Ingatkan susah sangat nak buat ni. Rupanya senang giler. Sedap pula tu. Berkhasiat lagi!
Kesahnya sebab sejak dua menjak ni, Mak Hencik ada cita,-cita baharu, iaitu nak menurunkan berat badan. Jadi Mak Hencik pun cubala cari menu-menu yang sesuai. Doakan Mak Hencik istiqamah yea.. Rasa macam nak cantik macam muda2 dulu.. kikiki
Resepi ni sangat simple, tapi tidak mengecewakan. Sedap jugalah pada anak tekak Mak Hencik ni. Kikiki
SALMON GRILLED WITH WHITE SAUCE
Oleh Dapur Cempakasari
Bahan-bahan (untuk 3 orang makan)
3 keping ikan salmon
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit serbuk lada hitam kasar
1 biji lemon 🍋
Cara-cara menyediakannya.
Jom..jom kita ke dapur.
💗Ikan Salmon diperap dengan sedikit garam, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam kasar dan jus lemon.
💗Ketepikan dahulu. Sementara tu, kita teruskan untuk menyediakan menu sampingan seperti salad dan sos putih.
💗Dicadangkan diperap semalaman untuk rasa perapan yang sempurna.
Lepas tu Mak Hencik nak buat kentang pulak. Ni adalah sumber kabohidrat nak ganti nasi.
KENTANG PANGGANG
Oleh Dapur Cempakasari
Bahan-bahan
2 biji kentang untuk 3 orang makan
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam kasar
🍎2 biji kentang dikupas, dipotong dadu, direbus sehingga masak, kemudian toskan air.
🍎Ketepikan. (Nanti kita akan goreng selepas kita panggang ikan Salmon)
Kita buat Salad pulak. Salad ni sedap dimakan sejuk, jadi elok buat awal.
SALAD SAYURAN
Oleh Dapur Cempakasari
Bahan-bahan
1/3 biji kobis, dihiris halus
1/3 biji karot, disagat memandang
1/2 biji lemon
3 sudu besar mayonnaise, atau secukupnya
1 sudu kecil susu pekat manis
Secubit garam
🎈Masukkan kobis yang dihiris halus dan karot yang disagat memanjang tadi dalam sebuah bekas yang besar sikit sebab nanti kita nak gaul-gaul.
🎈Masukkan juga 3 sudu besar mayonnaise, 1 sudu kecil susu pekat manis, sedikit garam dan perahkan jus lemon. Gaul hingga rata. Kalau tak cukup rasa, tambah2lah mana yang tak cukup tu.
🎈Dah siap, masukkan dalam peti sejuk.
Seterusnya mari kita masak sos putih pula.
SOS PUTIH
Oleh Dapur Cempakasari
Bahan-bahan
1/3 biji bawang besar Holland, dicincang halus
1 sudu kecil minyak zaitun
1 sudu besar tepung gandum
2 cawan susu segar kotak
1/2 ketul kiub ayam
Sedikit garam, serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam kasar
Sedikit mixed herbs
Cara-cara membuatnya.
💛Panaskan 1 sudu besar mnyak zaitun, tumis bawang besar Holland cincang dan kacau sehingga layu.
💛Bila bawang sudah layu, masukkan 1 sudu besar tepung gandum. Cepat2 kacau sehingga tepung menjadi sedikit perang.
💛Masukkan pula susu segar sambil dikacau menggunakan whisk supaya tidak berketul.
💛 Masukkan juga 1/2 ketul kiub ayam, secubit garam, sedikit serbuk lada sulah, serbuk lada hitam kasar dan mixed herbs.
💛Kacau seketika sehingga kuah menjadi pekat.
💛Bila kuah sudah pekat, rasa pun sudah sedap, maka bolehlah tutup api.
💛 Masukkan dalam mangkuk bidang. Letak bawah saji. Hihihi
Sekarang bolehlah kita panggang ikan Salmon yang kita perap tadi.
💚Panaskan api. Sapu sedikit minyak zaitun supaya ikan panggang akan nampak berkilat dan cantik.
💚Kalau ada nonstick pan yang berjalur tu haaa gi selongkar kabinet cari sampai jumpa dan guna yang tu sebab effect jalur pada salmon akan nampak lebih cantik dan menyerlah.🤭🤭
💚Balikkan ikan supaya masak sekata.
💚Pastu jika dah masak, bolehlah angkat. Senangkan. Masukkan dalam pinggan hidang dan letak bawah saji.
💚Kuali tu jangan basuh dahulu. Kita nak guna dia untuk goreng kentang rebus tadi..
Akhir sekali, meh kita goreng kentang rebus.
❤️Buka api, lepas tu masukkan ajer kentang rebus yang telah ditoskan air tadi.
❤️Tabur sedikit garam dan serbuk lada hitam kasar. Kacau-kacau sikit sehingga kekuningan. Pastu boleh tutup api.
❤️ Masukkan dalam mangkuk hidang yang sesuai.
Nahhh.. dah siap dahhh..🤩🤩
💙Jom makan semua kenkawan. Ambik pinggan...
💙 Bismillah..