Khamis, 30 Mei 2019

Kek Coklat Lembap Moist dan Mudah

Cara yang paling mudah untuk menyediakannya! Tak perlu mixer. Tak perlu blender. Godek-godek sahaja guna whisk. Huhuhu


Resepi yang banyak tersebar di laman media sosial. Ramai juga yang telah mencuba dengan jayanya. Hurm.. Mak Hencik dah lama sangat tak membuat kek coklat kukus ni. Tapi hari kita kita cuba buat. Confirm jadi punya. Hehehe


Kebetulan juga Pak Hencik request kek coklat lembab ni sempena hari jadinya pada 24 Mei. Walaupun hari tu jatuh pada pertengahan bulan puasa, tak apa.. kita buatkan juga. Mengembirakan orang itu satu ibadah, apatah lagi insan yang paling rapat dengan kita, iaitu suami dan anak-anak. Ya dak?



KEK COKLAT LEMBAB KUKUS
oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan kek coklat

2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula halus
1/2 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair @ susu sejat, didihkan (kalau takde gantikan jer dengan air)
1 cawan serbuk koko
1 cawan milo, jika suka boleh tambah 
4 biji telur 

Bahan-bahan topping coklat

2 cawan coklat coin beryls
1 cawan whipping cream
2 sudu besar mentega


Cara-cara membuatnya

Jom....




Antara bahan-bahan yang digunakan. Tepung naik sendiri, gula halus, susu pekat manis, serbuk coklat, minyak masak dan telur.



1. Didihkan secawan susu cair.



2. Sediakan bekas yang sesuai. Masukkan gula halus, susu pekat manis, telur dan serbuk koko. Kacau sehingga rata.




3. Masukkan susu cair yang panas mendidih tadi. Kacau lagi.



4. Masukka tepung naik sendiri sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.



5. Akhirnya masukkan minyak masak dan kacau sehingga rata dan sebati.

*Kalau guna pengukus dapur gas, masa ni dah boleh panaskan pengukus.



6. Sediakan loyang 9 inci. Sapu minyak di sekelilingnya. Mak Hencik alas dengan plastik juga supaya mudah ditanggalkan nanti.



7. Tuang adunan kek coklat ke dalam acuan.



8. Masukkan ke dalam pengukus dan tutup dengan aluminium foil supaya air tidak menitis ke dalam kek. Kukus di dalam pengukus selama 40 minit atau sehingga masak.

*Boleh juga balut penutup pengukus tu dengan kain untuk elakkan air menitis ke dalam ke.



9. Setelah masak, bila sudah sejuk sikit, keluarkan kek dari loyang. 

Sementara itu kita buat toppingnya pula.


9. Gunakan kaedah double boiler. Masukkan air ke dalam periuk, lepas tu letakkan pula pan kat atasnya. 

Di dalam pan, masukkan 2 cawan coklat coin, 2 sudu besar mentega dan 1 cawan whipping cream. Biarkan diorang cair sesama sendiri. Kacaulah sikit kalau rajin ya.



10. Dah cair segala, biarkan sejuk sikit. Bila sejuk, ia akan jadi pekat sikit. Senanglah kita nak tuang atas kek nanti.



11. Dah agak-agak sesuai dah masanya, kita curahkan ajer ke atas kek coklat tadi. Hiaslah dengan hiasan yang disukai. Mak Hencik pula hias dengan marshmellow, rembat yang anak punya. Hihihi.

Dah siap dah.. Tunggulah waktu berbuka, baru boleh makan.

Sambil-sambil membaca buku,
mari makan kek coklat;
Selamat hari jadi buat suamiku,
Semoga bahagia di dunia dan akhirat..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan