Kesedapan yang tidak dapat digambarkan oleh lukisan! Hanya dapat ditunjukkan oleh nasi dalam periuk yang berkurang!π€π€π€
Rempah kuzi ni Mak Hencik tempah dari kawan, Azy. Azy pula minta mak dia kirimkan dari Kelantan. Kalau nak mudah, boleh juga kalau kita beli secara online seperti di Shopee dan Lazada.
Ini adalah kali pertama Mak Hencik masak kuzi. Pak Hencik tak berapa suka masak kurma, jadi Mak Hencik ingatkan dia tak sukalah kuzi ni. Tapi bila diperhatikan Pak Hencik suka makan daging beryani. Kuzi ni kan macam adik beradik kurma dan beryani, jadi Mak Hencik rasa nak cuba masak kuzi pulak.
Kuzi ni sebenarnya masakan kegemaran seseorang yang istimewa pernah hadir dalam hidup Mak Hencik. He is such a sweet and gentleman. Good man will certainly live in full of happiness with family and friends around. Yes, I hope you do..
Oleh Dapur Cempakasari
Bahan-bahan
1/2 kg daging, dipotong sebesar 3 jari. (Rebus dahulu dalam pressure cooker supaya daging empuk dan lembut. Air rebusan simpan)
3 biji bawang putih, dihiris
1 biji bawang merah besar saiz sederhana, dihiris
3 hiris halia, dimayang halus
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 tangkai bunga cengkih
2 biji buah pelaga
4 sudu besar rempah daging kuzi
1 cawan susu sejat
2 cawan air rebusan daging
1 biji kentang, dibelah 4
1 biji tomato π
dibelah 4
Segenggam biji gajus
Sedikit saffron, jika ada.
1 sudu besar minyak sapi untuk menumis
Garam dan gula secukupnya
Cara-cara menyediakannya
Jom.. jom.. kita ke dapur.
Ni adalah rempah kuzi yang Mak Hencik beli. Harganya RM10 sahaja. Manakala yang kaler maroon tu adalah saffron, harga RM5 sahaja. Kalau tak ada saffron tu tak payah bubuh ya. Tapi penjual rempah tu pesan, kalau nak kuzi lagi sedap, kena la bubuh. Hihihi. Baiklah mak cik, ai pollow yuu... Muah mak cik rempah!
π4 sudu besar rempah kuzi dibancuh dengan sedikit air, kacau sampai sebati. Ketepikan.
πHiris bawang putih, bawang merah dan halia. Ketepikan
Rempah 4 sekawan, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan 2 biji buah pelaga.
Meh Mula..
ππ Panaskan minyak sapi. Masukkan rempah 4 sekawan dan bahan hiris seperti bawang putih, bawang merah dan halia.
ππTumis sehingga kekuningan dan naik bau.
ππ Kemudian bila bawang sudah kekuningan, masukkan bancuhan rempah kuzi. Kacau sehingga pekat dan naik minyak.
ππBila dah naik minyak, masukkan ketulan daging yang direbus tadi. Kacau rata. Lepas tu masukkan sekali air rebusan daging.
ππ Masukkan juga susu sejat, kentang dan juga tomato. Susu cair tu boleh digantikan dengan santan pekat
ππBiarkan kuah menjadi pekat sambil dikacau sekali-sekala.
ππJangan lupa masukkan garam. Ada orang suka masukkan serbuk perasa atau serbuk sedap megi dan sewaktu dengannya pun boleh masukkan sekali, ikut citarasa memasingla yea..
oh ya.. ada juga yang suka bubuh gula, jadi bubuhlah kalau suka.. jangan condemn ya, kena hormat cara orang memasak ni. Yang penting, jangan bergaduh pasal masakan.. πππ
Satu lagi.. kalu guna susu sejat tak perlu letak gula dah sebab susu sejat tu dahde rasa manis.
ππ Jangan lupa pula bubuh biji gajus tuuu..
ππBila dah pekat kuahnya, bolehlah tutup api.
ππHidangkan dalam mangkuk hidang. Bolehlah dimakan bersama nasi putih atau nasi minyak atau nasi beryani. Nak cicah dengan roti keping pun sedap. Makan dengan roti jala pun sedap. Ishhh.. semua sedap yea.. hihihi
ππ Bismillah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan