Kak Maheran berkata, "Sedap lauk ni nih. Kalau awak tak makan nasi dengan ikan masak taucu ni.. awak akan teringat-ingat nanti. Tak pasal-pasal awak kena masak sendiri. Mari makan." 😂😂
Saya pun menjamahlah hidangan tengahari tersebut. Sedap juga rasanya. Makan pula panas-panas dengan perut yang lapat pula. Saya makan masakan ini semasa saya mula bertugas di Tanjong Sepat, daerah Kuala Langat, Selangor. Zu yang masak, diajar oleh Kak Maheran. Kak Hasmah pula terror tumbuk sambal belacan. Terangkat!!
RESEPI IKAN CENCARU MASAK TAUCU PEDAS MANIS
Oleh Dapur Cempakasari
Bahan-bahannya
1 ekor ikan cencaru saiz besar
*2 biji bawang putih
*1/2 inci halia
*10 biji cili padi - Mak Hencik guna 2 biji jer. 😂😂
Bahan bertanda * ditumbuk kasar
1 biji lada besar - dipotong serong
1 batang serai - diketuk
1 keping asam gelugur
1 biji tomato - dipotong wedges
1/2 labu bawang besar Holand - dipotong wedges
3 sudu besar taucu
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap
1 sudu besar gula
1 1/2 cawan air
3 sudu besar minyak masak untuk menumis
1 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan 1/2 cawan air - jika suka
Cara-cara membuatnya
Mer ler..
Mula-mula kita sediakan bahan-bahannya dulu.
Ikan disiang, dibersihkan dan ditos. Bahagian yang keras Mak Hencik dibuang. Dengan harapan berbunga agar kuah taucu nanti meresap ke dalam isi ikan. Juga supaya mudah nak dicubit dan dimakan.. 😃😃
Ikan digoreng sehingga masak. Tak perlu garing. Tak perlu juga letak garam. Sebabnya taucu tu dah ada rasa masin yakmat. Kang kalau letak juga jadi macam tertumpah garam selori. 😅😅
Ikan siap digoreng. Ketepikan dulu ya.
Tumbuk bawang putih, halia dan cili padi. Patutnya bubuh 10 biji tapi mengenangkan ada budak-budak kecil yang akan sama-sama mengisi perut juga nanti, Mak Hencik masukkan 2 biji sahaja. 💔💔
Bahan-bahan untuk digunakan nanti seperti serai, tomato, lada hijau dan bawang besar Holand.
Bahan paling utama mestilah taucu.. 💕💕
Jom kita masak kuah taucu pula.
Langkah 1
Panaskan sedikit minyak, masukkan bahan yang ditumbuk kasar. Kacau sedikit sehingga bawang keperangan.
Langkah 2
Masukkan tomato, serai, lada hijau dan bawang besar Holand. Kacau seketika.
Langkah 3
Masukkan air.
Langkah 4
Masukkan asam keping atau nama lainnya ialah asam gelugur. Masukkan juga gula.
Langkah 5
Masukkan taucu, sos tiram dan kicap manis.
Langkah 6
Biarkan kuah mendidih. Mak Hencik tak masukkan garam sebab pada Mak Hencik taucu ni dah cukup masin. Anyway, mungkin uols punya taucu tak berapa masin bolehlah tambah sedikit garam.
Kita masak kan nak suruh sedap. Jadi, pandai-pandaila kita adjust kan. 😁😁
Langkah 7
Masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Kalau korang suka kuah yang cair, langkah ini harap dilangkau ya.
Langkah 8
Akhir sekali masukkan ikan goreng tadi. Kacau seketika. Balik-balikkan ikan dan biarkan mereneh tiga-empat minit. Lepas tu boleh tutup api.
Langkah 9
Bila sudah siap segala maka bolehlah kita masukkan ikan taucu kita ke dalam bekas hidangan. Make up sikit dengan hirisan daun sup. Sedia untuk dinikmati.. apa lagi.. jemputlah makan. Takkan nak tengok sajer.
Bismillah..