Sedap betul donat cheese leleh ni. Tambah-tambah apabila makan semasa panas. Rasa cheese dan manis gula bercampur-baur di dalam mulut. Mmm.. nikmatnya!
RESEPI DONAT CHEESE LELEH
Oleh Dapur Cempakasari
Bahan-bahannya
4 cawan tepung gandum
4 sudu besar minyak masak
4 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 sudu besar softener
1 sudu kecil double action baking powder
*2 sudu besar susu pekat
*1 1/4 cawan air suam
*1 paket yis segera
Bahan bertanda * dicampur dan dibiarkan sehingga berbuih.
10 keping keju slice
Gula kastor secukupnya
Cara-cara menyediakannya
Langkah 1
Bancuh susu pekat dengan air suam. Masukkan yis kemudian kacau sehingga rata. Biarkan air bancuhan yis ni sehingga berbuih.
Langkah 2
Di dalam bekas adunan, masukkan tepung gandum, double action baking powder, garam, gula, minyak masak dan softener. Gaul sehingga menjadi seperti serbuk roti.
Mak Hencik bubuh double action baking powder tu sebab baking powder habisss pulak tadi. 😅😅
Langkah 3
Buatkan lubang di tengah adunan dan tuangkan bancuhan yis berbuih tadi. Gaul dan uli sehingga membentuk adunan yang tidak melekat di tangan.
Kalau adunan lembik sangat, tambahkan tepung gandum sedikit. Uli lagi sehingga mendapat adunan yang sesuai.
Ni adunan yang sudah siap diuli. Tak keras sangat dan tak lembik sangat.
Langkah 4
Tutup adunan dengan kain yang bersih dan sesuai. Jangan ko ambik tuala mandi ko tu pulak. 😂😂
Adunan tengah mengembang.
Langkah 5
Adunan mengembang sehingga hampir memenuhi bekas adunan.
Langkah 6
Sediakan keju keping. Potong dua. Sediakan sedikit gula kastor sebagai inti.
Langkah 7
Ambil sedikit adunan, leperkan dia dan letakkan cheese keping serta sedikit gula kastor. Tutup adunan tadi. Gentelkan jadi bulat kemudian penyekkan dia supaya jadi nipis sikit. Macam roti goreng atau pau goreng tu.
Buat sampai habis tau.
Langkah 8
Panaskan minyak secukupnya untuk menggoreng. Bila minyak sudah cukup panas, bolehlah kita menggoreng donat kita.
Balikkan dia supaya masak sekata.
Bila sudah masak, angkat dan toskan minyak.
Langkah 9
Golekkan donat di dalam bekas berisi gula kastor. Sedia untuk dimakan. Ermm.. kalau makan panas-panas kejunya meleleh..
Jemput makan kawan-kawan.
Bismillah...