Rabu, 13 November 2019

Resepi Roti John Homemade yang Sedap

Beratur panjang orang menunggu nak beli roti John. Kat pasar malam la. Bukan ku yang buat dan jual.. Aku adalah antara orang yang ramai-ramai beratur tu.. Tukang beli..

😆😆😆


Mak Hencik buat roti John ni ikut selera sendiri. Buat paste banyak-banyak sikit dan boleh disimpan dalam peti sejuk.


Mak Hencik biasa buatkan sarapan untuk anak-anak. Jadi Mak Hencik suka juga buat roti John ni Sebabnya ialah ia mudah dimasak, cepat siap dan semestinya sedap.


Bolehlah buat alas perut anak-anak kita atau cucu-cucu kita atau keluarga kita bersarapan pagi.


RESEPI ROTI JOHN HOMEMADE
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

Roti hotdog secukupnya

2 ketul ayam bahagian isi - dicincang
2 biji bawang putih - dicincang
1/2 biji bawang besar Holland - dicincang
5 sudu besar cili kering kisar
2 sudu besar serbuk kari
1/2 cawan air atau secukupnya
Sedikit daun sup, jika suka - dihiris halus
Beberapa biji telur
Sedikit minyak untuk menumis

Hiasan
Daun salad - dihiris kasar
Cili sos
Mayonis

Cara-cara membuatnya


Isi ayam dicincang.


Cili kering kisar


Bawang besar Holland dan bawang putih yang dicincang.

Cara-cara memasak

Kita sediakan rencah dahulu. Jom!


Langkah 1

Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih cincang, bawang besar Holland cincang dan cili kering kisar sehingga garing.

Bila sudah garing, masukkan tempah kari daging. Gaul sehingga sebati. Kalau kita tak suka rasa kari, just skipped yang ini.


Langkah 2

Masukkan isi ayam cincang. Gaul sehingga rata dan sebati.


Langkah 3

Masukkan 1/2 cawan air atau secukup suka.


Sekarang boleh masukkan garam, gula dan serbuk perkasa jika suka, sesedap rasa.


Biarkan ia mereneh dan pekat sambil dikacau sekali sekala.


Bila rencah sudah pekat elok, rasa pun sudah sempurna bolehlah kita tutup api dan sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam bekas. 


Langkah 4

Sediakan roti hotdog☝️☝️, belah tepi tetapi jangan sampai putus.👇👇



Langkah 5

Hiris kasar daun salad kerinting atau green floral.


Langkah 6

Sediakan bekas yang sesuai. Masukkan 2 sudu besar rencah roti John, sebiji telur dan sedikit daun sup hiris, jika suka. Kacau sehingga rata dan berbuih.


Langkah 7

Panaskan kuali dan sapu sedikit minyak masak. Tuang bancuhan telur tadi.


Langkah 8

Ambil sebiji roti dan tekapkan di atas telur yang masih cair tadi.


Bila telur sudah bertukar ke warna keperangan, balikkan roti. Biarkan sekejap dan angkat.

Ulangi langkah 6 hingga 8 untuk roti John yang seterusnya. Buatlah seberapa yang kita nak.

Kalau ada rencah lebih, boleh di simpan dalam peti sejuk beku. Bila nak guna bolehlah dikeluarkan.


Roti yang telah siap tu dimasukkan ke dalam pinggan.


Langkah 9

Letakkan salad dan paipkan sos cilii dan mayonis.


Buat sampai habis.


Kemudian lipat.


Langkah 10

Potong serong roti John tadi dan hidangkan dalam pinggan.

Sedia untuk dinikmati.

Jemput makan sahabat-sahabat semua. Terutamanya seorang sahabat dari Portugal. Terima kasih kerana menyokong Mak Hencik. Awak selalu menjadi orang pertama yang melihat setiap post Mak Hencik. Untuk awak💐 💐💐

Bismillah.. 😋😋😋

Isnin, 11 November 2019

Sebelas resepi topping coklat

Semua wanita atau lelaki sama ada cantik atau tak cantik, hensem atau tidak hensem, perlu simpan resepi ini... Jika anda minat membuat kek. 😊😊😊

Mak Hencik simpan resepi ini semua di sini untuk kemudahan rujukan kita semua. Simpan kat sini confirm tidak hilang, malah senang dicari.

Setuju tak?


<3 11 Resepi Topping Coklat <3

RESEPI TOPPING COKLAT 1
Bahan-bahan:
2 sudu marjerin
3 sudu besar susu cair @ air panas
1/2 cwn serbuk koko
4 sudu besar susu pekat

Cara-cara'y:
1.Masak cara double boiler
2.Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg telah sejuk..

RESEPI TOPPING COKLAT 2
Bahan-bahan:
150gram coklat masakan
35gram susu cair
1sudu kecil butter

Cara-cara'y:
1.Masak secara double boiler
2.Biarkan sebentar & curahkan di atas kek yg telah sejuk..

RESEPI TOPPING COKLAT 3
Bahan-bahan:
1/2 cawan koko
1/2 cawan susu
1 sudu besar minyak masak

Cara-cara'y:
1. Masak kesemua bahan atas api perlahan
2. Biarkan sebentar & curahkan di atas kek yg telah sejuk..

RESEPI TOPPING COKLAT 4
Bahan-bahan:
250gram coklat masakan (potong kecil-kecil)
1sudu besar majerin/butter
130ml double cream atau whipping cream
gula halus secukup rasa (optional)

Cara-cara'y:
1.Cairkan coklat secara double-boiler
2.Alihkan dari api, kemudian masukkan majerin, gula dan cream..Kacau sehingga sebati..
3.Curahkan atas kek..

RESEPI TOPPING COKLAT 5
Bahan-bahan:
1/2 bar coklat masakan
2 sudu besar butter
1/2 sudu besar gula halus
Esen vanilla beberapa titik

Cara-cara'y:
1.Masak secara double boiler
2.Biarkan sebentar & curahkan di atas kek yg telah sejuk..

RESEPI TOPPING COKLAT 6
Bahan-bahan:
200gram coklat masakan
2 sudu besar susu pekat
6 sudu besar air panas

Cara-cara'y:
1.Masak secara double boiler
2.Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg telah sejuk..

RESEPI TOPPING COKLAT 7
CHOCOLATE GANACHE:
450g Coklat - potong kecil
300g Cream - (heavy cream/thick cream/whip cream)

Masukkan ke dalam periuk kecil & masak dengan api kecil sehingga coklat cair.
Sejukkan sedikit sebelum di sapu ke atas kek.

RESEPI TOPPING COKLAT 8
200 gm susu isian sejat
600 gm coklat masakan
1 sb madu atau mentega

Masukkan ke dlm periuk kecil & masak dgn api kecil sehingga coklat cair.
Sejukkan sedikit sebelum di sapu ke atas kek.

RESEPI TOPPING COKLAT 9
300 gm coklat masakan - potong kecil
200 gm UHT whipping cream
1 sb mentega

Panaskan cream hingga mendidih sedikit dan matikan api. Masukkan coklat dan kacau hingga coklat cair dan sebati. Masukkan mentega dan sebatikan

RESEPI TOPPING COKLAT 10
1 sb gelatin
150gm coklat bar - compound
1 biji kuning telur
2 biji putih telur
2 sb gula castor
200 gm whipping cream
caranya
Larutkan 1 sb gelatin dengan sedikit air panas.
Cairkan 150gm coklat bar. Guna kaedah double boiler.
Masukkan 1 biji kuning telur yg dah dipukul, butter 2 sb & gelatin. Gaul sebati. Ketepikan.
Pukul 2 biji putih telur dengan 2 sb gula kastor hingga bertanduk. Campur dlm adunan coklat guna kaedah kaup balik.
Pukul 200 gm whipping cream dan masukkan dalam adunan coklat.
Simpan dalam peti ais selama 2 jam sebelum digunakan

RESEPI TOPPING COKLAT 11
1/2 ketul buttercup
1/2 cwn serbuk koko
1/2 cwn susu pekat

Masak guna kaedah double boiler hingga sebati

DIHARAP RESEPI2 NI DAPAT MEMBANTU ANDA SEMUA CARA NAK BUAT TOPPING COKLAT YA..
😉 😉

Kredit : Mok Niey

Ahad, 10 November 2019

Kuih Lopes Ubi Kayu atau Poli Ubi Kayu

Rasa kenyal apabila digigit. Lemak dari kelapa parut dan manis gula melaka.. Alahaiii.. Nak lagi! Saper-saper yang nak.. Mai sini.


Lima ketul ubi kayu hasil titik peluh mak yang terakhir tu telah Mak Hencik parut dan masukkan ke dalam empat bungkusan plastik saiz sedang. Mak Hencik frozenkan dalam peti sejuk.

Hari ni  Mak Hencik nak buat kuih. Jadi pagi tadi sebelum pergi kerja Mak Hencik keluarkan sebungkus dan letak dalam peti sejuk bahagian bawah tu.

Bila balik, bungkusan ubi kayu parut tu dah pun lembut dan boleh di teruskan operasi. Operasi buat kuih Poli Ubi kayu atau orang keyelll panggil kuih Lopes Ubi Kayu. 😊😊😊

Mak biasa buah kuih ni. Semoga Allah anugerahi mak tempat yang tertinggi di sisinya. Aamiin.



Kuih Lopes Ubi Kayu atau
Poli Ubi Kayu Kelantan
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

❤️2 cawan ubi kayu parut
❤️1/2 cawan air
❤️Sedikit pewarna kuning atau pewarna pilihan
Bahan-bahan bertanda ❤️ dicampur dan digaul sehingga sebati

Daun pisang secukupnya untuk membungkus

Bahan Salut

💚Kelapa parut putih
💚Sedikit garam
Bahan-bahan bertanda 💚 digaul sehingga sebati.

Bahan air gula melaka

💙2 keping nisan kerek sais kecil (kalau tak ada, gantikan dengan secawan gula merah timbang)
💙1/2  cawan gula
💙1 cawan air
💙Sehelai daun pandan disimpul
Semua bahan bertanda 💙 dimasak sehingga hancur dan likat. Tahap kemanisan dan kelikatan boleh ubahsuai ikut citarasa.

Cara-cara menyediakannya

Jom.. Jom.. Kita buat kuih hari ini.

Sediakan bahan-bahan dahulu..



Mula-mula kita buat air gula melaka dahulu. Senang jer.. Kita leburkan nisan kerek atau gula perang, gula, air dan daun pandan simpul untuk effect wangi hihihi.

Dah hancur segala, pekat pun dah elok bagai, tutup api. Sejukkan. Tang daun pandan tu memang tak hancur nooo.. Sampai kiamat nunggu pun tak hancur... Huhuhu

Dah sejuk masukkan dalam bekas yang sesuai.. Yang mudah nak tuang ke atas kuih lopes nanti..



Langkah 1

Memarut ubi kayu..



Masukkan ubi kayu parut ke dalam bekas dan masukkan pewarna kuning sikit supaya kuih nampak berseri. Masukkan juga setengah cawan air. Gaul sampai rata.

Untuk makluman Mak Hencik tidak pernah pernah air ubi kayu tu ya. Ikut cara mak. Tak rasa pahit pun.



Langkah 2

Membungkus..

Lepas tu bungkus dengan daun pisang.

Kalau dok obersi tak jumpa daun pisang, boleh guna daun-daun lain yang original.. Kalau tak pun gunalah plastik atau aluminium foil.. 🤔🤔🤔 Sekadar cadangan.. Huhuhu



Dapatlah beberapa bungkus.



Sediakan kelapa parut.

Kelapa parut dicampur dengan sedikit garam. Gaul sebati. Kalau boleh ambil yang putih sahaja..



Langkah 3

Mengukus..

Susun bungkusan ubi kayu ke dalam pengukus beserta kelapa parut tadi.



Kukus selama 20 minit atau sehingga masak.



Bila sudah masak, tutup suis elektrik.



Keluarkan bungkusan ubi kayu dan buka. Wahhh! Cantik kekuningan rupamu. Allah.. Perasannya.. Hahaha



Ambil pisau dan potong kiub.



Haaa.. Ni dia.. Potong semua bungkusan tu pun boleh. Tapi kalau nak simpan, better potong bungkusan yang nak makan tu jer.



Kemudian salut dengan kelapa parut tadi.



Ambil beberapa ketul yang sudah comel bersalut kelapa tadi dan masukkan ke dalam pinggan. Curahkan air gula melaka kat atasnya.



Sedia untuk dinikmati. Haaa.. Apa di tunggu lagi.. Jom makan kawan-kawan..

Bismillah.. 😋😋😋😋😋

Sabtu, 9 November 2019

Cara Pilih Ketam yang Berisi

Ramai tak antara hampa yang TERSILAP Beli KETAM2 ..ISI TAK PENUH ngan terbeli yg tak FRESH?




Nak tau tak camna kami pi market hari2 pilih ketam? Teruskan baca......

1. Waktu beli --
ha kalau nak Isi penuh tu beli waktu Bulan penuh -- ha ketam ikut bulan tu ..berisi la kebanyakkan nya..
Hampa picit2 skit tepi2 ketam tu rasa jari ampa terbenam tu ..isi kurang la tu...

2. Warna Ketam
 tu kulit dia..cari hat nampak bersinar2..nampak pattern2 dia..warna biru2..Sepit dia tu ..fresh la tu..pastu kalau ketam bunga hat warna oren2 merah tu..cari hat warna dia oren terang lagi..




3. Cari Ketam hat berat2..
ada isi dalam -- jangan angkat rasa ringan ja..tak mau



4. Tengok belakang dia..
3 segi tu kan..kalau dah macam tercabut ka longgar ka tu..tak mau tu dah tak elok tu tak FRESH

5. Cari KETAM BETINA!
kot untung ada TELOR --- Ketam betina tengok belakang tu kan segitiga tu dia besar skit..hat jantan  dia kecik ja ..tengok gambar ada bawah...rujukan



6. BAU -- cuba cium dia --- kakakkak.jangan la sampai kena..bau la maksud org kedah kata cium bau..hampa org luar kot satgi pi cium terok ketam tu...hahahha..bau wangi bau laut lagi ..mcm bau seeweds gitu..

7. Cari YANG CUKUP SIFAT
-Biasa kalau cukup sifat ni ada chance la dia masih Fresh -- kan..n sepit2 dia tu tak terkulai kulai...masi letak tu ..TEGAP gitu..

Hangpa cuba2 na nanti pi Market ka tempat juai2 ikan ka..hampa cuba cari yg paling elok...Moga Manfaat..share bagi tau kawan2 ramai2 manfaat

Kredit kepada D'perapi Tebengau via FB

Jumaat, 8 November 2019

Tepung Boko Ubi Kayu Gula Merah

Lemak dan manis. Seiring rasa.


Jangan lepaskan peluang untuk buat kuih yang mudah ini. Buat sendiri lebih jimat. Ingat.. Buat sendiri lebih jimat. Eh eh eh.. Macam buat iklan pulak nih. 😂😂😂

Ubi kayu ni saya bawa dari kampung. Ini adalah hasil cucuk tanam mak yang terakhir. Semoga Allah meletakkan mak di kalangan orang-orang yang beriman. Aamiin.

Adik ipar dan abang ipar gali ubi ni. Mulanya cuma ambil 2 pohon sahaja. Isinya banyak, Jadi kami offer kepada Mak Su Jah, jiran mak.

Mak Su Jah cadangkan supaya pohon-pohon ubi kayu yang lain pun digali semua. Sebabnya sikit-sikit lagi musim hujan nanti ubi akan rosak ditenggelami air.

Jadi, tanpa lengah Pak Su Di dan Abang Man pun memulakan operasi. Selepas menggali ubi-ubi kayu yang mak tanam, saya tengok mereka mencucuk semula batang-batang ubi kayu.

Hasil yang dituai agak banyak dan disedekahkan kepada jiran-jiran mak. Saya ambil beberapa batang untuk dibawa balik ke rumah saya.

Ubi-ubi kayu tu saya parut dan masukkan ke dalam plastik saiz sedang. Saya frozenkan dalam peti sejuk. Bila nak masak kuih, baharulah saya keluarkan.



TEPUNG BOKO UBI KAYU
 (VERSI GULA MERAH)
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

2 cawan ubi kayu parut
1 sudu besar tepung ubi - tak letak pun takper
*2 sudu besar gula merah timbang - nak bagi warna gelap dan cantik
*2 keping nisan kerek saiz kecil
*1/4 cawan gula putih
*2 1/2 cawan air
*2 helai daun pandan - disimpul
Bahan-bahan bertanda * dimasak dan disejukkan

Bahan-bahan lapisan santan

1 cawan santan kotak
1 1/2 cawan air
1/2 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam


Cara-cara menyediakannya.

Jom.. Jom.. kita ke dapur.



Ubi kayu segar dari ladang.



Kopek kulit ubi kayu dan basuh bersih.



Parut ubi kayu. Mak Hencik guna mesin parut kelapa saiz mini.



Nisan. Bukan batu nisan. Ia sejenis manisan yang dibuat daripada nira kelapa. Rasanya manis. Nisse.. Orang Kelantan panggil..



2 kerek atau ketul nisan dimasak dengan air sehingga hancur. Bila sudah masak, sejukkan.



Apabila air nisan sudah sejuk, campurkan dengan ubi kayu yang telah diparut tadi. Gaul sehingga rata.



Masukkan ke dalam bekas kecil. Bubuh dalam separuh penuh sahaja.



Kukus selama 20 minit, atau sehingga masak. Ikut pengukus masing-masing.

Sementara itu kita sediakan lapisan atas, iaitu lapisan santan.



Masukkan santan, air, tepung beras dan sedikit garam. Kacau sehingga likat. Lepas tu tutup api.

Kita kembali kepada pengukus.



Bila lapisan ubi kayu sudah masak, keluarkan dari kukusan.



Cedokkan santan dan tuang ke atas lapisan ubi kayu tadi.



Lepas tu bolehlah ambil penutup dan tutup bekas plastik.

Nak makan terus boleh.. Nak simpan dalam peti sejuk dulu pun boleh..

Jom makan.

Bismillah..

Khamis, 7 November 2019

Cara Mengatasi Masalah Nasi Lembik

Kadang-kadang nasi yang kita masak menjadi lembik kerana terlebih air.


Jangan risau..


Nasi kita masih boleh diselamatkan.

Caranya ialah dengan meletakkan kepingan roti di atas nasi tadi dan biarkan lebihan air dalam nasi itu diserap oleh roti.

Hasilnya nasi akan menjadi elok dan boleh dimakan seperti biasa.


Kredit kepada Siti Nor Akma via FB Masak Apa Hari Ini. 

🏵️SharingIsCaring
🏵️UntukManfaatSemuaOrang