Petang-petang makan karipap memanglah sedap. Makan pula panas-panas. Kulitnya rangup.. inti kentang pula pedas-pedas manis. Alahaiiiii.. sedapnya. ππ
Karipap ni juga kadang-kadang difrozenkan untuk sarapan pagi anak-anak sebelum pergi ke sekolah. Kalau tak sempat buat atau terus-terang jer laa.. malas nak buat, kikiki, ku beli jer..
Kalau dihitung-hitung, dikira-kira, ku rasa macam lebih banyak beli pula daripada buat sendiri. πππ Korang macammana? Hari ni kita jadi rajin. Jom buat sendiri. Caiyokkk!
RESEPI KARIPAP KENTANG
Oleh Dapur Cempakasari
DOH KARIPAP
Bahan-bahan
4 cawan tepung gandum
3/4 cawan minyak masak - dipanaskan
3/4 cawan air ais
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk perasa ikan bilis
INTI KENTANG
Bahan inti kentang
5 biji ubi kentang saiz besar - dipotong dadu
1 biji bawang merah besar - dicincang
1 biji bawang putih - dicincang
2 hiris halia - dicincang
3 sudu besar serbuk kari atau secukupnya - dibancuh dengan sedikit air
6 sudu besar gula - kurangkan jika tidak suka rasa manis
1 sudu kecil serbuk pati ikan bilis
Cara-cara membuatnya.
Jom....
Kita buat intinya dulu.
Ubi kentang dibasuh bersih kemudian dipotong dadu.
Rebus ubi kentang yang telah dipotong dadu sehingga empuk. Bila dah empuk, toskan air.
Tips: kalau nak bagi tahan lama, kentang ni boleh digoreng dengan minyak.
Cincang daging burger. Kalau tak suka daging burger, tukar dengan isi ayam atau daging cincang atau isi ayam carik atau daging carik. Hurmmm.. banyaknya atau.. ππ
Cincang bawang putih, bawang merah dan halia. Sediakan juga serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air.
Mula-mula kita tumis bahan cincang seperti bawang putih, bawang merah dan halia sehingga layu. Kemudian masukkan bancuhan rempah kari. Kacau sehingga hampir kering.
Seterusnya masukkan daging burger. Kacau lagi sehingga daging masak.
Masukkan pula kentang dadu yang telah direbus tadi. Gaul rata.
Masukkan serbuk perasa ikan bilis dan gula secukupnya. Gaul lagi.
Kita tak perlu masak lama sangat sebab kentang tu sudah masak. Tinggal nak bagi kering air jer lagi.
Akhir sekali, masukkan tepung gandum. Kacau sehingga kering.
Ekceli kalau bubuh tepung ni, secara automatik ia akan jadi pekat. Yang ni nih, Mak Hencik tengok mak cik kantin yang buat. πππ
Dah siap, masukkan dalam bekas. Biarkan sejuk dulu.. Tunggu ler nak menguli kulit kepap pulak.. dok diam-diam nooooo...
Cara-cara buat doh karipap dan karipap.
Jommmmm...
Mula-mula panaskan minyak masak. Sementara itu, kita ambil bekas adunan, masukkan tepung gandum, garam dan serbuk perasa ikan bilis. Gaul rata.
Lepas tu kita tuang minyak panas ke dalam bekas yang berisi tepung tadi. Hati-hati sebab minyak tu sangat panas.
Hahhh! Berbuih dia tu.. dengan menggunakan sudip kayu, gaul sehingga rata. Bila minyak dah agak sejuk, barulah kita guna jari-jemari kita yang halus-mulus dan runcing seperti bendi. Kahkahkah. Gaul sehingga sehingga rata.
Ni tepung yang diadun dengan minyak tadi.
Kemudian masukkan air.
Uli sehingga menjadi doh.
Ni ler ghupernya doh kita. Macammana? Buruk tak? Kahkahkah
Doh tadi dibulatkan sebesar bola ping pong. Kecil sikitlah kot. Kalau kulit kepap tebal sangat tak sedap pula. Pandai-pandai koranglah yea.. Mak Hencik tak kuasa aihh nak main timbang menimbang nih. ππ
Ambil torak, nipiskan doh yang bulat tadi tu..
Mak Hencik buat semua terus.. tinggal bubuh inti jer nanti. Cepat sikit kerja ku ni..
Sediakan dulu bancuhan tepung dan sedikit air sebagai pelekat. Nanti kepap tertutup jer mulutnya.. π·π·
Ambil inti kentang tadi. Bolehlah kita mulakan langkah membuat karipap.
Langkah 1
Ambil sekeping doh nipis. Letak atas acuan karipap. Letakkan inti di tengah.
Langkah 2
Sapu tepinya dengan bancuhan tepung untuk melekatkan kedua belah karipap tu. Mak Hencik tak terrer, jadi kena buat gaya gini baru tak ternganga karipapnya nanti. InsyaaAllah..
Siap sebiji karipap. Kalau nak kelim tepinya tu bolehlaa kelim. Doh buruk tadi dah jadi cantikkk. Magik korang nih! πΌπΌπΌ
Susun dalam dulang cantik-cantik.
Bolehlah kita menggoreng dalam minyak yang banyak dan panas. Balikkan supaya masak sekata.
Dah masak, angkat dan toskan minyak. Memang flawless sungguh. Ko pakai jenama apa wahai kepap?!
Masukkan ke dalam pinggan hidangan. Sedia untuk dinikmati..
Jom menikmati karipap kentang kita bersama segelas minuman kegemaran.
Bismillah..
Mmm..sedapnya. πππππ