Yum yum yum
Pagi tadi semasa on the way dari Seremban nak balik rumah ternampak orang jual lemang. Pak Hencik tak sempat bak berhenti sebab dia rushing nak pergi kerja.
Bila sampai di rumah, selesai sahaja memasak untuk hidangan tengahari tiba-tiba timbul idea nak buat lemang paper cup yang viral dalam group masakan popular tu.
So, kita on jer projek hari ini.
Jommmm...
Oleh Dapur Cempakasari
Bahan-bahan
1/2 kg beras pulut susu
4 cawan santan sederhana pekat
Garam dan gula secukup rasa
Acuan lemang
Paper cup secukupnya
Daun pisang - kalau ada daun pisang yang muda lagi elok.
Cara--cara membuatnya
🌿Basuh bersih beras pulut dan rendam sekejap. Dalam 10-15 minit gitu.
🌿Sementara tu, sediakan paper cup. Alas semua paper cup dengan daun pisang.
🌿Pandai-pandai lah korang buat ya. Janji paper cup tu dialas dengan daun pisang. Heeee
🌿Sediakan pula santan sederhana pekat dan di campur dengan garam serta gula secukup rasa.
🌿Kalau nak bubuh garam sahaja pun tak per tapi orang kata kalau nak naikkan rasa masin kena bubuh gula sikit.
🌿Kembali kepada pulut tadi. Sekarang kita buang air rendaman dan toskan pulut.
🌿Lepas tu kita ambik sudu yang sesuai dan sudukan beras pulut ke dalam paper cup tadi. Bubuh 3/4 penuh.
🌿Bila dah siap isikan beras pulut, sekarang kita masukkan santan pula.
🌿Tuang santan sama paras dengan aras beras pulut.
🌿Lepas tu kita hentak sikit paper cup tu. Kalau buat lemang betul kita hentak sikit kan.. Supaya pulut tu padat kan.
🌿Seterusnya kita susunlah paper cup lemang kita tadi dalam pengukus elektrik.
🌿On kan suis. Letak timer 40 minit. Sebelum tu isi dulu air dalam pengukus tu ya. 😁😁😁
🌿Sambil tu bolehlah masak rendang atau buat kerja lain seperti pergi mandi, pergi makan, lipat kain-baju, basuh pinggan-mangkuk, lap meja dan pelbagai macam kerja lagi yang kita orang pompuan ni kena buat. Huhuhu
🌿Kejadian selepas 40 minit. Nampaknya macam jadi laaaa. Allah.. Sukanya. Berbunga-bunga rasa di hati. 💃💃💃
🌿Setelah tunggu sejuk sikit, baharulah kita keluarkan dari paper cup.
🌿Apa lagi.. Ambik pisau dan potong lah macam potong lemang.
🌿Wahhh.. Besarnya diameter lemang. Gred AAA gitew.. Perghhh!
🌿Jom ler kawan-kawan. Makan sama-sama. Lemang dan rendang ayam.
🌿Bismillah..
🌿Sedap rupanya. Ada rasa macam lemang!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan