Rabu, 15 Ogos 2018

Apam Pisang Mudah Sangat

Resepi apam pisang yang sungguh mudah. Kalau tak percaya, cubalah!


Lamanya tak buat kuih, bisik hati kecil ini. Kebetulan pula ada pisang lebu (masak ranum dan lebam) dalam peti sejuk. Di wall FB pula lalu-lalang resepi apam pisang. Jadi bolehlah dikatakan ilham dari Allah untuk buat kuih ini.. He he he



Buah pisang ni kalau tiada, sibuk nak pergi membelinya. Nak buat makanlah, nak buat stoklah.. Bila dah ada pisang nih, hanya dimakan sebiji dua sahaja. Lepas tu tersadai dalam peti ais. Dari segar lama-lama jadi lebu atau masak ranum..



RESEPI APAM PISANG
Oleh Dapur Cempakasari
Resepi asal :  FB Azlina Ina Fan

Bahan-bahannya

*2 cawan tepung gandum
*1 sudu kecil baking powder
*2 sudu kecil soda bikarbonat
Bahan bertanda * diayak

**1 cawan gula pasir
**1 cawan minyak masak
**1 cawan pisang lenyek sedikit - diperap setengah jam supaya urat cantik. Tapi ku tak perap pun. Huhu
**1 sudu kecil esen vanila
**2 sudu besar serbuk Milo - jika suka. Tak suka tak payah
**3 biji telur
**1 sudu kecil jus limau - tak letak pun..
** sedikit garam
Semua bahan bertanda ** dikisar.

Cara-cara menyediakannya.

Moh ler kita..



Mula-mula lenyek pisang sehingga hancur. Sukat sebanyak 1 cawan. Kalau rasa pisang tu tak hancur lagi, ha.. Campak jer dalam mesin pengisar.



Kemudian kisar pisang tadi, gula, telur, milo jika suka, jus limau, sedikit garam dan esen vanilla. Agak-agak gula tu separuh hancur jer.



Lepas tu tuang bahan kisar bersama pisang tadi ke dalam bekas yang mengandungi tepung gandum yang telah diayak dengan baking powder dan soda bikarbonat. Gaul sehingga sebati. Guna sudip jer.. lepas tu biar kat situ sekejap.. Kita urus acuannya pula.



Acuan tu kita carilah yang sesuai dengan jiwa raga kita.Kita selongkarlah kabinet dapur kita.. cari.. cari.. cari kat mana ler ku letak acuan-acuan tu semua.. maklumlah kita buat kuih ni setahun atau dua tahun sekali. 

Dah kita jumpa acuan tu, tengok keadaan fizikalnya. Pastikan bersih, suci dan murni. Kalau ada tanda-tanda dinodai oleh haiwan-haiwan nakal, maka wajib atas kita untuk membasuh dan membersihkannya..lepas tu, kita oles acuan dengan minyak masak.

Tips Mak Hencik : simpan acuan yang telah dibersihkan dan dikeringkan dalam bekas plastik tertutup. Keadaannya akan kekal bersih, suci dan murni. Eke ke ke ke..



Lepas tu masukkan bahan yang digaul tadi. Pandai-pandailah nak guna apa. Janji masuk elok dalam acuan dia. Heeeee



Pasanglah api pengukus. Mak Hencik set timer 20 minit. Mak Hencik letak aluminium foil kat atas apam supaya tidak terkena wap air yang menitis..



Owhhh.. Nampak apam dah kembang tu. Owhhh.. So sexy!



Bila sudah masak, tutup api. Buka penutup pengukus. Selak aluminium foil tadi. Eiiii..geram pula nengoknya.



Uish! Cantik sangat kejadian kamu.. Semuanya kembang dan menonjol dari acuan. Suka! suka! suka! 

Cuba tengok awak punya apam pisang tu.. sama kan kejadiannya..!



Bila sudah sejuk sikit, keluarkan dari acuan dan masukkan ke dalam piring hidang. Sedia untuk dijamu..

Bismillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan