Tiga keping singgit?! Mak aihh pisang dah jadi dinosaur gamaknya.. dah pupus kot.. Sudahlah sikit, saiznya pula comel kiut sahaja. Sebiji tu dibelah dua, pastu dipotong serong tiga..
Padahal Mak Hencik tengok kat kedai buah tu setandan rm26 jer.. mula laa mulut nak membebel..
Mama.., itukan rezeki dia.. yang ni pula rezeki kita..
Bila anak cakap gitu, Mak Hencik terus terdiam. 😊😊
Betul tu.. rezeki kita kan telah ditetapkan. 😊😊
PISANG TANDUK GORENG RANGUP
Oleh Dapur Cempakasari
Bahan-bahan
1 cawan tepung goreng pisang segera
1/3 cawan tepung beras
1 cawan air
1 sudu kecil garam
Cara-cara membuatnya
Jom ler
Pisang tanduk saiz besar. Kamu akan dikerjakan nanti. Bersiap-sedialah ya.. tapi Mak Hencik guna sebiji jer dah dapat banyak. Sebiji lagi kita goreng esok atau lusa pula.
Masukkan tepung beras, tepung goreng pisang dan garam.
Bancuh tepung goreng pisang, tepung beras, garam dan air. Kalau pekat sangat tambah sikit air. Kalau cair sangat tambah sikit tepung beras. Tambahlah yang mana patut. Hahaha 😂😂😂
Pisang tanduk dibuang kulit, dibelah dua dan dipotong serong.
Masa ni dah boleh dah nak panaskan minyak untuk mula menggoreng.
Masukkan beberapa ketul pisang ke dalam bancuhan tepung gandum dan gaul rata. Biar kepingan pisang bersalut bancuhan tepung.
Bila minyak sudah cukup panas, bolehlah kita mula menggoreng. Bila sudah garing, balikkan pisang goreng.
Angkat pisang bila kedua belah sudah garing dan toskan minyak.
Penuh pinggan dengan pisang goreng. Apa lagi.. Marilah kita menikmati pisang tanduk goreng ni. Rasanya manis dan krup krup rangup tepung sedap sekali.
Jemput makan semua..
Bismillah..