Rasa rangup krup krap tepungnya yang digoreng garing. Tak cukup seekor, ambil lagi seekor. Sedapnya rasa UCT (udang goreng tepung) ni.. Kalau den kayo, seguni den boli udang ni.. nak buat UCT
Semasa singgah makan di sebuah kedai Tom Yam tempohari, sempat pula Mak Hencik bertanyakan resepi UCT yang dimasaknya. Katanya dia letak tepung kek, serbuk kari sikit, serbuk kunyit sikit dan sedikit garam. Semua tu bancuh dengan sedikit air. Pastu goreng dalam minyak yang banyak dan betul-betul panas.
Bila buat kat rumah, tak jadi pula huhuhu. Silap Mak Hencik juga tak tanya detail. Mak Hencik ingat tepung kek tu tepung naik sendiri. Dia pula cakap dalam slang Siam. Huhu.
Tapi Mak Hencik akan cuba lagi resepimu tu dik. Kadang-kadang tak semua yang kita buat tu menjadi.. kadang-kadang kena cuba buat dua tiga kali.. hihi
UDANG CELUP TEPUNG YANG SANGAT SEDAP
Oleh Dapur Cempakasari
Bahan-bahannya
15 ekor udang saiz besar
1/4 cawan tepung goreng ayam bestari perisa original
1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan air atau secukupnya
Cara-cara membuatnya.
Jom jom kita goreng udang..
Langkah 1
Bersihkan udang. Buang semua kulit kecuali bahagian ekor ditinggalkan. Mudah nak pegang nanti. Tos dan ketepikan.
Langkah 2
Kita bancuh adunan tepung. Ambil mangkuk kecil, masukkan tepung goreng ayam bestari perisa asli, tepung gandum, baking powder dan air. Kacau sehingga sebati. Adunan tu nampaknya agak pekat juga.
Langkah 3
Panaskan minyak yang banyak dalam kuali.
Langkah 4
Celupkan badan udang ke dalam adunan tepung.
Langkah 5
Goreng udang bersalut adunan tepung ke dalam minyak yang betul-betul panas.
Balikkan udang supaya kedua-dua belah masak sempurna.
Langkah 6
Bila udang sudah masak, angkat dan toskan minyak.
Ulangi langkah mencelup dan menggoreng udang sehingga habis.
Langkah 7
Akhir sekali masukkan ke dalam pinggan untuk dihidangkan bersama gulai lemak patin tempoyak, isi ayam masak kicap berempah, sambal tempoyak dan ulam timun. Air pula adalah air sirap.
Jemput makan kawan-kawan semua..
Bismillah..