Selasa, 10 April 2018

Udang Masak Sambal Petai yang Sedap

Dulu dulu.. dulu dulu.. selalu makan udang masak petai di medan selera Greenwood, Gombak. Orang kedai tu pun agaknya dah kenal muka kami ni. Order biasa ialah sup tulang, telur dadar, sambal belacan dan timun dan udang masak petai. Entah ada lagi tak tempat tu sekarang.


Saiz udang ni agak besar juga. Senang nanti nak kopek kulit bila nak makan. Petai pula ku letak sepapan. Haaa.. sikit ke banyak tu? ๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€


RESEPI UDANG MASAK SAMBAL DENGAN PETAI YANG SEDAP
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahannya

12 ekor udang saiz besar
2 biji bawang putih
1/2 biji bawang merah besar
4 sudu besar cili kering giling
1 papan petai
1 biji lada hijau atau merah
1 biji bawang besar Holand saiz kecil - dipotong bulat
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara membuatnya

Marilah mari.. marilah mari.. ๐ŸŽต๐ŸŽต๐ŸŽต


Udang dipotong muncung dan misainya. Basuh bersih dan toskan. Kalau suka, boleh belah belakang udang dan buang urat hitam. I tak buang pun.. Jangan kecam I..


Beli petai di pasar, 4 papan rm5. Ingat nak bubuh 2 papan, nampak macam banyak pula. Jadi Mak Hencik bubuh sepapan sahaja.


Petai tu dibelah dua. Boleh nampak kalau ia rosak atau berulat. Kali ni Mak Hencik tak buang kulitnya. Biasa buang kulit, lepas tu belah dua. Entahlah.. tak rasa rajin pula hari ni..

Jom mulakan.


Langkah 1
Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk dan cili kering sehingga naik bau dan masak.


Langkah 2
Bila sudah hampir garing, masukkan udang


Langkah 3
Masukkan pula air asam jawa, sedikit garam dan gula secukupnya.


Langkah 4
Masukkan pula petai.


Langkah 5
Masukkan lada hijau. Kacau seketika. Biar kuah menjadi pekat sedikit.


Langkah 6
Akhir sekali masukkan bawang besar Holand yang dipotong bulat.


Langkah 7
Kuah sudah hampir pekat nih. Kalau suka masak tumis ni berkuah, dah boleh matikan api.

Mak Hencik nak bagi kuah tu pekat dan melekat kat udang. Jadi, kita biarkan dulu seketika sambil dikacau sekali-sekala.


Langkah 8
Nampaknya kuah sambal tumis ni dah pekat. Jadi, bolehlah tutup api.


Langkah 9
Masukkan ke dalam pinggan untuk dinikmati bersama nasi. Hari ni udang sambal petai ni kami makan dengan nasi lemak.

Jemput makan..

Bismillah..

Langkah 10
Ngapppp! ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Isnin, 9 April 2018

Sambal Pauh yang Mudah, Ringkas dan Sedap.

Amaran! Inilah lauk pembuka selera. Lauk yang ajaib. Lauk yang bukan calang-calang! ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚Makan dengan nasi panas.. ya ampunnnn sedapnya.



Lauk ni makanan orang lama. Rasa pedas, masin, manis dan masam bergaul sebati di dalam mulut.


Bak kata orang sekali cuba, nak rasa lagi.. lagi.. dan lagi. Ishhh! Berlebih pula kau nih yea.. hahaha. Pernyataan di atas tu hanya untuk penggemarnya sahaja.. Hanya orang yang suka tempe tahu kelazatan tempe tersebut. Begitulah diibaratkan..


RESEPI SAMBAL PAUH YANG SEDAP
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

2 ekor ikan selayang - dipanggang dan ambil isinya
1 biji buah pauh atau nama lainnya ialah mempelam - disagat
3 biji cili padi - kalau lebih pedas, tambahlah cili lagi
1 sudu kecil garam, atau secukupnya
1 sudu besar gula, atau secukupnya

Cara-cara membuatnya


Mula-mula mestilah panggang ikan atas kuali. Ku guna kuali yang tak berapa nak ajaib jer. Kuali ajaib tu nampak gayanya terus menjadi bahan hiasan tersorok dalam kabinet dapur. Silap-silap hari bulan, boleh jadi barang antik! ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Dah masak ikan tu sejukkan dulu. Oh ya.. Boleh tukar ikan ikut selera dan ikut stok ikan yang ada dalam peti sejuk masing-masing.


Buah pauh atau mempelam ni Mak Hencik beli kat Pasar Nilai. Seringgit sahaja untuk sebiji.

Sesiapa yang ada pokok pauh atau mempelam ni bolehlah gi panjat. Petik sebiji untuk dibuat sambal. Kalau petik banyak boleh cicah kicap juga. Adoiii kecur liur tiba-tiba nih. ๐Ÿ‘…๐Ÿ’ฆ๐Ÿ’ฆ๐Ÿ’ฆ


Kupas kulit pauh. Ooo cantik pula isi dia. Kuning diraja gitu warnanya. Mujur isinya masih pejal, kalau lembik tak sesuai. Takut berair pula bila ditumbuk nanti.


Buah pauh tu disagat. Hati-hati dengan jari, jangan tersagat sekali. Huhu


Ikan panggang yang disejukkan tadi diasingkan isi dan tulang. Ambil isi ikan sahaja. Aikkk tulang tu nak buat apa? Buat jer la nak buat apa pun.. ko punya pasalla. Hahaha.


Oleh kerana secara tradisinya nak buat benda alah ni guna lesung batu, maka Mak Hencik pun tak ada la pulak nak guna pengisar kering. Pengisar basah memang rejectlah. Huhu

Di dalam lesung, bubuh cili padi, garam dan gula. Tumbuk secara berirama sehingga hancur dan lumat. Berirama? Wakakaka


Sesudah lumat, masukkan isi ikan dan buah pauh sagat. Tumbuklah lagi.


Tumbuklah lagi secara berirama sehingga lumat. Berirama? Wakakaka


Nampaknya isi ikan dah hampir lumat. Pauh sagat tu tak perlu lumat sangat. Kalau nak lumat juga hah tumbuklah lagi.


Bila dah siap, masukkan ke dalam mangkuk hidangan dengan saiz yang sesuai.


Untuk hari ini, begini sahajalah hidangan yang mampu disediakan. Jemput makan semua. Jemput.. jemput..

Bismillah..

Ahad, 8 April 2018

Paru Masak Sambal yang Sedap

Ooo.. gitu rupanya masak paru nih. Mana kutahu. Kan ku dah cakap dulu, ku tahu makan sahaja. Hu hu โ˜”โ˜”


Kali pertama masak paru, Mak Hencik potong paru tu kemudian basuh dan goreng. Habis dapur kena minyak panas yang merecik melompat keluar kuali. Mak aihhh taubat tak nak buat dah.. beli jer lebih senang, pujuk diri sendiri. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ Tapi itu dulu... Terkenang semasa dulu ๐ŸŽต๐ŸŽต๐ŸŽต hatiku merasa rindu ๐ŸŽต๐ŸŽต๐ŸŽต

Cara ni belajar dari kakak yang jual nasi lemak. Tq kak. ๐Ÿ˜˜


Oleh kerana paru ni organ dalaman, maka Mak Hencik masak kadang-kadang sahaja. Kalau beli pun ok cuma kalau buat sendiri dapat makan banyak kali. Rasa pun boleh buat ikut citarasa sendiri.


RESEPI PARU MASAK PEDAS
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

1/2 kg paru - dipotong besar dan direbus.
1 biji bawang merah besar
2 biji bawang putih
5 sudu besar cili kering kisar
1 biji lada hijau - dipotong serong
1/2 biji bawang besar Holand - dihiris besar
3 keping asam gelugur - sekeping untuk sambal, 2 keping untuk merebus paru
1/2 cawan ait atau secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak untuk menumis dan menggoreng

Cara-cara menyediakannya

Meh ler kita ke dapur..


Paru dicuci bersih, dibilas dan direbus dengan air secukupnya bersama 2 keping asam gelugur.


Bila sudah masak, keluarkan dari periuk dan toskan air. Biarkan sejuk.


Bila sudah sejuk, hiris nipis paru tersebut.


 Panaskan minyak yang banyak dan goreng paru yang dihiris tadi. Nak goreng garing boleh, nak goreng sekadar goreng pun boleh. Terpulang kepada citarasa masing-masing.

Sesudah goreng, toskan minyak dan ketepikan.


Tumbuk bawang putih dan bawang merah. Sehari dua ni kerap pula guna alu dan lesung. Nasib badan.. huhu


Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk dan cili kering kisar.


Kacau seketika sehingga hampir garing.


Masukkan air, asam.keping, sedikit garam dan gula. Biarkan mendidih.


Sementara itu, hiris lada hijau dan bawang besar Holand.

Masukkan bahan hiris ke dalam kuali dan biarkan ia pekat.


Bila bahan tumisan sudah pekat, tutup api. Jika ada minyak yang berlebihan, keluarkan. Lepas tu, barulah masukkan paru yang sudah siap goreng ke dalam kuali dan gaul sehingga sebati.


Akhir sekali, masukkan ke dalam pinggan hidangan.

Hari ni hidangan paru masak pedas ni Mak Hencik sajikan bersama nasi lemak. Jemput makan semua..

Bismillah..

Ais Kepal Milo Coklat yang Sangat Sedap Ooo

Tengahari itu sangat terik. Tekak pun sangat terasa hausnya. Anak bongsu pula nakkan ais krim. Pada hal semalam dah berapa kali dah beli ais krim. Jadi, bila nampak sahaja gerai ais kepal, ku pun ajak anak beli. ๐Ÿง


Dia letak ais yang dimesin tu, kemudian curahkan bancuhan milo pekat, ditabur pula dengan chocolate rice dan kacang hancur. Sedappp...!

Esoknya ikut suami pergi nilai 3. Dia nak beli bekas yang buat bbq tu. Aku pula beli mesin kisar ais nih. ๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€


RESEPI AIS KEPAL MILO COKLAT
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan bancuhan milo coklat

1/2 - 1 liter air
2 tin susu pekat manis
1 kg milo
1 cawan coklat beryls
1/2 cawan tepung jagung dibancuh dengan sedikit air

Untuk hiasan

coklat rice secukupnya
Kacang hancur secukupnya
Milo tabur secukupnya
Ais krim, jika suka

Cara-cara menyediakannya

Jom... Jom ler...


Milo, susu pekat, air


Coklat beryl's


Bancuh susu pekat dengan air, kemudian masukkan serbuk milo.


Biarkan serbuk milo hancur.


Masukkan coklat beryls. Kacau perlahan sekali sekala sehingga coklat cair dan hancur.


Bancuhkan tepung jagung dan air secukupnya.


Tuang ke dalam kuali tadi. Kacau perlahan-lahan sehingga kuah pekat.


Dah elok pekat yang kita kehendakki, bolehlah tutup api.

Masa untuk menghidang..


Ni ler benda besi untuk kisar air batu yang Mak Hencik beli di kedai Saaka Nilai 3.


Kisar ais. Hurmmm.. sedap juga main mesin besi nih. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚


Serbuk kacang kasar dan coklat rice warna-warni tu beli readymade di kedai bakeri. Senang dan mudah. Kehkehkeh


Letak ais, jirus bancuhan milo coklat, tabur kacang dan coklat rice warna-warni. Taburkan serbuk milo sikiiiittt. Al maklumlah buat sendiri, makan sendiri..
๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…


Jemput makan kawan-kawan semua..

Bismillah..