Bancuh-bancuh, tapis, kukus dan tinggal 30 minit.. Dah siap!
Masa makan semasa jamuan hari tu, rasa sedap sangat kuih ni. Betullah kata orang, benda yang percuma.. ada orang tolong buatkan.. memang sedap! Hihihi.
Bila dah lapang hari ni, gigihla Mak Hencik mencari resepi. Ternyata resepi mudah dibuat. Sekali buat, terus jadi. Cumanya resepi asal Che Nim takde kicap, tapi resepi ni Mak Hencik tambah kicap untuk menggelapkan warna dan menaikka rasa lemak kottt. Hihihi
RESEPI KUIH KASWI YANG SEDAP
Oleh Dapur Cempakasari
Bahan-bahan
Bahan A
2 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula
1 helai daun pandan - dicarik dan disimpul
Bahan B
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
3 cawan air
2 sudu besar air kapur
2 sudu besar kicap manis
Sedikit garam
Bahan C
Kelapa parut putih
Sedikit garam
- Gaul rata
Cara-cara membuatnya
Jom.. jom kita mulakan..
,π° Kesemua bahan A iaitu air, gula merah dan gula dimasak sehingga gula hancur. Jangan lupa masukkan daun pandan supaya kuih berbau wangi.
π° Dah hancur segala, sejukkan kemudian tapis ke dalam sebuah bekas.
π° Masukkan semua bahan B iaitu tepung gandum, tepung ubi, air, kicap, air kapur dan garam.
π° Kacau sehingga rata dan tidak berbintil.
π° Sediakan loyang. Sapu dengan sedikit minyak.
π° Tuang adunan ke dalam loyang.
π° Cadangan saiz loyang ialah 8'X8' atau 9'X9'
π° Kukus selama 30 ke 40 minit, atau sehingga kuih masak.
π° Boleh cucuk bahagian tengah kuih dengan lidi atau pencucuk kek tu (entah apa laa orang panggil benda alah tu). Kalau dah licin tu maksudnya dah masak. Kalau belum masak, jawabnya kena sambung kukus semula.
π° Bila dah masak, keluarkan dari loyang. Wajib sejukkan dahulu sebelum dipotong.
π°Kalau nak makan pagi sebagai sarapan, malam dah boleh buat. Pastu sejukkan.
π°Lepas tu kukus pula kelapa parut putih yang dicampur dengan sedikit garam. Kukus dalam 10 minit supaya kelapa tahan lama dan lambat basi.
π°Ni kuih yang dah sejuk. Bolehlah potong ikut citarasa masing-masing.
π° Lepas tu, salutlah dengan kelapa parut tadi.
π°Hidangkan dan bolehlah dimakan.
π° Mmm.. sedapnya. Jemput makan sahabat semua..
π° Bismillah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan