Memaparkan catatan dengan label Resepi ayam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi ayam. Papar semua catatan

Ahad, 26 Mei 2024

Ayam Masak Kicap Lada Hitam yang sangat sedap

Anak-anak tak suka makan ayam bahagian isi?! Dada ayam banyak tapi tak tau nak masak apa?! Cuba masak resepi ni.. ayam, kicap dan lada hitam. 

Makan pula dengan nasi putih panas-panas. Pasti aummmm!! Maunya habis sepinggan penuh.. tak pun dua pinggan, licin tak berbaki. 


Ayam Kicap Lada Hitam

Oleh Dapur Cempakasari


Bahan-bahan

1 ketul dada ayam bahagian isi - hiris nipis

1 biji bawang merah besar saiz sedang 

2 ulas bawang putih

2 hiris halia

(Bawang merah, bawang putih dan halia ditumbuk/dikisar)

2 sudu besar cili kering kisar

1/2 cawan kicap manis

2 batang serai - diketuk

1/2 biji bawang besar - dihiris kasar

1 - 2 tangkai lada hijau besar

1 sudu kecil sos tiram

1/2 sudu kecil serbuk lada sulah

1/2 sudu kecil serbuk lada hitam

1 biji tomato - dibelah empat/enam, ikut sesuai

Garam, gula merah dan serbuk pati ayam

1/2 cawan air

Sedikit minyak untuk menumis


Jom.. jom kita ke dapur.


Cara menyediakannya


πŸ’Ÿ Isi ayam dihiris nipis. Basuh bersih dan toskan. 

Kalau nak gantikan dengan daging atau seafood pun sedap. Ikut suka hangpa la nak bubuh apa, takde masalah.


πŸ’ŸBawang merah besar, bawang putih dan halia ditumbuk kasar.

Kalau nak guna chopper ke.. blender ke.. nak cincang guna pisau pun boleh. Ikut suka hangpa la.. takde masalah.


πŸ’ŸPanaskan sedikit minyak.

πŸ’ŸTumis bahan yang ditumbuk bersama 2 sudu besar cili kering kisar. Kacau sehingga bahan tumisan masak dan berbau wangi.


πŸ’Ÿ Pastu masukkan isi ayam. Gaul rata.


πŸ’ŸMasukkan kicap manis.


πŸ’ŸMasukkan setengah cawan.


πŸ’Ÿ Masukkan bahan perasan seperti garam, gula merah, serbuk perasa ayam, serai yang diketuk, cili besar hijau yang dihiris, bawang besar hiris, tomato hiris dan sos tiram.


πŸ’ŸMak Hencik tambah kicap lagi sikit sebab tak hitam hi3.


πŸ’ŸKacau sekali-sekala. Biarkan mereneh dan pekat. Bila dah pekat kuahnya, bolehlah diangkat. 


πŸ’Ÿ Masukkan dalam pinggan hidang.


πŸ’ŸBolehlah dimakan bersama lauk-pauk lain.

Kalau nak makan lauk ni sajer pun ok. Takde masalah. Ikut suka hangpa laa. 
😁😁😁

Jom makan kawan-kawan. Bismillah..


Selasa, 13 Mac 2018

Ayam Masak Sos Black Pepper

Antara masakan lauk ayam yang boleh dicuba. Rasanya enak dengan cara penyediaan yang cukup mudah. πŸ—πŸ—πŸ—



Untuk hasil masakan yang sedap, pilihlah sos lada hitam yang sedap. Kalau sos lada hitam yang kita guna tu kurang sedap, maka hasil masakan kita pun jadi kurang sedap. Jadi, pilihlah sos lada hitam yang sedap supaya masakan kita menjadi sedap. Kalau sos lada hitam yang kita guna tu kurang sedap, maka hasil masakan kita pun akan jadi kurang sedap. Jadi pilihlah sos lada hitam yang sedap supaya hasil masakan kita menjadi sedap. Oi oi oi berapa kali nak ulang ni oiiii. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚


RESEPI AYAM MASAK SOS BLACK PEPPER
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

12 ketul ayam - dipotong sederhana besar
1 biji bawang merah besar - dihiris nipis
2 ulas bawang putih - dihiris nipis
2 biji lada hijau - dipotong serong
1/2 biji bawang besar Holand - dipotong wedges
1/3 cawan sos lada hitam
1 sudu besar sos tiram
1 cawan air
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh serbuk lada hitam
Minyak secukupnya untuk menumis dan menggoreng

Cara-cara menyediakannya

Jommmmmm kita ke dapur


Ketulan ayam digaul dengan sedikit serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam. Kemudian goreng sehingga masak.


Ayam yang sudah digoreng, ketepikan seketika.



Hiris bawang putih dan bawang merah besar. Potong serong lada hijau.


Sos black pepper


Langkah 1
Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga layu.


Langkah 2
Masukkan sos lada hitam. Gaul sehingga sebati.


Langkah 3
Masukkan pula sedikit air. Masukkan sos tiram. Kacau lagi sehingga rata


Langkah 4
Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sehingga rata. Biarkan kuah mendidih seketika.


Langkah 5
Akhir sekali masukkan lada hijau yang telah dipotong serong dan bawang besar Holand yang dihiris. Kacau lagi.

Mak Hencik tidak masukkan garam dan gula kerana rasanya sudah sedap secukup rasa.


Bila sudah masak, bolehlah ditutup api.


Langkah 6
Masukkan hasil masakan kita ke dalam mangkuk hidangan. Sedia untuk dinikmati..

Jemput makan kawan-kawan

Bismillah..

Buah longan buah kuini,
Mari dimakan di tepi kali,
Siap hidangan untuk hari ini,
Ayam masak sos lada hitam, mudah sekali.

Isnin, 5 Mac 2018

Kari Ayam Nasi Berlauk

Melepas kerinduan pada nasi berlauk ayam dengan masakan ini. 😍😍


Terima kasih Azy belikan rempah gulai kari ayam dan daging ni di Pasar Machang. Rempah kari ni betul-betul rasa gulai Kelantan.

Kalau uols berkunjung ke Kelantan, bolehlah beli rempah kari cenggini yang biasanya dijual di pasar. Ia dijual secara timbang. Nak berapa ringgit, nanti penjual akan timbang.

Rempah yang dijual bukan hanya kari sahaja tetapi merangkumi pelbagai rempah masakan lain seperti kerutub, kurma, kari ikan, gulai dalca, gulai darat, kuzi, gulai terung dan lain-lain lagi lah. Kita cuma kena sediakan duit sahaja. 😊😊


RESEPI KARI AYAM NASI BERLAUK
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

1/2 ekor ayam
4 sudu besar menimbun serbuk kari - dibancuh dengan sedikit air
2 biji bawang putih - dihiris
7 biji bawang merah - dihiris
1/2 inci halia - dihiris halus
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 inci kulit kayu manis
1 cawan santan pekat
3 cawan air
2 biji lada hijau
Garam dan manisan kerek secukupnya.
Sekiranya tiada manisan kerek, boleh ganti dengan gula.
Air asam jawa secukupnya
Minyak untuk menumis

Jom sedia bahan-bahan

Antara bahan-bahan untuk memasak.


Rempah tiga sekawan seperti kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih. 
Bawang putih, bawang merah dan halia hiris.


Serbuk rempah kari dicampur dengan sedikit air


Air asam jawa

Cara-cara menyediakannya


Langkah 1
Panaskan minyak. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih.


Langkah 2
Tumiskan pula bawang putih, bawang merah dan halia sehingga layu.


Langkah 3
Masukkan pula bancuhan serbuk kari. Kacau seketika sehingga kering air.


Langkah 4
Masukkan pula ayam. Kacau sedikit biar ayam menyaluti kari.


Langkah 5
Apabila air ayam sudah hampir kering, masukkan air asam jawa. Gaul rata.



Langkah 6
Akhir sekali masukkan santan, garam, gula dan lada hijau. Biarkan kuah mendidih merenih sehingga isi ayam masak dan kuah pekat.


Langkah 7
Bila sudah masak, bolehlah tutup api dan hidangkan. Nasi berlauk ayam ni sedap dimakan dengan sambal belacan dan ulam timun.

Bismillah..

Nenek tua suka menganyam,
Datuk pula memburu rusa;
Makan nasi berlauk ayam,
Pastinya sedap memikat rasa.