Semua wanita atau lelaki sama ada cantik atau tak cantik, hensem atau tidak hensem, perlu simpan resepi ini... Jika anda minat membuat kek. πππ
Mak Hencik simpan resepi ini semua di sini untuk kemudahan rujukan kita semua. Simpan kat sini confirm tidak hilang, malah senang dicari.
Setuju tak?
<3 11 Resepi Topping Coklat <3
RESEPI TOPPING COKLAT 1
Bahan-bahan:
2 sudu marjerin
3 sudu besar susu cair @ air panas
1/2 cwn serbuk koko
4 sudu besar susu pekat
Cara-cara'y:
1.Masak cara double boiler
2.Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg telah sejuk..
RESEPI TOPPING COKLAT 2
Bahan-bahan:
150gram coklat masakan
35gram susu cair
1sudu kecil butter
Cara-cara'y:
1.Masak secara double boiler
2.Biarkan sebentar & curahkan di atas kek yg telah sejuk..
RESEPI TOPPING COKLAT 3
Bahan-bahan:
1/2 cawan koko
1/2 cawan susu
1 sudu besar minyak masak
Cara-cara'y:
1. Masak kesemua bahan atas api perlahan
2. Biarkan sebentar & curahkan di atas kek yg telah sejuk..
RESEPI TOPPING COKLAT 4
Bahan-bahan:
250gram coklat masakan (potong kecil-kecil)
1sudu besar majerin/butter
130ml double cream atau whipping cream
gula halus secukup rasa (optional)
Cara-cara'y:
1.Cairkan coklat secara double-boiler
2.Alihkan dari api, kemudian masukkan majerin, gula dan cream..Kacau sehingga sebati..
3.Curahkan atas kek..
RESEPI TOPPING COKLAT 5
Bahan-bahan:
1/2 bar coklat masakan
2 sudu besar butter
1/2 sudu besar gula halus
Esen vanilla beberapa titik
Cara-cara'y:
1.Masak secara double boiler
2.Biarkan sebentar & curahkan di atas kek yg telah sejuk..
RESEPI TOPPING COKLAT 6
Bahan-bahan:
200gram coklat masakan
2 sudu besar susu pekat
6 sudu besar air panas
Cara-cara'y:
1.Masak secara double boiler
2.Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg telah sejuk..
RESEPI TOPPING COKLAT 7
CHOCOLATE GANACHE:
450g Coklat - potong kecil
300g Cream - (heavy cream/thick cream/whip cream)
Masukkan ke dalam periuk kecil & masak dengan api kecil sehingga coklat cair.
Sejukkan sedikit sebelum di sapu ke atas kek.
RESEPI TOPPING COKLAT 8
200 gm susu isian sejat
600 gm coklat masakan
1 sb madu atau mentega
Masukkan ke dlm periuk kecil & masak dgn api kecil sehingga coklat cair.
Sejukkan sedikit sebelum di sapu ke atas kek.
RESEPI TOPPING COKLAT 9
300 gm coklat masakan - potong kecil
200 gm UHT whipping cream
1 sb mentega
Panaskan cream hingga mendidih sedikit dan matikan api. Masukkan coklat dan kacau hingga coklat cair dan sebati. Masukkan mentega dan sebatikan
RESEPI TOPPING COKLAT 10
1 sb gelatin
150gm coklat bar - compound
1 biji kuning telur
2 biji putih telur
2 sb gula castor
200 gm whipping cream
caranya
Larutkan 1 sb gelatin dengan sedikit air panas.
Cairkan 150gm coklat bar. Guna kaedah double boiler.
Masukkan 1 biji kuning telur yg dah dipukul, butter 2 sb & gelatin. Gaul sebati. Ketepikan.
Pukul 2 biji putih telur dengan 2 sb gula kastor hingga bertanduk. Campur dlm adunan coklat guna kaedah kaup balik.
Pukul 200 gm whipping cream dan masukkan dalam adunan coklat.
Simpan dalam peti ais selama 2 jam sebelum digunakan
RESEPI TOPPING COKLAT 11
1/2 ketul buttercup
1/2 cwn serbuk koko
1/2 cwn susu pekat
Masak guna kaedah double boiler hingga sebati
DIHARAP RESEPI2 NI DAPAT MEMBANTU ANDA SEMUA CARA NAK BUAT TOPPING COKLAT YA..
π π
Kredit : Mok Niey
Masakan Ringkas. Resepi Mudah. Rasa yang pasti Sedap. Berkongsi menu harian yang lazat dengan langkah bergambar.
Isnin, 11 November 2019
Ahad, 10 November 2019
Kuih Lopes Ubi Kayu atau Poli Ubi Kayu
Rasa kenyal apabila digigit. Lemak dari kelapa parut dan manis gula melaka.. Alahaiii.. Nak lagi! Saper-saper yang nak.. Mai sini.
Lima ketul ubi kayu hasil titik peluh mak yang terakhir tu telah Mak Hencik parut dan masukkan ke dalam empat bungkusan plastik saiz sedang. Mak Hencik frozenkan dalam peti sejuk.
Hari ni Mak Hencik nak buat kuih. Jadi pagi tadi sebelum pergi kerja Mak Hencik keluarkan sebungkus dan letak dalam peti sejuk bahagian bawah tu.
Bila balik, bungkusan ubi kayu parut tu dah pun lembut dan boleh di teruskan operasi. Operasi buat kuih Poli Ubi kayu atau orang keyelll panggil kuih Lopes Ubi Kayu. πππ
Mak biasa buah kuih ni. Semoga Allah anugerahi mak tempat yang tertinggi di sisinya. Aamiin.
Kuih Lopes Ubi Kayu atau
Poli Ubi Kayu Kelantan
Oleh Dapur Cempakasari
Bahan-bahan
❤️2 cawan ubi kayu parut
❤️1/2 cawan air
❤️Sedikit pewarna kuning atau pewarna pilihan
Bahan-bahan bertanda ❤️ dicampur dan digaul sehingga sebati
Daun pisang secukupnya untuk membungkus
Bahan Salut
πKelapa parut putih
πSedikit garam
Bahan-bahan bertanda π digaul sehingga sebati.
Bahan air gula melaka
π2 keping nisan kerek sais kecil (kalau tak ada, gantikan dengan secawan gula merah timbang)
π1/2 cawan gula
π1 cawan air
πSehelai daun pandan disimpul
Semua bahan bertanda π dimasak sehingga hancur dan likat. Tahap kemanisan dan kelikatan boleh ubahsuai ikut citarasa.
Cara-cara menyediakannya
Jom.. Jom.. Kita buat kuih hari ini.
Sediakan bahan-bahan dahulu..
Mula-mula kita buat air gula melaka dahulu. Senang jer.. Kita leburkan nisan kerek atau gula perang, gula, air dan daun pandan simpul untuk effect wangi hihihi.
Dah hancur segala, pekat pun dah elok bagai, tutup api. Sejukkan. Tang daun pandan tu memang tak hancur nooo.. Sampai kiamat nunggu pun tak hancur... Huhuhu
Dah sejuk masukkan dalam bekas yang sesuai.. Yang mudah nak tuang ke atas kuih lopes nanti..
Langkah 1
Memarut ubi kayu..
Masukkan ubi kayu parut ke dalam bekas dan masukkan pewarna kuning sikit supaya kuih nampak berseri. Masukkan juga setengah cawan air. Gaul sampai rata.
Untuk makluman Mak Hencik tidak pernah pernah air ubi kayu tu ya. Ikut cara mak. Tak rasa pahit pun.
Langkah 2
Membungkus..
Lepas tu bungkus dengan daun pisang.
Kalau dok obersi tak jumpa daun pisang, boleh guna daun-daun lain yang original.. Kalau tak pun gunalah plastik atau aluminium foil.. π€π€π€ Sekadar cadangan.. Huhuhu
Dapatlah beberapa bungkus.
Sediakan kelapa parut.
Kelapa parut dicampur dengan sedikit garam. Gaul sebati. Kalau boleh ambil yang putih sahaja..
Langkah 3
Mengukus..
Susun bungkusan ubi kayu ke dalam pengukus beserta kelapa parut tadi.
Kukus selama 20 minit atau sehingga masak.
Bila sudah masak, tutup suis elektrik.
Keluarkan bungkusan ubi kayu dan buka. Wahhh! Cantik kekuningan rupamu. Allah.. Perasannya.. Hahaha
Ambil pisau dan potong kiub.
Haaa.. Ni dia.. Potong semua bungkusan tu pun boleh. Tapi kalau nak simpan, better potong bungkusan yang nak makan tu jer.
Kemudian salut dengan kelapa parut tadi.
Ambil beberapa ketul yang sudah comel bersalut kelapa tadi dan masukkan ke dalam pinggan. Curahkan air gula melaka kat atasnya.
Sedia untuk dinikmati. Haaa.. Apa di tunggu lagi.. Jom makan kawan-kawan..
Bismillah.. πππππ
Sabtu, 9 November 2019
Cara Pilih Ketam yang Berisi
Ramai tak antara hampa yang TERSILAP Beli KETAM2 ..ISI TAK PENUH ngan terbeli yg tak FRESH?
Nak tau tak camna kami pi market hari2 pilih ketam? Teruskan baca......
1. Waktu beli --
ha kalau nak Isi penuh tu beli waktu Bulan penuh -- ha ketam ikut bulan tu ..berisi la kebanyakkan nya..
Hampa picit2 skit tepi2 ketam tu rasa jari ampa terbenam tu ..isi kurang la tu...
2. Warna Ketam
tu kulit dia..cari hat nampak bersinar2..nampak pattern2 dia..warna biru2..Sepit dia tu ..fresh la tu..pastu kalau ketam bunga hat warna oren2 merah tu..cari hat warna dia oren terang lagi..
3. Cari Ketam hat berat2..
ada isi dalam -- jangan angkat rasa ringan ja..tak mau
4. Tengok belakang dia..
3 segi tu kan..kalau dah macam tercabut ka longgar ka tu..tak mau tu dah tak elok tu tak FRESH
5. Cari KETAM BETINA!
kot untung ada TELOR --- Ketam betina tengok belakang tu kan segitiga tu dia besar skit..hat jantan dia kecik ja ..tengok gambar ada bawah...rujukan
6. BAU -- cuba cium dia --- kakakkak.jangan la sampai kena..bau la maksud org kedah kata cium bau..hampa org luar kot satgi pi cium terok ketam tu...hahahha..bau wangi bau laut lagi ..mcm bau seeweds gitu..
7. Cari YANG CUKUP SIFAT
-Biasa kalau cukup sifat ni ada chance la dia masih Fresh -- kan..n sepit2 dia tu tak terkulai kulai...masi letak tu ..TEGAP gitu..
Hangpa cuba2 na nanti pi Market ka tempat juai2 ikan ka..hampa cuba cari yg paling elok...Moga Manfaat..share bagi tau kawan2 ramai2 manfaat
Kredit kepada D'perapi Tebengau via FB
Jumaat, 8 November 2019
Tepung Boko Ubi Kayu Gula Merah
Lemak dan manis. Seiring rasa.
Jangan lepaskan peluang untuk buat kuih yang mudah ini. Buat sendiri lebih jimat. Ingat.. Buat sendiri lebih jimat. Eh eh eh.. Macam buat iklan pulak nih. πππ
Ubi kayu ni saya bawa dari kampung. Ini adalah hasil cucuk tanam mak yang terakhir. Semoga Allah meletakkan mak di kalangan orang-orang yang beriman. Aamiin.
Adik ipar dan abang ipar gali ubi ni. Mulanya cuma ambil 2 pohon sahaja. Isinya banyak, Jadi kami offer kepada Mak Su Jah, jiran mak.
Mak Su Jah cadangkan supaya pohon-pohon ubi kayu yang lain pun digali semua. Sebabnya sikit-sikit lagi musim hujan nanti ubi akan rosak ditenggelami air.
Jadi, tanpa lengah Pak Su Di dan Abang Man pun memulakan operasi. Selepas menggali ubi-ubi kayu yang mak tanam, saya tengok mereka mencucuk semula batang-batang ubi kayu.
Hasil yang dituai agak banyak dan disedekahkan kepada jiran-jiran mak. Saya ambil beberapa batang untuk dibawa balik ke rumah saya.
Ubi-ubi kayu tu saya parut dan masukkan ke dalam plastik saiz sedang. Saya frozenkan dalam peti sejuk. Bila nak masak kuih, baharulah saya keluarkan.
TEPUNG BOKO UBI KAYU
(VERSI GULA MERAH)
Oleh Dapur Cempakasari
Bahan-bahan
2 cawan ubi kayu parut
1 sudu besar tepung ubi - tak letak pun takper
*2 sudu besar gula merah timbang - nak bagi warna gelap dan cantik
*2 keping nisan kerek saiz kecil
*1/4 cawan gula putih
*2 1/2 cawan air
*2 helai daun pandan - disimpul
Bahan-bahan bertanda * dimasak dan disejukkan
Bahan-bahan lapisan santan
1 cawan santan kotak
1 1/2 cawan air
1/2 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam
Cara-cara menyediakannya.
Jom.. Jom.. kita ke dapur.
Ubi kayu segar dari ladang.
Kopek kulit ubi kayu dan basuh bersih.
Parut ubi kayu. Mak Hencik guna mesin parut kelapa saiz mini.
Nisan. Bukan batu nisan. Ia sejenis manisan yang dibuat daripada nira kelapa. Rasanya manis. Nisse.. Orang Kelantan panggil..
2 kerek atau ketul nisan dimasak dengan air sehingga hancur. Bila sudah masak, sejukkan.
Apabila air nisan sudah sejuk, campurkan dengan ubi kayu yang telah diparut tadi. Gaul sehingga rata.
Masukkan ke dalam bekas kecil. Bubuh dalam separuh penuh sahaja.
Kukus selama 20 minit, atau sehingga masak. Ikut pengukus masing-masing.
Sementara itu kita sediakan lapisan atas, iaitu lapisan santan.
Masukkan santan, air, tepung beras dan sedikit garam. Kacau sehingga likat. Lepas tu tutup api.
Kita kembali kepada pengukus.
Bila lapisan ubi kayu sudah masak, keluarkan dari kukusan.
Cedokkan santan dan tuang ke atas lapisan ubi kayu tadi.
Lepas tu bolehlah ambil penutup dan tutup bekas plastik.
Nak makan terus boleh.. Nak simpan dalam peti sejuk dulu pun boleh..
Jom makan.
Bismillah..
Khamis, 7 November 2019
Cara Mengatasi Masalah Nasi Lembik
Kadang-kadang nasi yang kita masak menjadi lembik kerana terlebih air.
Jangan risau..
Nasi kita masih boleh diselamatkan.
Caranya ialah dengan meletakkan kepingan roti di atas nasi tadi dan biarkan lebihan air dalam nasi itu diserap oleh roti.
Hasilnya nasi akan menjadi elok dan boleh dimakan seperti biasa.
Kredit kepada Siti Nor Akma via FB Masak Apa Hari Ini.
π΅️SharingIsCaring
π΅️UntukManfaatSemuaOrang
Rabu, 23 Oktober 2019
Sambal Penyek yang Sedap
Pedas dan sedap!
Lama dah nak buat, tapi tak buat - buat juga sehinggalah menu ni lalu di wall FB. Melihat kenkawan berkongsi menu hidangan memberikan satu semangat dan inspirasi untuk membuatnya.
Sebenarnya hari ni, saya rasa sedih dan sayu sebab mak sangat tidak sihat. Keadaan mak sangat lemah.
Hari ni saya naik ambulans buat kali pertama menemani mak yang sakit tenat menuju ke hospital Raja Perempuan Zainab II.
Ya Allah.. Permudahkan urusan untuk mak. Kasihanilah mak sebagaimana mak mengasihi kami sejak kecil lagi.
Kurniakanlah redhaMu kepada ibuku wahai Allah..
RESEPI SAMBAL PENYEK
Oleh Dapur Cempakasari
Sumber resepi : Saidatul Akhmar via FB Bila Dapurku Berasap
Bahan-bahan
10 tangkai lada besar merah (Mak Hencik tambah 2 tangkai lada besar hijau)
12 biji cili padi - kalau nak pedas bolehlah tambah lagi
3 biji bawang putih
3 biji bawang merah besar - dibelah enam
3 biji tomato - dibelah enam
1 inci belacan - dibakar. (Mak Hencik tak letak)
3 sudu besar gula merah
1 ketul kiub ayam
Sedikit air asam jawa
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara membuatnya.
Jom menyambal..!
Mula-mula kita sediakan bahan-bahannya.
Lada besar, cili padi, bawang putih, bawang merah dan tomato.
Sedikit garam, gula merah, seketul kiub ayam dan air asam jawa.
Bahan-bahan yang dipotong-potong.
Dah siapkan bahan semua, dah bolehlah ambil kuali tenggekkan kat atas dapur.
Bubuh sedikit minyak dan campak bahan-bahan yang telah dipotong tadi. Amboii..bahasa. Sopan sikit ya, nak.
Bila bahan-bahan yang digoreng sudah kelihatan layu, mati kan api.
Angkat bahan-bahan tersebut dan toskan minyak.
Minyak tu jangan dibuang. Sekejap lagi kita guna untuk menumis pula.
Kemudian kita kisar bahan-bahan guna lebihan mintak tadi. Kisar tu tak perlu halus sangat.
Kalau nak lebih sedap, kenalah tumbuk. Ada bran?
Masukkan bahan kisar atau bahan tumbuk ke dalam bekas.
Seterusnya panaskan lebihan minyak tadi dan tumis bahan-bahan kisar atau tumbuk sehingga garing.
Kacau selalu supaya tidak hangus.
Kemudian masukkan gula merah, kiub ayam dan sedikit garam.
Kacau lagi sehingga naik minyak. Sempurnakan rasa dan tutup api.
Boleh dinikmati.. Lebihnya kita simpan dalam peti sejuk. Kalau nak makan, keluarkan dan panaskan guna microwave.
Jangan kutuk pula bila nampak minyak yang banyak ☝️☝️ macam boleh dibuat berenang tu ya. Keluarkan sahaja semua minyak tu..
Jom makan untuk hari ini..
Bismillah.. πππ
Selasa, 22 Oktober 2019
Seri muka pelangi
Katanya seri muka pelangi. Tapi tengok lah dah jadi seri muka apa.. Apa nak kata.. Ku ketawa ajer laaa.. πππ Korang pun marilah join ketawa sekali. πππ
Semua ni mungkin kerana Mak Hencik masukkan secawan air daun pandan menggantikan air. Jadinya warna merah dah jadi cekelat. Hihihi πππ
Tapi rasanya tetap sedap memukau selera. Ya ek? πππ Cuba lah..
Terima kasih saudari Aznati Azhar yang mengepost seri muka pelangi nya yang sangat cantik memikat pandangan mata di FBnya beberapa hari lepas. Awak beri saya inspirasi... Tapi I punya kuih talam tak cantik lakkk. Kalau awak tertengok nanti mesti awak tergelak. Sebelum tu biar saya gelak dulu lah ya. πππ
RESEPI SERI MUKA PELANGI
Oleh Dapur Cempakasari
Bahan-bahan
Lapisan bawah
2 cawan beras pulut
1 cawan santan
1 sudu kecil garam
Lapisan atas
2 cawan santan pekat
1 cawan air (Mak Hencik guna air daun pandan)
1 cawan gula
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kastard
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu kecil garam
3 pewarna pelangi pilihan
Cara-cara membuatnya
Jom kita menalam hari ini..
Beras pulut direndam 2 jam.
Toskan beras pulut dan masukkan ke dalam besen kecil. Masukkan 1 cawan setengah santan dan 1 sudu kecil garam. Gaul sehingga sebati.
Masukkan ke dalam loyang yang telah dioles dengan minyak dan dialas dengan plastik. Santan tu lebih sikit-sikit jer dari aras pulut.
Kukus pulut selama 20 minit.
Sementara itu kita buat lapisan atas.
Di dalam besen kecil, masukkan 2 cawan santan pekat dan 1 cawan air. Masukkan juga 3/4 cawan tepung gandum, 1/4 cawan tepung kastard, sebiji telur, Secubit garam dan esen vanilla. Kacau sehingga rata.
Sediakan kuali yang sesuai. Masukkan satu cawan gula. Kemudian kita tapis bancuhan tadi ke dalam kuali.
Buka api. Masak dan kacau bancuhan tadi menggunakan whisk sehingga naik wap. Tutup api. Biarkan dahulu sebentar.
Sementara itu pulut tadi sudah masak.
Angkat loyang yang mengandungi pulut dan keluarkan dari pengukus. Tekan pulut menggunakan alat yang sesuai supaya kemas.
Sesudah pulut sudah ditekan elok, masukkan semula loyang ke dalam pengukus tapi jangan pasang suis dahulu.
Kita sambung penyediaan untuk lapisan atas.
Bahagikan adunan kepada 3 bekas dengan 3 warna pilihan. Mak Hencik pilih warna hijau, kuning dan merah.
Tuang warna hijau. Tutup pengukus dengan penutup yang dibalut dengan kain. Kukus 10 minit.
Tuang pula lapisan kuning. Tutup pengukus. Kukus lagi 10 minit.
Akhir sekali tuang warna merah pula. Next time Mak Hencik kena bubuh pewarna merah banyak sikit supaya lebih menyerlah. Warna macam di atas tu☝️☝️nampak pudar dan tak menarik. π π π
Tutup pengukus dan kukus lagi 10 minit.
Akhir sekali, bila sudah masak buka tutup pengukus dan kukus lagi 5 minit tanpa penutup supaya kuih talam kita lambat basi.
Bila sudah cukup 5 minit, tutup suis pengukus elektrik dan keluarkan dari pengukus. Sejukkan.
Tunggu kuih betul-betul sejuk baharulah boleh dipotong menggunakan pisau plastik.
Siaplah kuih kita hari ini. Walaupun ada kesilapan warna, tapi it's all right..kita kan tidak sempurna.. π π π
Jom rasa sikit sorang..
Bismillah.. πππ
Langgan:
Catatan (Atom)