Sabtu, 22 Mei 2021

Salmon Grilled dengan Sos Putih My Way

 Ingatkan susah sangat nak buat ni. Rupanya senang giler. Sedap pula tu. Berkhasiat lagi!

Kesahnya sebab sejak dua menjak ni, Mak Hencik ada cita,-cita baharu, iaitu nak menurunkan berat badan. Jadi Mak Hencik pun cubala cari menu-menu yang sesuai. Doakan Mak Hencik istiqamah yea.. Rasa macam nak cantik macam muda2 dulu.. kikiki

Resepi ni sangat simple, tapi tidak mengecewakan. Sedap jugalah pada anak tekak Mak Hencik ni. Kikiki


SALMON GRILLED WITH WHITE SAUCE
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan (untuk 3 orang makan)

3 keping ikan salmon
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit serbuk lada hitam kasar
1 biji lemon 🍋

Cara-cara menyediakannya.

Jom..jom kita ke dapur.


💗Ikan Salmon diperap dengan sedikit garam, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam kasar dan jus lemon.

💗Ketepikan dahulu. Sementara tu, kita teruskan untuk menyediakan menu sampingan seperti salad dan sos putih.

💗Dicadangkan diperap semalaman untuk rasa perapan yang sempurna. 

Lepas tu Mak Hencik nak buat kentang pulak. Ni adalah sumber kabohidrat nak ganti nasi.

KENTANG PANGGANG
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

2 biji kentang untuk 3 orang makan
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam kasar


🍎2 biji kentang dikupas, dipotong dadu, direbus sehingga masak, kemudian toskan air.

🍎Ketepikan.  (Nanti kita akan goreng selepas kita panggang ikan Salmon)

Kita buat Salad pulak. Salad ni sedap dimakan sejuk, jadi elok buat awal.

SALAD SAYURAN
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

1/3 biji kobis, dihiris halus
1/3 biji karot, disagat memandang
1/2 biji lemon
3 sudu besar mayonnaise, atau secukupnya
1 sudu kecil susu pekat manis
Secubit garam


🎈Masukkan kobis yang dihiris halus dan karot yang disagat memanjang tadi dalam sebuah bekas yang besar sikit sebab nanti kita nak gaul-gaul.

🎈Masukkan juga 3 sudu besar mayonnaise, 1 sudu kecil susu pekat manis, sedikit garam dan perahkan jus lemon. Gaul hingga rata. Kalau tak cukup rasa, tambah2lah mana yang tak cukup tu.


🎈Dah siap, masukkan dalam peti sejuk.

Seterusnya mari kita masak sos putih pula.

SOS PUTIH
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

1/3 biji bawang besar Holland, dicincang halus
1 sudu kecil minyak zaitun
1 sudu besar tepung gandum
2 cawan susu segar kotak
1/2 ketul kiub ayam
Sedikit garam, serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam kasar
Sedikit mixed herbs

Cara-cara membuatnya.


💛Panaskan 1 sudu besar mnyak zaitun, tumis bawang besar Holland cincang dan kacau sehingga layu.


💛Bila bawang sudah layu, masukkan 1 sudu besar tepung gandum. Cepat2 kacau sehingga tepung menjadi sedikit perang.


💛Masukkan pula susu segar sambil dikacau menggunakan whisk supaya tidak berketul.


💛 Masukkan juga 1/2 ketul kiub ayam, secubit garam, sedikit serbuk lada sulah, serbuk lada hitam kasar dan mixed herbs.


💛Kacau seketika sehingga kuah menjadi pekat.

💛Bila kuah sudah pekat, rasa pun sudah sedap, maka bolehlah tutup api.

💛 Masukkan dalam mangkuk bidang. Letak bawah saji. Hihihi

Sekarang bolehlah kita panggang ikan Salmon yang kita perap tadi.


💚Panaskan api. Sapu sedikit minyak zaitun supaya ikan panggang akan nampak berkilat dan cantik. 

💚Kalau ada nonstick pan yang berjalur tu haaa gi selongkar kabinet cari sampai jumpa dan guna yang tu sebab effect jalur pada salmon akan nampak lebih cantik dan menyerlah.🤭🤭


💚Balikkan ikan supaya masak sekata. 

💚Pastu jika dah masak, bolehlah angkat. Senangkan. Masukkan dalam pinggan hidang dan letak bawah saji.

💚Kuali tu jangan basuh dahulu. Kita nak guna dia untuk goreng kentang rebus tadi..

Akhir sekali, meh kita goreng kentang rebus.


❤️Buka api, lepas tu masukkan ajer kentang rebus yang telah ditoskan air tadi.


❤️Tabur sedikit garam dan serbuk lada hitam kasar. Kacau-kacau sikit sehingga kekuningan. Pastu boleh tutup api.


❤️ Masukkan dalam mangkuk hidang yang sesuai.

Nahhh.. dah siap dahhh..🤩🤩


💙Jom makan semua kenkawan. Ambik pinggan...


💙 Bismillah..

Rabu, 5 Mei 2021

Jagung Rebus Susu

 Rasa lemak, manis dan masin, rasa yang sempurna. ohhh sedapnya!


Hari ni dah puasa hari yang ke 18 hari. Dah tak tau nak masak apa dah ni. Masa pergi Tesco nak cari barang basah tadi maka ternampaklah lambakan jagung. Maka Mak Hencik pun ambikla 2 batang. Kalau potong 3 bahagian, nanti dapatlah seketul sorang. Bulan puasa ni budak-budak tak makan banyak.

Bila Pak Hencik tengok Mak Hencik ambil 2 batang jagung, dia minta Mak Hencik tambah lagi sebatang. Jadilah semuanya tiga batang..


JAGUNG REBUS SUSU
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

3 batang jagung
1/2 cawan air rebusan jagung
1 cawan susu cair
3 sudu besar susu pekat manis
1/2 sudu kecil garam

Jom..jom.. jom kita ke dapur


Inilah jagungnya


Kopek kulit dan bersihkan rambut kuningnya. Supaya senang nak makan nanti, Mak Hencik potong jer 3 terus.


Setelah dibasuh bersih, rebus bersama sedikit air selama 10 minit.


Dah masak, terus tutup api dan toskan airnya. 

Secawan air rebusan jagung disimpan. Selebihnya boleh buang semua..


Seterusnya dalam periuk, masukkan butter, susu sejat, susu pekat manis dan sedikit garam. Tuang sekali air rebusan jagung yang disimpan tadi.


Masukkan jagung.


Tutup periuk dan rebus selama 10 minit lagi. Jangan rebus lama sangat, nanti jagung kecut jadi tak sedap pula.


Ni Mak Hencik masak dalam rice cooker, pastu tinggal. Hihihi

Bila dah masak tutup api. 


Bolehlah bubuh dalam mangkuk bidang.


Juadah berbuka puasa pada hari ini. 

Jemput berbuka, kawan-kawan..

Bismillah..

(Next time Mak Hencik nak rebus sekali jer.. ada saper pernah Cuba buat?)

Khamis, 1 April 2021

Laksa Johor

Sekali makan, nak ulang makan berpinggan-pinggan. Sedapnya..!


Setiap negeri di Malaysia ni ada menu laksa masing-masing. Belah utara terkenal dengan laksa Penang, laksa Perlis dan laksa Kesah. Belah Pantai Timur ada laksa Kelantan dan laksa Terengganu. 

Bahkan di Petak ada laksa Kuala Kangsar dan di Selangor pun ada juga laksanya Tidak lupa juga laksa Sarawak di mana bihun digunakan sebagai laksa.

Hari ni kita menapak ke Selatan tanah air, ke negeri Johor Darul Takzim, yang ada laksanya yang terkenal iaitu laksa Johor. 😍😍


LAKSA JOHOR
oleh Dapur Cempakasari
Resepi asal : Fatimah Ali

Bahan-bahannya

1 kg ikan 

❤️15 tangkai lada kering 
❤️1 biji bawang merah besar 
❤️5 ulas bawang putih 
❤️1 cm halia
❤️1 cm lengkuas 
❤️Segenggam udang kering 
Bahan-bahan bertanda ❤️ di atas dikisar sehingga hancur.

1 paket rempah kari ikan
3 batang serai di titik
2 keping asam keping 
2 sudu besar kerisik 
1 cawan santan pekat 
3 cawan air

Bunga kantan 2 batang potong 4, Mak Hencik tak letak

Cara-cara membuatnya.

Jom kita ke dapur


🌻Rebus ikan bersama sedikit air, garam dan sekeping asam gelugur.

🌻Bila sudah masak, tutup api dan sejukkan.

🌻Bila dah sejuk, asingkan isi dengan tulang.


🌻Kisar isi ikan dengan sedikit air sehingga hancur. Ketepikan.


🌻4 sudu besar cili kering kisar atau kurang lebih 15 tangkai cili kering dikisar halus.


🌻1 cawan santan pekat 


🌻3/4 cawan rempah kari ikan dibancuh dengan sedikit air.


🌻2 sudu besar kerisik.

🌻Bahan untuk dikisar sehingga hancur: 3 sudu besar udang kering, 1 biji bawang merah besar (memang besar saiznya hihihi), 4 ulas bawang putih dan 3 batang serai. Serai tu hiris halus dulu sebelum kisar.


🌻Mula-mula panaskan 1/2 cawan minyak masak dan tumis bahan-bahan kisar.


🌻Kacau selalu sehingga naik minyak.


🌻Bila sudah naik minyak, masukkan bancuhan rempah kari.

🌻Kacau rata sehingga naik minyak lagi sekali.


🌻Lepas tu masukkan isi ikan kisar. Kacau rata.


🌻 Masukkan pula 3 cawan air.


🌻Masukkan santan pekat.


🌻 Masukkan asam keping atau asam gelugur, bahan perasa seperti garam gula dan nak bagi lagi sedap bubuh secukup rasa megi.

🌻Kacau rata dan biarkan sehingga mendidih sambil dikacau.


🌻Bila sudah mendidih, masukkan kerisik. Kuah akan jadi sedikit pekat.


🌻Bila kuah dah cukup pekat, rasa pun dah cukup segala.. masaklah kuah laksa Johor kita.. bolehlah tutup api.

🌻Kuah laksa Johor ni.. mengikuti kata MokNim(orang Johor, peminat setiap pasukan hola sepak JDT) memang pekat, tapi boleh disesuaikan mengikut citarasa masing-masing.

🌻 Jadi kepekatan kuah ni adalah subjektif dan bolehla ikut selera masing-masing ya. Hahaha

SPAGHETTI UNTUK LAKSA JOHOR


🌻Spageti ni dicelur sehingga lembut.

🌻Dah masak, toskan dan tennis dengan sedikit minyak zaitun supaya tak melekat antara satu sama lain.

ULAM LAKSA JOHOR


🌻Timun, dipotong bulat originalnya. Mak Hencik is tak reti, so Ai just sangat sama dia. Ampunnn🙏🙏🙏
🌻taugeh
🌻Lobak masin (mak Hencik beli yang manis lak adeihh)
🌻Kacang panjang, dihiris halus
🌻Daun kesum dan daun pudina dihiris halus.

Boleh juga letak bunga kantan hiris dan bawang besar hiris.

Nak lagi sedap sediakan juga limau kasturi yang dibelah dua. Mmm... Terangkat-angkat!

SAMBAL BELACAN LAKSA JOHOR


Resepi Sambal Belacan

Cili hidup merah,hijau anggaran 10 biji
Segenggam cili padi
2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
2 cm belacan
Semua ni di goreng dgn minyak sedikit
Kemudian blend Semua
dgn sedikit air suam

Perasakan dgn gula,perasa atau garam
Perah kan limau Kasturi..
Siappp!

Dah siap semua benda..jomla makan.


Ambil pinggan, masukkan spaghetti secukupnya, letak ulam-ulaman dan sambal belacan.


Tuang kuah laksa johor. Pernah asam limau kasturi. Bolehlah dinikmati..

Katanya orang johor makan laksa dengan tangan, apa lagi..mari kita terai!

Bismillah..