Ahad, 8 Ogos 2021

Cara buat Suro Kelantan sukatan cawan yang mudah

Inilah suro@sugho,  versi negeri Kelantan yang unik. 


Orang lain buat bubur Assyura, dia pun nak buat juga. Orang lain panggil bubur Assyura, dia panggil suro sahaja.. 

😆😆😆

Suro ni adalah singkatan nama asyura dalam dialek Kelantan. Ia lembut macam kuih talam, rasanya pun manis dan ada rasa rempah.  Ada juga yang dimakan semasa masih cair. Suro yang pejal pula lebih tahan lama, dapat bertahan sehingga tiga hari ke seminggu. 

Ada 2 versi nak masak suro ni. Versi satu, kita lebur segala dlbagai dalam kuali atau kawah. Versi kedua pula kena tumis bahan kisar sehingga garing, kemudian toskan minyak dan campurkan ke dalam kuali atau kawah. 

Kali ni, Mak Hencik pilih versi satu. Tak kisahlah nak pilih versi yang mana pun, asalkan kita redha dan bahagia dengan pilihan kita..😆😆😆

Pernah makan suro?


RESEPI SURO @ SUGHO KELANTAN

Oleh Dapur Cempakasari


Bahan-bahan


1 1/2 cawan beras

1 cawan kacang hijau

2 ketul ubi keledek - dikupas kulit dan dipotong dadu saiz kecil ( Mak Hencik tak letak sebab takde stok)

1 tin jagung mnis

1  cawan rempah suro, dibancuh dengan sedikit air (kalau nak rasa  rempah yang kuat, tambah rempahnya 1/2 cawan lagi)


💙7 ulas bawang merah

💙1 ulas bawang putih

💙5 hiris halia

💙5 hiris lengkuas

💙2 batang serai - dipotong kasar

Bahan bertanda 💙 dikisar halus


5 liter air, tambah2 nanti ikut keperluan

1 keping (kerek) manisan kelantan saiz besar

3 sudu kecil garam halus (sudu metrik), boleh tambah kalau tak cukup rasa masin

2 1/2  cawan gula pasir -  manis juga, boleh kurangkan sikit kalau tak suka manis

1/2 kg daging - direbus dan disiat (Mak Hencik gantikan dengan serunding daging)

2 sudu besar (menimbun) kerisik

1/2 kg santan

❤️❤️❤️Boleh campur macam-macam dalam suro ni, contohnya labu pun boleh letak.


Cara-cara menyediakannya.

Jom jom kita ke dapur, buat persediaan bahan.


Beras dibasuh bersih, Ketepikan.


Kacang hijau dibasuh bersih. Ketepikan. Nak lagi cepat empuk, rendam dulu kacang hijau sehingga kembang.



2 cawan serunding daging. Untuk resepi asal suro guna 1/2 kg daging yang direbus sehingga empuk dan dicarik-carik halus. Boleh juga tukar kepada isi ayam carik.


7 ulas bawang merah, 1 ulas bawang putih, 5 hiris halia, 5 hiris lengkuas dan 2 batang serai dipotong kasar. Semua bahan tu dikisar sehingga halus. Ketepikan.


1 kerek / keping manisan kelantan yang saiz besar. Kalau guna yang saiz kecil, letak 2 keping. Kalau guna gula merah dicadangkan letak secawan.

Dalam cup biru tu adalah rempah suro. Boleh beli di kedai online, ada banyak dijual.


Rempah suro sebanyak 1 1/2 cawan tu dibancuh dengan sedikit air. Jadilah bancuhan rempah suro.


Sediakan 2 sudu besar menimbun kerisik dan setengah kilo santan. 

Cara-cara membuatnya



🎶🎵Rebus beras dan kacang hijau bersama air sehingga lembut dan hancur. Mak Hencik guna pressure cooker jenama tak terkenal langsung tekan kat 'porridge' atau dalam bahasa Melayu disebut 'bubur.'

🎶🎵Kalau bubuh ubi keledek, rebus sekali arung dengan beras dan kacang hijau ni.


🎶🎵Dalam 30 minit, ubi keledek, beras dan kacang hijau pun dah jadi lembut.

🎶🎵 Bahan-bahan ni kena alih ke dalam kuali besar untuk proses seterusnya.


🎶🎵Dalam kuali yang besar, masukkan 3 liter air dan masukkan ubi keledek, nasi, kacang hijau lembik tadi serta 1 tin jagung.  Masukkan juga serunding atau daging carik tadi  Kacau sekali- sekala sehingga sebati.

🎶🎵Apabila air sudah hampir kering, tambah lagi 2 liter air. Kacau lagi sehingga nasi dan kacang hijau tadi hancur dan jadi adunan mesra.

🎶🎵Saiz kuali yang Mak Hencik guna tu muat 4-5 ekor masak rendang ayam.


🎶🎵 Masukkan bahan kisar, garam, gula dan nisse @ manisan kerek. Kacau rata.


🎶🎵 Kemudian masukkan pula bancuhan rempah suro.


 🎶🎵Kacau lagi. Kacau lagi.
(Gelap sangat pulak nampak lengan laki den.. Apa nak kata.. Den dapat yang jenis tall, dark and handsome..ha3)


🎶🎵"Kacau bang, jangan tak kacau."


🎶🎵 Nampaknya air dah hampir kering.


🎶🎵Masukkan 2 sudu besar menimbun kerisik.


🎶🎵 Masukkan santan pula.


🎶🎵Kacau lagi. Kacau lagi.
"Kacau bang, jangan tak kacau."


🎶🎵Kacau sehingga adunan pekat Dan likat. 



🎶🎵Bila dah pekat dan likat macam kat atas tu, hasilnya masih lagi lembik bila disejukkan. Jadi teruskan mengacau dalam 30 minit lagi, baharulah boleh tutup api.

🎶🎵 Mestilah dikacau selalu supaya bawahnya tidak berkerak dan hangus.

🎶🎵Tapi kalau korank suka suro yang lembik, kelikatan macam kat atas tu dah boleh tutup api dah.


🎶🎵 Sediakan bekas untuk masukkan suro. Alas dengan daun pisang untuk dapatkan aromanya. Mak Hencik guna loyang 10"X10". Dapat 2 loyang.

🎶🎵 Sejukkan sebelum dipotong dan dimakan. 

🎶🎵Satu lagi kalau suka, tabur kat atas suro tu beras goreng tanpa minyak yang dikisar halus.

🎶🎵Jom rasa.. Bismillah..


Khamis, 29 Julai 2021

Biskut Butter Abu Ain (yang kacak)

Nak resepi biskut yang sedap tapi mudah nak buat? Ni haa.. boleh try biskut butter ni. Ada rasa macam biskut butter yang dalam tin tu. Dan yang penting ianya sedap dan rangup!


Kali pertama buat biskut ni ialah pada hari raya Aidil Fitri dua tahun lepas. Oleh kerana rupanya tak berapa menarik, anak-anak pun tak makan. Lagi satu mungkin sebab first time buat dan yang keduanya mungkin banyak lagi biskut-biskut lain yang ada yang dah biasa buat dan sedap rasanya.



Saya pun bawa ke tempat kerja. Kawan-kawan ofis cuba makan, terus minta resepi. Sedap kata mereka, rasa macam biskut dalam tin. 😁😁



RESEPI BISKUT BUTTER ABU AIN (YANG KACAK)
Oleh Dapur Cempakasari
Resepi asal: Khairul Hakimin Muhammad

Bahan-bahan

250gm butter @ mentega 
1 cawan gula  halus
2 1/2 cawan tepung gandum. (Mak Hencik tambah lagi 1/2 cawan)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla

Piping bag

Cara-cara membuatnya

Jom.. jom.. jom kita membiskut!


💝Ayak tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat. Ketepikan 

💝Dalam sebuah bekas lain, masukkan butter @ mentega, 2 biji telur dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.


💝Tambahkan tepung gandum yang diayak tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau menggunakan spatula atau sudip kayu sehingga sebati.

💝Adunan memang sangat lembut atau dengan kata lain - lembik.


💝Bila bahan sudah bergaul mesra, masukkan ke dalam piping bag.

💝 Sediakan loyang. Alas loyang dengan baking paper.

💝Masa ni dah boleh panaskan oven pada suhu 180°C selama 10 minit.

💝Paipkan adunan ke dalam dulang.

💝Tips: simpan dalam peti sejuk selama 1 jam untuk hasil yang lebih rangup.


💗Jika simpan dalam peti sejuk, tunggu adunan lembut sedikit supaya senang dipaip ke dalam dulang pembakar.

💗Jarakkan sedikit antara biskut tu kerana ia akan kembang sekali ganda semasa dibakar.


💗Bakar pada suhu 170°C selama 18 minit atau ikut ragam oven masing-masing.

💗 Apabila sudah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan sebentar sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

💗Semasa masih panas, biskut akan ada rasa lembut di bahagian tengahnya. Walau bagaimana pun, apabila biskut sudah betul-betul sejuk, ia akan menjadi keras dan sangat rangup apabila dikunyah.

💗Jemput makan. Bismillah.. mmm memang sedap.

Jumaat, 23 Julai 2021

Koleh Kacang Tahi Minyak

Antara kuih tempatan yang popular di majlis keramaian. Lemak dan manis sesedap rasa. Tak rugi untuk dicuba!


Mak Hencik tak pasti namanya kole ke koleh? Setau Mak Hencik, kole tu bekas untuk isi air. Manakala koleh pula adalah sejenis kuih. 

Tak kisahlah kan apa nama dia. Yang pasti koleh kacang yang kita nak masak pada hari ini adalah sejenis kuih. Lagi satu.. tahi minyak ni pun halal, bersih dan suci serta boleh dimakan. 😆😆😆


RESEPI KOLEH KACANG TAHI MINYAK

Oleh Dapur Cempakasari

Resepi asal: Eli Bostamam via FB Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan


Bahan-bahan

🍂 Tahi Minyak

      2 cawan santan - masak sampai jadi tahi minyak..nak jadi halus-halus kena kacau selalu ye


🍂 Air gula merah

      2 cawan gula merah

      2 cawan air

      4 sudu besar gula

      2 helai daun pandan, disimpul

      ~ masak sampai gula larut, tapis.


🍂Koleh Kacang

      4 cawan santan

      2 cawan tepung kacang hijau 

      air gula merah yang ditapis tadi

     4 sudu besar  minyak dari  tahi

      minyak tadi

     Sedikit garam

     

Cara-cara membuatnya.


Mula-mula kita buat tahi minyak. Senang jer nak buat. Jom..


🌸Masukkan 2 cawan santan ke dalam kuali. Buka api. 


🌸Biarkan dulu sehingga santan mendidih sambil dikacau sekali sekala.


🌸Bila tahi minyak sudah terbentuk, terus kacau supaya tidak hangus.


🌸Bila  warna tahi minyak sudah ke warna hampir perang, terus tutup api.


🌸Asingkan tahi minyak dan minyak supaya tahi minyak tidak hangus. Kalau  tahi minyak dah hangus, nanti rasa dia akan jadi tak sedap.


🌸Toskan tahi minyak. Ketepikan.

Masak air gula merah pula. 


🌸Masak 2 cawan gula merah, 4 sudu besar gula, dua helai daun pandan yang disimpul bersama dua cawan air sehingga gula merah larut.

🌸Bila gula merah sudah larut, tapis dan ketepikan.

Jom buat kole kacang pula.


🌸Dalam sebuah bekas, campurkan 2 cawan tepung kacang hijau, 4 sudu besar minyak tahi minyak bersama 4 cawan santan,  dan sedikit garam. Kacau sehingga sebati.

🌸Tapiskan ke dalam kuali non stick.  Jangan buka api dulu.


🌸Tuang pula air gula merah tadi. Kacau lagi sehingga sebati.


🌸Buka api. Kacau perlahan-lahan. Mula-mula ia ringan lagi sebab masih cair.


🌸 Teruskan mengacau sehingga ia likat. Masa ni dah berat la sikit.


🌸Bila jadi pekat macam ni ☝🏼, bolehlah tutup api.


🌸Sediakan loyang 10"X10" yang disapu dengan minyak dan dialas dengan plastik yang lebih besar dari saiz loyang.


🌸Kaupkan semua adunan ke dalam loyang. Ratakan atasnya.


🌸Tips nak buat bahagian atasnya licin ialah guna sudu atau spatula. Belakang sudu atau spatula tu celup dengan minyak lebihan tahi minyak tadi atau guna minyak masak pun takper.


🌸 Ratakan bahagian atasnya dengan belakang sudu atau spatula yang dicelup minyak.


🌸Lepas tu bolehlah ditabur dengan tahi minyak tadi.

🌸 Tunggu sejuk dahulu baharulah boleh dipotong.


🌸Dah sejuk, bolehlah dipotong dan dihidangkan.

🌸Jemput makan kawan-kawan.. Bismillah..