Sabtu, 1 Jun 2024

Kuih Badak Berendam

Kuih badak ni perlu ke masukkan badak?!

Ia adalah satu simbolik.  Kehidupan orang Melayu zaman dahulu adalah sangat berkait rapat dengan alam. Nama-nama anak pun di ambil dari alam persekitaran, termasuklah nama kuih.

Badak ni sejenis binatang yang suka berendam. Kuih ni pun berendam juga, berendam dalam kuah santan pekat, lemak dan manis. 

Enak?! Iya.. sangat enak.


Resepi Kuih Badak Berendam 

Oleh Dapur Cempakasari 


Bahan-bahan inti kelapa

3 cawan kelapa parut putih - pilih kelapa yang agak muda. 

2 sudu makan gula

1/2 cawan gula merah

1/2 sudu kecil garam 

3 tangkai bunga cengkih

2 helai daun pandan disimpul

1 cawan air

3 sudu besar tepung gandum.

Cara-cara buat inti kelapa 

1. Di dalam periuk, satukan air, gula merah, gula, garam, bunga cengkih dan daun pandan.

2. Bila gula merah sudah larut, masukkan kelapa parut. Kacau sehingga hampir kering 

3. Bila dah hampir kering, taburkan tepung gandum. Kacau lagi sehingga kering 

4. Tutup api dan sejukkan.


Inti kelapa yang siap dimasak.


Bahan-bahan Badak

2 cawan tepung pulut

2 sudu makan tepung beras pulut

3/4 cawan air daun pandan - 5 helai daun pandan dikisar bersama 3/4 cawan air.

2 sudu besar air kapur sederhana keruh.


Bahan-bahan Kuah Badak Berendam 

200 ml santan kotak 

4 cawan air

1/2 cawan gula - boleh tambah atau kurangkan secukup manis ikut selera

1 sudu kecil garam

1/2 cawan tepung beras dibancuh dengan satu cawan air - untuk memekatkan kuah

Daun pandan disimpul 


Jom kita ke dapur. Jommm



Sediakan air daun pandan. 

5 helai daun pandan dihiris kasar dan dikisar dengan 1 cawan air. Tapiskan.
Ketepikan dahulu.


Dalam bekas merah, masukkan 2 cawan tepung pulut, 2 sudu besar tepung beras dan sudu besar air kapur.

Kemudian tuang 3/4 cawan air pandan tadi. Gaul sebati.


Jika masih keras, tambah air pandan sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yang lembut.


Doh yang sudah boleh dibentuk. Warna ni warna hijau asli dari daun pandan, tanpa sebarang tambahan pewarna.

Cubit-cubit doh untuk setiap satu supaya bebola badak sama saiz.


Ambil satu bebola, leperkan atas tapak tangan kemudian masukkan satu sudu kecil inti kelapa.


Tutup semula dengan merapatkan adunan.


Gentel menjadi bulat.


Letak dalam bekas yang terlebih dahulu ditabur dengan tepung gandum. Sebenarnya apa-apa jenis gandum pun tak apa.

Sambil tu boleh dah panaskan periuk yang mengandungi air dan daun pandan yang disimpul.


Bila air sudah mendidih, masukkan bebola yang sudah siap tadi.


Bila bebola telah timbul, maksudnya ia telah masak.


Bolehlah ambik bebola badak tu.


Masukkan ke dalam bekas berisi air. Tujuannya supaya badak-badak tu tak melekat satu sama lain.

Ulangi proses sampai habis.

Jom buat kuah Badak Berendam pula.


Dalam periuk, masukkan 200 ml santan kotak, 4 cawan air, 1/2 cawan gula atau ikut selera masing-masing dan 1 sudu kecil garam. Jangan lupa, daun pandan disimpul pun masukkan sekali.

Buka api.

Kacau sekali-sekala sehingga kuah mendidih.


Bila sudah mendidih, masukkan bancuhan tepung beras pula. Tujuannya supaya kuah menjadi pekat.


Kemudian masukkan bebola badak-badak tadi ke dalam kuah.


Kacau lagi sekali-sekala sehingga kuah betul-betul pekat dan likat.




Dapat banyak seperiuk. Berbaloi sungguh.


Mak Hencik masukkan ke dalam bekas kecil supaya mudah dimakan. Satu bekas ada 3 ekor badak berendam.

Jom makan kawan-kawan.

Bismillah..


Rabu, 29 Mei 2024

Tips Rumah Bersih setiap Hari

Begini caranya nak bagi rumah bersih setiap masa..
Kalau rumah kecil ok la lagi nak bersih rumah setiap dari dari menyapu mengemop, mengelap dan segala bagai kerja rumah. Kalau rumah besar, adoii mau melepet kita dibuatnya. 

Oleh itu, jom kita follow tips yang hamba Allah share ni. Mak Hencik rasa ia sesuai untuk dipraktikkan. Rumah kita juga akan sentiasa berada dalam keadaan bersih.

Jom...

Kredit: Kamariah Hashim. Facebook Deco Rumah Cara Jimat (DRCJ)










Selasa, 28 Mei 2024

Bubur Caca Tepung Beras Versi Kelantan

Bubur Caca yang warna-warni macam cendul tu ke?! Jawapannya bukan. Bukan caca yang macam cendul tu ya. Mungkin kita boleh cuba buat bubur caca seperti zaman mak ayah tahun 90-an,  80-an ke bawah.


Versi ni salah satu versi bubur caca negeri Kelantan. Semasa emak Mak Hencik buat bubur ni, Mak Hencik tak peduli sangat. Tau-tau cedok dari periuk masukkan dalam mangkuk dan makan.

Mungkin orang lain ada resepi yang lain. Ini pula tambahan resepi dari orang tua kita. Resepi bubur caca zaman dulu-dulu.

Jom cuba!


Bubur Caca yang mudah dan sedap

Oleh Dapur Cempakasari 


Bahan-bahan caca

1 3/4 cawan tepung beras

1/3 cawan tepung gandum

2 1/2 cawan air panas mendidih

2 sudu makan air kapur sederhana keruh

Air untuk merebus caca

Daun pandan disimpul


Bahan-bahan bubur Caca

Caca yang kita buat tadi

4 cawan santan

2 keping manisan kerek saiz kecik

2 sudu besar gula

1/2 sudu kecil garam

2 helai daun pandan - disimpul


Cara-cara membuat caca


Satukan tepung beras, tepung gandum, air kapur dan air panas mendidih.


Gaul menggunakan senduk kayu sehingga sebati. Ketepikan.


Sediakan air untuk merebus caca. Masukkan sehelai daun pandan yang disimpul.


Masukkan adunan tepung dalam acuan. 


Acuan ni buat sendiri jer.. ambik bekas biskut yang tak diguna, tebuk lubang ikut saiz yang diingini.


Tekan adunan dalam acuan sehingga keluar dan jatuh ke dalam air mendidih


Gini la prosesnya


Gini rupa dia yang jatuh dalam air tengahari mendidih.


Bila caca dah timbul maksudnya ia telah masak.


Ambik caca.


Masukkan dalam bekas yang mengandungi air. 

Ulangi proses menekan acuan caca, tunggu hingga timbul baharu diangkat dan dimasukkan ke dalam air. Buat sampai habis.

Seterusnya kita buat bubur caca pula.


Dalam periuk, masukkan santan, gula, gula merah dan simpulan daun pandan.

Kacau sekali-sekala sehingga kuah mendidih.


Bila dah mendidih, masukkan caca yang ditoskan terlebih dahulu.


Kacau lagi sekali-sekala sehingga masak. Bila dah masak, tutup api dan hidangkan.


Dah siap .. bolehlah dimakan.

Jom kawan-kawan.. Bismillah 






Isnin, 27 Mei 2024

Masak Kari Kepala Ikan

Tak pandai masak kari?! Kari ikan? kari daging? Kari seafood? Ni pulak cara nak masak kari kepala ikan. 

Mari kita masak Kari Kepala Ikan. Cara yang mudah, sesuai untuk kita-kita yang baru nak belajar memasak kari.


Kari Kepala Ikan Mudah dan ringkas

Oleh Dapur Cempakasari 


Bahan-bahan 

1 keping kepala ikan - apa-apa jenis yang digemari seperti ikan merah, jenahak dll

7 ulas bawang merah 

2 ulas bawang putih

2 hiris halia

*Bawang merah, bawang putih dan halia ditumbuk 

3 sudu makan rempah kari ikan - dibancuh dengan setengah cawan air

1/2 sudu kecil asam jawa

2 cawan santan

1 tangkai daun Kari

2 biji lada besar hijau

1 biji terung, jika suka. 

Sedikit minyak untuk menumis

Bahan perasan: garam, gula dan serbuk perasa ayam


Jom.. jom masak kari sekarang..

Bahan-bahan tumis yang perlu ditumbuk atau dikisar.


Langkah 1

Panaskan minyak masak. Tumis bahan tumbuk/kisar tadi.


Masukkan 1 sudu besar cili kering kisar. Jika tiada, tak payah bubuh. Cili kisar ni menambahkan warna yang lebih menarik pada kuah kari nanti.

Kacau sehingga masak dan naik bau.


Langkah 2

Masukkan serbuk kari yang dicampur dengan air tadi. Kacau hingga rata dan naik minyak.


Langkah 3

Masukkan santan. Masukkan juga lada besar hijau, buah terung yang dipotong (jika suka. Boleh ganti dengan bendi juga jika suka) dan bahan-bahan perasa. Jangan lupa, masukkan juga asam jawa. Daun kari pun masukkan juga.

Biarkan kuah mereneh.


Langkah 4

Bila kuah dah mereneh, masukkan ikan.


Biar ikan dan terung masak sempurna sambil dikacau sekali-sekala.


Biarkan mendidih lagi buat seketika sambil dikacau sekali sekala.


Langkah 5

Bila ikan dah masak, terung dah masak, Bolehlah tutup api. Terung tu dah masak bila warna ungu kulit dia tu dah bertukar pucat warnanya.


Langkah 6

Bolehlah dihidangkan.

Jom makan kawan-kawan.

Bismillah..