Resepi yang wajib dicuba untuk masakan daging. Ada rasa masam dari perisa tom yam, manis sos cili Thai dan kicap. Oh sedapnya 😍😍
Biasa kalau daging goreng kita letak kicap, atau rempah atau goreng biasa letak kunyit. Kali ni kita cuba buat kelainan. Kalau kita tak cuba kita tak tau kan. Hihi. Resepi ni letak tom yam paste dalam daging. Perap dan goreng. Sedap tau. Terima kasih kepada penyumbang resepi yang sudi berkongsi resepi mudah ini. Muah! Muah!
RESEPI DAGING KAPRAU THAI
Oleh Dapur Cempakasari
Resepi asal via fb mahn
Bahan-bahannya
1/2 kg daging lembu
3 sudu besar tomyam paste
1 biji bawang besar Holand - dipotong wedges, kemudian bahagi dua
2 biji lada hijau atau merah ( resepi asal cili api secukupnya) - tumbuk halus atau kisar kering
3 sudu besar sos cili Thai
3 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil gula
5 helai daun limau purut
2 cawan air
Sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara membuatnya
Jom kita ke dapur. Jom jom
Daging dipotong nipis, dibasuh dan dibersihkan. Toskan air.
Masukkan 3 sudu besar tom yam paste. Guna jer laa tom yam paste yang ada kat rumah tu. Apa-apa jenama pun boleh. Janji sedap. Gaul sebati dan perap dalam 30 minit.
Bawang besar dipotong dua. Dihiris wedges. Separuh untuk menumis, separuh lagi nak bubuh semasa dah hampir nak angkat. Lada tu hiris kecil untuk ditumbuk. Kalau nak pedas dan suka pedas, guna cili padi. Resepi asal memang letak cili api yaa. Haa berasap uols nanti.
Tumbuk lada dan potong wedges bawang besar holand.
Mula-mula panaskan minyak dan tumis lada tumbuk atau kisar kering dengan separuh bawang besar holand.
Kacau sekali sekala sehingga lada masak dan bawang layu.
Masukkan daging perap. Kacau sehingga sebati.
Lepas tu masukkan dalam 2 cawan air dan tutup kuali dengan tudung periuk. Tujuannya supaya daging cepat empuk.
Sementara itu, kita sediakan daun limau purut. Nak ramas-ramas manja boleh, nak hiris halus-halus pun boleh.
Sos cili thai dan kicap manis.
Bila air daging tadi sudah hampir kering, daging pun sudah empuk dan lembut, masukkan sos cili thai.
Masukkan kicap manis. Kacau rata. Eh eh jangan lupa masukkan 1 sudu kecil gula juga. Sebab pedas, letak gula sikit. Satu lagi tom yam paste tu ada rasa masam sikit.Kalau tak suka takyah letak. Garam takyah letak dah. Kacau sehingga rata.
Bila rasa sudah cukup sedap, masukkan daun limau purut dan separuh bawang besar Holand tadi. Kacau lagi sehingga sebati.
Ini dia masakan kita pada hari ini. Mudah nak memasaknya. Rasa pun sedap. Jemput makan kenkawan semua..
Bismillah..