Ahad, 17 Disember 2017

Sup Ayam Cendawan Berkrim yang Sedap

Makan begitu sahaja sedap. Makan dengan roti garlic sedap. Makan dengan roti cheese stick pun sedap!


Untuk lebih mudah dimakan, boleh beli sup ayam cendawan yang sudah ditinkan. Namun begitu, untuk rasa yang lebih sedap, lebih lemak berkrim sudah semestinya homemade!


Resepi ni diubahsuai dengan anak tekak sendiri. Tiada basil, tiada oregano. Kalau uols ada dan uols suka, uols bolehlah letak hokeyyy.

Iols cicah dengan cheese stick. Atau cicah dengan roti sandwich tu pun sodap uols!


RESEPI SUP AYAM CENDAWAN BERKRIM
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

1/2 biji bawang holand sederhana besar - dicincang
2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
7 biji cendawan butang - dicincang
1 ketul isi ayam - dicincang
2 cawan susu segar
2 cawan air
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam kasar

      Bawang holand yang dicincang halus

           Tepung gandum

         Cendawan butang dicincang halus

                  Isi ayam dicincang halus

                              Kiub ayam

 Serbuk lada hitam kasar, serbuk lada sulah

Langkah 1
Sediakan bahan-bahan untuk kita memasak.


Langkah 2
Panaskan kuali, masukkan mentega.


Langkah 3
Masukkan bawang holand. Kacau sehingga kekuningan.

Nampak macam nak hangus pulak kot tepi kuali tu. Hihi


Langkah 4
Masukkan tepung gandum. Terus dikacau rata. Elakkan dari berketul. Kalau berketul juga, Mak Hencik campakkan lagi mentega. Hehe.

Kuali tu macam nak hangus. Kacau jangan tak kacau..


Langkah 5
Bila tepung dah keperangan sikit, masukkan ayam. Kacau sebati sehingga ayam masak.


Langkah 6
Masukkan susu dan air. Masukkan kiub ayam, sedikit sahaja garam sebab kiub ayam sudah masin. Cendawan pun masak jugak. Masak pula. Masuk.

Masukkan juga serbuk lada hitam kasar dan serbuk lada putih atau ada orang panggul lada sulah. Masukkan juga.

       Kacau sehingga kuah menjadi pekat.


Langkah 7
Apabila kuah sudah pekat seperti yang dikehendaki, rasa pun sudah sedap, bolehlah tutup api.


Langkah 8
Bolehlah kita hidangkan. Sangat sedap dicicah dengan roti. Mak Hencik dan keluarga cicah dengan roti cheese stick. Resepi roti cheese stick di sini.

Jemput makan semua..

Bismillah..


Sabtu, 16 Disember 2017

Cucur Ikan Bilis Kembung yang Lembut

Selepas menikmati hidangan tengahari mulut rasa nak mengunyah pula. Jom buat cucur kembung..



Cucur kembung ni memang enak dimakan semasa panas. Luarnya garing, di dalamnya lembut. Berebut anak-anak sesama sendiri. Itulah rezeki, biar pun hanyalah cucur kembung..


CUCUR KEMBUNG IKAN BILIS
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
2 sudu besar minyak masak
1 biji telur
1 sudu kecil gula - kalau nak manis tambahlah ya. Tak nak letak pun takpe.
Sedikit garam
1/2 sudu kecil serbuk pati ikan bilis
1 cawan air
1 sudu besar yis segera
Sedikit daun bawang - dihiris halus
Minyak secukupnya untuk menggoreng.

Cara-cara membuatnya

Mari buat sama-sama..


Di dalam mangkuk adunan, masukkan tepung gandum, telur, garam, gula, yis, minyak masak, serbuk pati ikan bilis dan air. Pendek kata masuk semua sekali.


Kacau sebati. Kali ni adunan Mak Hencik macam lembik sikit, jadi Mak Hencik tambah dua sudu besar tepung gandum. Adunan mesti agak pekat.

Kalau nak rasa dulu pun boleh. Nak masin ke nak manis ke terpulang kepada selera anak tekak dan anak lidah masing-masing. Anak lidah ada ke? Hihi


Biarkan adunan sejam dua atau sehingga adunan kembang.
Mak Hencik tutup dengan tudung pengukus pulakk. Yang ni tak payah ikut. Hehe


Adunan yang sudah kembang. Sementara itu boleh hiris daun bawang.


Hirisan daun bawang


Penyekkan dulu adunan yang kembang tadi. Guna sudip kaup-balik jer.
Kemudian masukkan daun bawang hiris dan kacau hingga sebati.


Ini rupa adunannya. Boleh mula panaskan minyak untuk menggoreng.


Basuh tangan dulu, kemudian jemput sedikit adunan dan masukkan ke dalam minyak panas. Buat saiz kecil lagi cantik kembungnya. Bulat ajer. Guna sudu pun boleh. Terpulang kepada kemahiran uols..

Tapi tengok Mak Hencik punyala rajin. Besar gedabak. Kihkihkih


Bila dah masak, angkat dan toskan minyak.


Ni rupa isi dalam cucur kembung kita..


Mmm.. sungguh seksi dan menggiurkan..

Mana teh tarik ni.. jemput makan..

Bismillah..

Jumaat, 15 Disember 2017

Bingka Ubi Kayu Orang Kampung

Antara kuih tradisional Melayu yang sangat mudah untuk disediakan dan enak pula rasanya.

Beruntung orang kampung. Kalau nak makan kuih berasaskan ubi kayu agak mudah.  Pergi ke belakang rumah atau tepi-tepi pagar, bawa cangkul sekali. Cangkul tanah berhati-hati supaya tak terkena ubi kayu. Kemudian tarik ke atas. Maka keluarlah empat lima ketul ubi kayu. Sudah boleh dibuat kuih bingka ubi kayu. Itu pun kalau ada tanam pokoknya...


Berbeza pula dengan orang yang tinggal di bandar, yang tak dapat bercucuk-tanam lantaran kesempitan tanah.

Paling mudah ialah hidupkan enjin motor atau kereta ke pasar berhampiran untuk 'menuai' ubi kayu. Lepas tu pulang ke rumah. Dah tu rasa penat pula sebab tadi baru keluar. Jadinya biarkan saja si ubi kayu di ceruk dapur.. bertangguh-bertangguh, last-last ubi pun dah masuk angin.. hurmm.. aku lah tu..


Resepi Bingka Ubi Kayu Tradisional
Oleh Dapur Cempakasari
Resepi asal : Kak Ann Periuk Tanah

Bahan-bahan

4 cawan ubi kayu yang diparut
1 cawan gula  - Mak Hencik tambah 2 sudu besar gula
2 cawan santan
1/2 sudu kecil garam
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara menyediakannya

Jom ke dapur


Inilah rupa dan bentuk badan ubi kayu.


Kupas kulit ubi kayu. Buang baju hitamnya. Biarkan kulit putih melepaknya terdedah. Biar nampak seksi hari ni.


Parut ubi kayu menggunakan mesin parut kelapa.

Kalau tak ada mesin, boleh gi kedai upah orang parut ubi. Hehe


Masukkan ubi kayu parut ke dalam besen kecil. Masukkan gula, garam dan santan. Kacau hingga sebati.

Santan tu Mak Hencik beli kat pasar satu plastik kecil, lebih kurang secawan. Pastu Mak Hencik tambahkan secawan air.


Oh ho ho.. hampir terlupa pula. Masukkan juga sedikit pewarna kuning. Terus dikacau sehingga sebati.

Masa ni dah boleh panaskan oven 200°C selama 10 minit.


Sapu loyang dengan mentega atau minyak masak. Mak Hencik guna loyang saiz 8"x 8". Kalau nak tebal, gunalah loyang yang lebih kecil.


Masukkan ke dalam loyang.


Bakar 200°C, 1 jam 20 minit atau ikut oven masing-masing.


Bila dah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan dulu. Jangan potong dulu masa masih panas sebab nanti tak cantik. Tak caye? Cer tengok kat bawah. Huhu


Rasanya memang sedap. Cukup manis. Cukup lemak. Enak sekali.

Jemput makan..

Bismillah..

Roti Cheese Stick Alas Perut

Dah sampai tengah jalan baru perasan ada benda yang tertinggal..


Nak buat roti, tapi lupa letak salah satu bahannya. Jadi ke tak? Jadi ke tak? Kesian pada diriku ini.. Huhu


Aku teruskan jugalah dengan perasaan berbelah bahagi. Rasa terkilan juga pada mulanya. Tapi apakan daya.. mungkin inilah resepi short cut atau resepi roti stick dengan bahan yang mana ada. Korang yang kurang bahan kat dapur tu boleh guna resepi ni..


RESEPI ROTI CHEESE STICK CARA SHORT CUT
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahannya

4 cawan tepung gandum
4 sudu besar minyak masak
4 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar bread softener

*1 sudu besar yis segera
*1 cawan air
*2 sudu besar susu pekat manis
Bahan bertanda * dicampur dan dikacau kemudian dibiarkan sehingga berbuih

Cara-cara membuatnya

Mehler kita mengerjakannya..


Langkah 1
Campurkan air suam, susu pekat manis dan yis segera di dalam bekas. Kacau sedikit. Biarkan hingga kembang. Ketepikan.


Langkah 2
Sementara itu, ambil satu mangkuk adunan. Masukkan tepung gandum, gula, garam, minyak, baking powder dan bread softener. Gaul sebati hingga menjadi serbuk roti.


Langkah 3
Buatkan lubang di tengah-tengah.

Mak Hencik tengok yis dalam bekas belum kembang berbuih. Jadi Mak Hencik biarkan dulu.


Keadaan campuran yis selepas 30 minit agaknya. Tak perasan berapa lama. Tinggal- tinggal.. Tengok-tengok dah berbuih.


Langkah 4
Tuangkan campuran yis tadi ke tengah-tengah adunan. Ulilah sampai membentuk adunan yang tak melekat di tangan. Agak-agaklah ya.


Adunan yang sudah diuli dengan tergesa-gesa sebab lepas ni nak keluar pulak.


Langkah 5
Tutup adunan dengan penutup yang sesuai. Biarkan sehingga kembang. Kata orang, kembang sekali ganda.


Langkah 6
Sampai sahaja di rumah, terus buka penutup. Tengok-tengok seperti gambar di atas. Masa ni ler baru perasan tak letak satu bahan untuk buat roti.. Adusss jadi ke ni.. jadi ke ni..


Langkah 7
Tumbuk tumbuk adunan sampai kembali penyek. Kemudian keluarkan dari mangkuk adunan dan letakkan atas tikar hikmat untuk menguli.

Mak Hencik tambah sesudu dua tepung sebab melekat-lekat kat tangan dan uli lagi, lagi dan lagi.


Inilah hasilnya..


Langkah 7
Bahagikan kepada 12 ketul. Kemudian bulatkan memanjang.

Tak sempatlah Mak Hencik nak timbang-menimbang atau sukat menyukat. Main agak-agak jer la ya uols!


Panggil anak-anak minta mereka buatkan. Seronok bukan main lagi. Bentuk pun macam-macam. Ada panjang, ada pendek. Gemuk, ramping. Hehe


 Susu pekat dan sedikit air dibancuh sebagai pelekat.


Mozarella dan chedar cheese yang diparut



Langkah 8
Panaskan oven 180°C sementara kita sapukan bancuhan susu pekat dan tabur cheese atas roti.


Langkah 8
Masukkan dalam oven dan bakar selama 20 minit atau ikut ragam oven masing-masing.


                         Mengintai-intai..


Langkah 9
Bila roti stick sudah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan.




Langkah 10
Nahhh! Inilah hasilnya. Boleh tahan Juga sedapnya. Lembut pun lembut juga. Sangat sedap dimakan dengan sup ayam cendawan. Resepi sup ayam cendawan di SINI

Jemput makan..

Bismillah..