Isnin, 9 Disember 2019

Tips Masak 8eras Basmathi

Tip Masak Beras Basmathi Supaya Nasi Lembut, Berderai Dan Masak Sekata


Masak nasi dari beras basmathi memang baik untuk kesihatan tapi harganya agak mahal. Disebabkan itu jugalah kalau nak masak beras jenis ini kena ikut cara yang betul supaya masak sekata dan beras yang panjang tak patah.

Boleh ikut petua yang dikongsi oleh Faizah Md Zain ini.

Tip masak beras basmathi supaya nasi lembut, berderai dan masak sekata

1. Basuh beras bersih n rendam 20 minit dalam air yg diletakkan dgn garam sedikit. Petua ni saya ikut dari guru lama saya untuk bagi nasi kita berderai dan lembut

2. Sukatan air nisbah 1 cawan beras bersamaan 1 cawan 1/2 air (1/2 tu susu atau santan) bergantung nasi apa yg kita nak masak.

3. Untuk memasak didihkan dulu air baru masukkan beras.

4. Kacau beras semasa air masih banyak, jika dah kering kacau sekali saja untuk mengelakkan beras patah…

5. Untuk mewarnakan nasi tunggu air kering baru titiskan pewarna dn biarkan sekejap barulah kacau.
Untuk nasi yang dimasak untuk tempahan akhir sekali saya akan letak dua sudu mentega.

Sumber dan gambar : Faizah Md Zain

Ahad, 8 Disember 2019

Roti John Telur dan Sosej Yang Sedap

Rasa yang sungguh sedap dan lazat!


Pagi ni kita tak perlu beratur panjang kat gerai roti John kat pasar pagi. Hari ni kita mencuba nasib. Kita buat sendiri lak roti John.

Jadi ke tak Jadi, perkara nombor dua. Yang penting.. Buat! Hahahaha.. Tapi sedap juga gais. Budak-budak memang suka!


RESEPI ROTI JOHN TELUR DAN SOSEJ
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

ðŸĩ️5 biji roti hotdog - di potong tepi tetapi tidak putus
ðŸĩ️4 biji telur
ðŸĩ️5 batang sosej - dipanggang atas kuali nonstick dan dihiris nipis
ðŸĩ️1 sudu kecil lada sulah
ðŸĩ️Sedikit garam
ðŸĩ️Sedikit mentega atau minyak masak - untuk melengser pada kuali
ðŸĩ️Sedikit salad - dihiris kasar
ðŸĩ️Sos cili
ðŸĩ️Mayonnaise

Cara-cara membuatnya

Jom.. Jom.. Jom kita ke dapur.

Persediaan awal sebelum memasak atau mise en place


Roti hotdog dibelah tepi tetapi jangan sampai putus.


Sosej yang telah dibakar atas kuali leper.


Hiris nipis sosej tersebut.


Hiris kasar daun salad.

Jom memasak pula.


Di dalam bekas, masukkan sosej hiris, lada sulah, secubit garam dan pecahkan telur. Godekkan ia supaya sebati.


Panaskan kuali non stick yang ajaib atau tak ajaib pun boleh. Sapu sedikit mentega atau minyak.

Tuang satu senduk adunan telur dan sosej tadi ke dalam kuali non stick.


Ambil sebiji roti dan tekapkan ke atas telur sosej tadi. Biarkan sehingga telur masak.


Bila telur sudah keperangan, balikkan roti dan biarkan sekejap sebelum diangkut.


Lepas tu masukkan ke dalam pinggan.


Paipkan sos cili dan taburkan daun salad. Akhir sekali paipkan mayonnaise dan sos cili lagi. Boleh juga paipkan sos lada hitam dan letak cheese keping jika suka.


Lipat roti dengan sempurna.


Buat sampai habis. Kemudian potong sikit supaya senang dimakan. Hehehe.

Atau pilihan kedua.. Kita bungkus dalam kertas pembungkus makanan.


Letakkan roti yang sudah disalut telur dan sosej. Letakkan daun salad. Paipkan sos cili dan.mayonaise.

Bungkus elok-elok. Nampak macam tak elok pun! Heeeeee..😁😁


Letak dalam pinggan. Ambillah sorang satu.

Jemput makan semua..

Bismillah

Sabtu, 7 Disember 2019

Kuah Yong Tau Fu yang Sedap

Hurm... Sedapnya! Rasa macam kat pasar malam. Huhuhu
Sejuk-sejuk macam malam ni memang sedap pekena Yong Tau Fu. Rasa macam lama dah tak beli yong tau fu kat pasar malam.
Ada yang suka tak?
Jom layannnn..


Tetiba anak bujang nak makan Yong Tau Fu. Kami anak-beranak pun pergilah ke kedai sejuk beku mencari bahan-bahan sejuk beku berasaskan ikan, ayam, sotong, ketam, udang, seaweed dan seumpamanya. Bahan-bahan sejuk beku tu Mak Hencik panggil harta karun. Hihihi

Lepas tu balik sampai sahaja di rumah terus Google cara nak buat kuah Yong Tau Fu pula.

Daripada beberapa resepi, diaduk dan dimasak menjadi seperti resepi di bawah 👇👇.


YONG TAU FU
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

Pelbagai makanan sejuk beku pilihan
1 ikat sayur kangkung
Sedikit bijan, jika suka.

Bahan-bahan Kuah Yong Tau Fu

Kuah Hitam

3 cawan air
2 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan taucu
3 sudu makan kicap manis
3 sudu makan sos tiram
5 sudu besar gula
1/2 cawan gula merah
1 inci belacan, jika suka

Semua bahan di atas dikisar sehingga taucu hancur.

Kuah Merah

2 ulas bawang putih - diketuk
3 sudu besar cili kering kisar
3 sudu besar minyak untuk menumis
3 cawan air
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung gandum
5 sudu besar gula
1/4 sudu kecil garam
1/2 cawan kacang tumbuk hancur

Cara-cara menyediakannya.


Langkah 1
Penyediaan kuah hitam.

Semua bahan dikisar sehingga taucu hancur.


Kemudian tuang bahan kisar ke dalam sauce pan dan masak sehingga mendidih dan likat. Tutup api. Masukkan ke dalam mangkuk hidang. Siap.


Langkah 2
Penyediaan kuah merah.

Di dalam bekas, satukan air, gula, tepung jagung dan tepung gandum.

Tips: Kalau guna kacang tanah yang disangai sendiri, masukkan jer dalam pengisar bersama air, gula, garam, tepung gandum dan tepung jagung lalu dikisar sehingga kacang tanah hancur tetapi tak perlu sampai lumat.


Langkah 3
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili kering kisar sehingga masak.


Langkah 4
Apabila sudah masak, tuang bancuhan air dan tepung tadi ke dalam sauce pan.


Masukkan juga kacang tanah kisar.


Masak sehingga mendidih dan pekat. Bila sudah pekat, tutup api.


Langkah 5
Kuah yang sudah siap dimasukkan ke dalam mangkuk hidang.


Langkah 6
Persediaan untuk makan. 😁😁😁

Kangkung dibasuh bersih dan dipotong 3 inci panjang. Agak-agak jer sebenarnya. Hehehe


Harta karun atau bahan-bahan sejuk beku.



Didihkan air dan celur kangkung serta harta karun. Bila sudah masak bolehlah diangkat dan ditoskan air.


Masukkan ke dalam mangkuk dan tuang kuah hitam dan kuah merah. Taburkan sedikit bijan jika suka.

Kalau nak pedas, lebih kan kuah merah.

Jadi.. Apa lagi.. Jemput makan kawan-kawan semua..

Bismillah..

Khamis, 5 Disember 2019

Cokodok Kentang

Garing di luar, lembut di dalam. Dicicah pula dengan sos pencicah. Setengah pinggan pun boleh hadap sorang-sorang. Ishhh..! Punya lah pelahap hangpa sorang nih! 😆😆😆


Nak kata sedap, tak lah sedap sangat. Nak kata tak sedap, tak ada lah sedap sangat jugak. Orang kata so-so gitu. 😆😆😆 Daripada langsung tak ada makanan, kira nya cucur kentang ni bolehlah dijadikan makanan alternatif. Tambah-tambah kalau kentang tu dah bertunas. Kalau tunggu sikit-sikit lagi takut pucuknya menjalar ke atas bumbung pulak. Jadi bertambah masalah pulak karang. 
😂😂😂


 CUCUR KENTANG
Oleh Dapur Cempakasari


Bahan-bahan

4 biji kentang - direbus dan dilecek
4 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar serbuk roti
1 sudu kecil serbuk Maggi secukup rasa
Sedikit garam dan gula
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara membuatnya.

Jom.. Jom.. Kita membuat cucur hari ini.


Kentang direbus dan dilecek.


Di dalam bekas merah, masukkan kentang lecek, tepung gandum, tepung jagung, serbuk Maggi secukup rasa dan sedikit garam. Gaul sehingga rata.


Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan boleh di bentuk. 


Cubit sedikit adunan dan bentukkan menjadi selinder seperti gambar☝️☝️atau boleh ajer bentukkan macam 'smiley'. Adunan ini pun adunan smiley sebenarnya. 

Tapi itu lah.. Dek kerana rajin terlampau.. dah berubah jadi selinder lak. 😆😆😆

Kalau adunan masih lembik, boleh tambah tepung jagung sikit. Selepas selesai membentuk, kita pergi ke langkah seterusnya. 


Panaskan minyak dalam kuali dan goreng cucur kentang sehingga garing.


Bila sudah masak, angkat dan toskan minyak.


 Hidangkan dalam pinggan hidang bersama sos pencicah keropok.

Jom menikmatinya..

Bismillah

Rabu, 4 Disember 2019

Kuih Kaswi Labu Kuning sukatan cawan

Wangi labu, manis dan lemak. Oh sedapnya!

Buah labu ni Mak Hencik beli dengan harga seringgit sahaja. Masa tu tengah 'sale', sebab itu lah harganya murah.

1/4 buah labu ni Mak Hencik sudah gunakan untuk masak Sayur Lemak Labu. 3/4 lagi tu disimpan dalam peti sejuk. Ada sekali tu Mak Hencik buat goreng pisang, jadi 1/3 lagi Mak Hencik hiris sederhana tebal dan goreng. Buah labu goreng ni idea dari kawan-kawan Facebook. Sedap juga rasanya tau.. Jadi buah labu Mak Hencik tinggal lagi 1/2 biji.


Setelah beberapa hari ber'hibernate' dalam peti sejuk risau pula takut rosak. Jadi Mak Hencik pun dengan berat hati buat keputusan untuk melupuskan lebihan labu tersebut.. Berat hati tu bukannya kerana apa.. Kerana rasa malas yang masih menebal. Hahaha 😆😆😆

Dengan itu berakhirlah riwayat sebiji labu. Antara sumbangan sepanjang hayatnya ialah masak sayur Lemak labu, labu goreng dan kuih Kaswi labu. Hurm.. Banyak jasa kau wahai si labu kuning. 💐

1/4 + 1/4 + 1/2 = 1 biji labu. Kelas Matematik tajuk pecahan pun berakhir. Terima kasih cikgu..! 👍👍


RESEPI KUIH LOMPANG LABU
Oleh Dapur Cempakasari
Kredit resepi : ig wan_zura_aisyah

Bahan-bahan

2 cawan labu - direbus dan dilecek
1 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung ubi
1/2 cawan gula
1/2 cawan air
1 sudu besar air kapur
Beberapa titis pewarna kuning telur jika suka.
Sedikit kelapa parut putih dan secubit garam digaul rata

Cara-cara menyediakannya.

Jom.. Jom.. Hari ini kita menguih..


Buah labu di potong kecil dan direbus serta ditoskan air.


Acuan lompang disapu dengan minyak masak. Terus susun di dalam pengukus. Biarkan sahaja dulu di situ.

Sementara itu kita sediakan adunan kuih lompang.


Di dalam pengisar, masukkan santan, tepung beras, tepung ubi, gula, pewarna kuning dan air kapur.


Kisar sehingga lumat.


Tuang ke dalam acuan. Kemudian kukus selama 15 minit atau sehingga masak.

Kelapa parut putih dicampur dengan sedikit garam juga dikukus supaya kelapa tersebut tahan lama.


Bila sudah masak, keluarkan dari acuan dan salutkan dengan kelapa parut. Untuk makluman kuih lompang labu ni tidak ada lesung pipit.. ðŸĪŠðŸĪŠðŸĪŠ Namun begitu, rasanya masih manis dan menggoda anak tekak kita.. 😁😁😁

Sedia untuk dimakan sama ada pada waktu pagi atau petang.

Jemput makan..

Bismillah..