Selasa, 23 Oktober 2018

Biskut Samperit Dahlia Tanpa Telur sukatan cawan

Selain Hari Raya, kita juga boleh buat biskut ni sebagai kudapan.. atau sebagai buah tangan untuk majlis kenduri-kendara.



Ada banyak resepi samperit nih. Samperit susu, samperit cheese, samperit pandan dan samperit klasik. Sukatan dan bahan-bahan yang digunakan juga ada sedikit perbezaan, tapi yang penting ia adalah SAMPERIT! 😂😂😂

Resepi ini pula Mak Hencik ambil dari blog Cik Matahari. Asalnya dari sukatan metrik, tapi oleh kerana Mak Hencik kurang rajin dalam timbang-menimbang, Mak Hencik tukar ke sukatan cawan.

Pada tekak Mak Hencik ni rasanya sedap dan berderai bila masuk dalam mulut. Entahlah kalau korang tak suka.. ✌✌


Biskut Samperit Dahlia Tanpa Telur
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

250g mentega
1 cawan gula kastor, kurangkan 1 sudu besar sebab rasa cam manis kalau setengah cawan penuh.
1/2 cawan tepung kastard
1/2 cawan tepung jagung
1 1/2 cawan tepung red rose, kalau xde boleh jer ganti dengan tepung gandum ,( kalau lembik tambah lagi 1/2 cawan)
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara membuatnya

Jom mengukis!


Di dalam bekas yang sesuai, masukkan gula kastor, mentega dan esen vanila.


Mula-mula gaul guna sudip dahulu. Bila sudah agak sebati, baharulah guna jari-jemari kita.


Ia akan jadi macam di atas 👆👆. Jangan risau, teruskan sahaja usaha menguli.


Akhirnya adunan akan menjadi seperti di atas. 👆👆


Sediakan senjatanya. 😂😂😂 Acuan pecah 6, pecah 7, 8 hingga ke 15. Pilihlah yang mana suka. Untuk hari ini, Mak Hencik pilih acuan paling murah seperti gambar di atas.


Walaupun guna acuan murah, tapi cantiklah juga samperit kita ni.. 😂😂😂


Bakar pada suhu 170° selama 15-20 minit, atau ikut ragam oven masing-masing.

Tips: kata orang yang biasa buat biskut ni, supaya kelopaknya tak jatuh kita kena biarkan dulu dalam 15 ke 30 minit sebelum dibakar.


Bila dah masak, keluarkan dari oven. Sejukkan dahulu sebelum dimasukkan ke dalam balang kedap udara.


Yang 👆👆 nak bawa ke ofis. Pindahkan dari balang ke bekas cute nih. Berderai..

Jom menikmatinya..

Bismillah..

6 ulasan:

  1. Hi Kak terima kasih untuk resepi yg mudah dan sedap. Kami memang buat kek dan biscuit tanpa telur dan resepi kakak memang senang untuk ikut dan buat biskut ini. Sata baru habis buat biskut ini untukk Deepavali. Terma kasih kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi! Sama-sama kasih, dik. Sharing is caring. Selamat menyambut Deepavali

      Padam
  2. Hi sis kenapa doh saya lembik ye? Dah ikut sukatan yg sis bg tu. Adakah perlu tambah tepung?

    BalasPadam
  3. Kak,x rapuh sgt ke?sy bt telalu rapuh.

    BalasPadam