Jumaat, 31 Mei 2019

Biskut Semperit Klasik

Sangat mudah untuk membuatnya. Dah tentu-tentu jadi! 😜😜😜


Lagi tinggal beberapa hari lagi nak raya. Kebetulan pula cuti sekolah. Hah! Apa lagi.. Anak-anak.... Jom buat biskut raya. Tadi korang kata bosan, kan. 😁😁😁


Biskut bunga dahlia atau samperit  ni banyak versi. Tahun ni kita berkenan dengan resepi dari Facebook, biskut samperit klasik. Biskut ni rangup dan tidak berderai. 👍👍


Biskut Samperit Klasik
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

250 gm mentega
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastard
1 cawan tepung jagung
1 cawan gula halus
1 sudu kecil esen vanila
2 biji kuning telur
Sedikit pewarna merah, jika suka.

Hiasan
Coklat cip atau ceri atau ikut kegemaran memasing.

Cara-cara membuatnya

Jom..


Di dalam mangkuk adunan, masukkan gula kastor, mentega, kuning telur dan esen vanilla. Kacau rata menggunakan sudip.


Kemudian masukkan tepung kastard, tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil digaul sehingga rata.


Adunan dibahagi dua. Satu bahagian di letak pewarna merah. Satu bahagian lagi dibiarkan warna asal.

*biskut ni asalnya warna kuning, tapi sajer jer nak kelainan warna. Hehe


Nak bagi mudah, cantumkan adunan seperti di atas 👆👆. Lepas tu masukkan dalam acuan samperit. Nak yang pecah 6 ke 8 ke 15 ke suka hati uols.


Tekan ya jangan tak tekan. 😀😀


Letak hiasan di atasnya.

*Biarkan selama 30 minit sebelum dibakar supaya kelopaknya tidak jatuh nanti.


Panaskan oven pada suhu 180°C selama 10 minit. Kemudian bolehlah bakar selama 25 minit atau ikut ragam oven masing-masing.


Bila sudah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan sedikit sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.


Inilah hasilnya hari ini. Kudapan di hari raya nanti.

Selamat menyambut aidil fitri
Maaf zahir dan batin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan