Sabtu, 1 Jun 2019

Biskut Cornflakes Madu

Mudah untuk di sediakan.. Dan mudah habis!


Ni biskut pebret anak-anak. Maka setiap kali beraya, inilah antara biskut wajib yang akan dibuat. Atau lebih tempat lagi, mereka yang buat! 😀😀

Lepas buat tu simpan di tempat yang selamat supaya selamat wujudnya pada hari raya. Kalau tidak nanti bila tiba hari raya karang, biskut ni dah selamaaaat jalan. 😅😅😅

Biskut ni juga adalah kegemaran PrettyZiela, kawan Mak Hencik. Pernah terjadi semasa beraya di rumah saudara sambil bersembang tu di ambil biskut ni dengan bekasnya sekali. Alih-alih dah habis bersembang, bekas dah tinggal kosong di'sapu'nya. 😁😁😁


Biskut Cornflakes Madu
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahannya

1 kotak besar cornflakes
3/4 daripada 250 gm mentega
1/2 cawan madu
5 sudu besar gula (membukit)
Paper cup secukupnya

Hiasan
Coklat rice warna-warni atau apa-apa yang sesuai ikut kegemaran masing-masing

Cara-cara menyediakannya.

Jom...


Antara bahan-bahan yang digunakan.


1. Masukkan cornflakes ke dalam bekas yang besar dan sesuai untuk menggaul. Biarkan.

2. Masukkan mentega, gula dan madu ke dalam kuali dan buka api. Biar kan mentega cair sambil dikacau sehingga sebati. Bila sudah cair mentega dan sebati adunannya, tutup api.


3. Tuang ke dalam bekas yang berisi cornflakes tadi. Hati-hati semasa menuang sebab panas tu beb! Lepas tu kacau guna senduk kayu ke senduk besi ke.. Ada ku kesah?! Hahaha

Bila dah rata segala, berhenti lah mengacaunya ya. Tak perlu tunjuk over rajin pula ya.


4. Sementara tu sediakan paper cup yang kecil tu.


5. Sudukan ke dalam paper cup secukupnya. Jangan bubuh sikit sangat pulak. Nanti nampak nau kau tu taik hidung masin. Jangan buka aib sendiri tu ya. Ehe he he. Jangan bubuh banyak sangat pula, nanti nampak pula kau tu pemboros. (pulak dah 😅😅😅)


6. Lepas tu tabur dengan hiasan yang disukai. Mak Hencik guna coklat rice warna-warni.

*panaskan oven selama 10 minit pada suhu 180°C


7. Bakar dalam oven selama 10 minit.


8. Keluarkan dari oven dan sejuk kan sebentar sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.


Jangan lupa sorok kan di tempat yang selamaaaat.

Selamat hari raya..
Maaf zahir dan batin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan