Seterusnya kita buat lapisan santan pula. Di dalam besen kecil kita campurkan santan, garam dan tepung gandum. Kisar sehingga sebati atau kacau menggunakan whisk. Pastikan adunan tidak berbintil.



Apabila lapisan hijau pandan sudah masak, tuangkan lapisan putih santan perlahan-lahan.



Dah habis semua tuang bahagian putih, tutup dengan aluminium foil kalau tak balut penutup dengan kain, pastu tutup dan kukus selama 20-30 minit atau sehingga masak.


Bila dah masak, angkat. 


Inilah rupa antara yang jadi sempurna.



Sudu sikit.



Bismillah..

Mmm... Sedapnya.. jemput makan kawan-kawan semua..

Sedap sungguh si tepung pelita,
Mari dimakan di petang hari;
Betulkah sedap bagai yang dikata,
Boleh sahaja cuba buat sendiri..

Okbai