Khamis, 3 Jun 2021

Semperit Papan Pandan

Satu masuk dalam mulut. Cair. Habis. Satu masuk dalam mulut. Cair. Habis.
Satu masuk dalam mulut. Cair. Habis.
Aikkk.. naper tu.. ohhh.. rupanya sebab sedap sangat..!🙈🙈🙈


Semperit papan ni sama juga adunannya dengan biskut semperit bunga daisy, cuma bentuknya nipis dan panjang dalam 2 ke 3 inci.

Rasanya pun tiada bezanya, cuma is lebih lembut sebab ia nipis. Kepada penggemar biskut semperit, bolehlah cuba versi pandan bentuk papan juga. 


RESEPI BISKUT SEMPERIT PAPAN PANDAN
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

250gm buku mentega 
1 cawan gula halus
1 biji telur
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung kastard
1 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil pewarna hijau

Sedikit coklat rice warna-warni jika suka, sebagai hiasan

Cara-cara membuatnya

Jom.. jom.. kita ke dapur.


💛Di dalam bekas adunan, masukkan 1 buku mentega, 1 cawan gula, 1 biji telur dan 1 sudu kecil esen vanilla.

💛Kacau sehingga rata menggunakan spatula atau senduk kayu. 


💛Bila sudah rata masukkan tepung kastard sedikit demi sedikit diikuti dengan tepung jagung dan tepung gandum. Akhir sekali bubuhkan tepung beras.


💛Uli sehingga sebati. Adunannya pun lembut jer.


💛Sediakan loyang yang disapu dengan sedikit mentega atau alas jer dengan backing paper..


💛Mak Hencik guna acuan tat nenas yang tekan tu. Jadi, just masukkan adunan dalam acuan dan tekan sehingga keluar bentuk. 

💛Kalau buat panjang-panjang lagi cepat siap. Hihihi


💛Lepas tu ambik pisau plastik dan potong kepada 2 setengah inci panjang. (Saiz panjang mana tu sebetulnya ikut uols laa yea..)


💛 Pastu alih ke atas dulang. 

💛 Kalau suka, bolehlah ditabur coklat rice warna-warni sebagai hiasan. Tak nak letak pun takper.


💛Adunan ni dapat banyak juga yea.. 

💛Panaskan oven suhu 180°C selama 10 minit.

💛Kemudian bakar selama 15 ke 20 minit, ikut ragam oven memasing.


💛Bila dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sehingga sejuk sedikit.


💛Bila dah sejuk sikit, bolehlah masukkan ke dalam balang.

💛Bila nak makan, bolehlah ambik dan makan..

💛 Bismillah.. mmm.. rangup!

Rabu, 2 Jun 2021

Cara buat cakoi mudah giler

 Garing di luar, lembut di dalam. Mmmm.. memang padu!


Setiap orang ada pengalaman q zaman kanak-kanak. Makan cakoi ni mengingatkan Mak Hencik kepada zaman kanak-kanak.

Abah selalu bawa balik cakoi untuk sarapan pagi. Cakoinya panjang dan saiznya lebih kurang sama dengan lengan budak tadika.

Rasanya.. adoila.. sedapnya. Tambah-tambah jika dimakan semasa masih panas. Rangup di luar dan lembut di dalam. Berlubang-lubang rongga cakoi..


RESEPI CAKOI
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan A

3/4 cawan air suam
1 sudu besar serbuk yis segera
2 sudu besar gula

Bahan B

2 cawan tepung gandum
2 sudu besar minyak masak
1/2 sudu kecil garam

1/2kg minyak untuk menggoreng

Mari kita ke dapur.


💛Di dalam sebuah bekas, masukkan semua bahan A iaitu 3/4 cawan air suam, 1 sudu besar serbuk yis dan 2 sudu besar gula.

 💛Kacau hingga rata dan dibiarkan selama 15 minit, iaitu sehingga kembang dan berbuih. 


💛Di dalam sebuah bekas lain, masukkan semua bahan B seperti 2 cawan tepung gandum, 2 sudu besar minyak masak dan 1/2 sudu kecil garam. 

💛Gaul dengan hujung jari sehingga menjadi serbuk roti.


💛Bila campuran yis sudah kembang atau berbuih, tuang ke dalam bekas yang mengandungi campuran tepung gandum tadi.

💛Uli perlahan-lahan sehingga adunan tidak melekat di tangan.


💛Ambil kain maslin dan tutup adunan ini. Biarkan adunan kembang sekali ganda. Mungkin ia mengambil masa lebih kurang 30 ke 40 minit.


💛Adunan ni nampaknya dah kembang 


💛Keluarkan dari bekas dan letakkan di atas plastik pencanai yang telah ditabur dengan sedikit tepung gandum.

💛Tumbukkan adunan supaya udara keluar. Lepas tu uli sekejap. 


💛 Sediakan lidi dan celupkan di dalam gelas yang berisi air.


💛Ambil separuh daripada adunan tadi dan canaikan.

💛Ambil pisau plastik dan potong menjadi bentuk segi empat tepat.

💛Potong adunan berbentuk segiempat tepat tadi kepada saiz sebesar 1 jari. 

💛Mak Hencik dapat 8 potong.


💛Ambik lidi yang dicelup air tadi dan gariskan di atas adunan yang dipotong tu berselang-seli.


💛Lepas tu, angkat sekeping adunan yang ada garisan lidi dan lekatkan pada sekeping lagi adunan yang tiada garisan tadi.


💛Buat sampai habis.


💛Lepas tu panaskan minyak.


💛 Bila minyak sudah panas, ambil sepasang adunan tadi dan tarik kedua hujungnya sehingga ia menjadi panjang.

💛Lepas tu kita lepaskan ke dalam minyak panas.

💛 Perlahankan api supaya cakoi tidak hangus.


💛 Kita akan dapati cakoi akan terus kembang. Apabila cakoi sudah kekuningan, balikkan dia supaya ia masak sekata.


💛Bila sudah masak, angkat dan toskan minyak. Ulanglah menggoreng cakoi sehingga habisss..

💛Dah habis semua, hidangkan dalam pinggan yang cantik. Tapi Mak Hencik dan keluarga hari ni makan dalam bekas sejat macam tu ajer.. hahaha

💛Jom.. jom.. jom..

💛 Bismillah..


Selasa, 1 Jun 2021

Kerabu Pucuk Beko

Lama tak makan lauk tradisi orang Kelantan ni, kerabu pucuk beko. Awak pernah rasa?  Perghhhh sedap sangat. 

Dua ke tiga hari lepas, ada orang yang baik hati bagi kami pucuk beko. Orang yang baik hati tu ialah jiran sebelah rumah kami. Lalu, Pak Hencik minta Mak Hencik buatkan kerabu. Masa tu Mak Hencik dok sibuk bercinta menyiapkan tugasan untuk TTMIP. Jadi Mak Hencik pun dengan lembut gigi dari lidah meminta supaya simpankan dulu.. nanti saya buatkan lah..

Tengahari tadi, bila buka peti sejuk, Mak Hencik tengok memang elok lagi daunnya. 

Awak kenal pucuk beko?

Ni lah daun pucuk beko. Pucuk beko ni boleh dimakan. Selain pucuk, pokok beko ni pun ada buah, iaitu buah beko. Pucuk dan buah beko keduanya boleh dijadikan lauk hidangan untuk dimakan bersama nasi putih.

Jomlah kita buat kerabu pucuk beko.

RESEPI KERABU PUCUK BEKO

Oleh Dapur Cempakasari


Bahan-bahan

2 cekak pucuk beko

1/2 biji bawang merah besar

1 sudu kecil lada hitam - ditumbuk halus

1 cawan santan pekat - didihkan atas api sebentar

2 ekor ikan sardin atau apa-apa jenis ikan yang sesuai - dipanggang kemudian ambil isinya lalu ditumbuk halus

1/2 cawan kelapa parut - disangai kemudian ditumbuk halus.

1 biji limau kerat lintamg. (Mak Hencik guna lemon 🍋 sahaja)

Garam dan gula secukupnya.


Cara-cara menyediakannya.

Jom..jom..jom..


💮Siang daun pucuk beko. Ambil batang dan daun yang lembut sahaja.

💮Basuh bersih. 


💮Masukkan ke dalam periuk dan celur bersama sedikit air dan sedikit garam. Orang kata petua nak kurangkan rasa pahit pucuk beko kena bubuh sedikit garam semasa mencelur.


💮Bila pucuk beko dah layu, matikan api dan angkat. Toskan dan biarkan sejuk.


💮Bila sudah sejuk, perah pucuk beko tu tadi. Selepas itu, dipotong kasar.


💮 Masukkan ke dalam bekas dan Ketepikan 

Seterusnya..


💮Panggang 3 ekor ikan sardin sehingga masak. Tapi guna 2 ekor jer sebab saiz besar dan isi banyak.

💮Bila dah masak, sejukkan dan asingkan isi dengan tulang.


💮Lepas tu tumbuk sehingga lumat. Kalau nak guna pengisar kering pun boleh. Lagi cepat dan mudah.

💮Dah lumat, masukkan ke dalam mangkuk dan ketepikan.

Seterusnya..


💮Goreng tanpa minyak segenggam kelapa parut dengan api perlahan. Kelapa ni perlu dikacau selalu supaya tidak hangus.


💮Bila warnanya sudah berubah keperangan, tutup api. Terus alih masukkan ke dalam mangkuk.
Bukan apa, jika kita biarkan dalam kuali dikhuatiri haba panas dari kuali akan menyebabkan kelapa jadi hangus.


💮Bila dah sejuk sikit, bolehlah kita tumbuk kelapa kering sehingga lumat dan halus, tapi jangan rajin sangat sampai keluar minyak yea.

💮Nak blend kering pun boleh, lagi cepat kerja kita..

💮Dah siap, Ketepikan.


💮Ni pula 1 sudu kecil lada hitam dan bawang merah.

💮Tumbuk lada hitam sehingga lumat diikuti oleh bawang merah. Ketepikan.

Seterusnya..


💮Didihkan 1 1/2 cawan santan. Bila dah mendidih tutup api dan tuang ke dalam bekas. Ketepikan.


💮Ni antara bahan-bahan yang disediakan tadi. Ada santan, bawang dan lada hitam tumbuk, kelapa parut tumbuk dan limau nipis atau lemon. Seeloknya limau kerat lintamg kerana aroma dia perghhhh.. 

💮Ikan bakar tumbuk atau kisar halus jangan dilupa pula..

Operasi seterusnya..


💮Ambil bekas yang berisi pucuk beko tadi.

💮 Masukkan lada hitam dan bawang tumbuk, isi ikan bakar yang ditumbuk halus, garam, sedikit gula dan santan.


💮 Perahkan sebijik atau secukupnya jus limau nipis atau lemon atau limau kerat lintang.


💮Akhir sekali kelapa parut kisar.


💮Gaul hingga rata dan sebati.


💮Dah gaul rata dan sebati, bolehlah rasa. Baiki rasa kerabu sehingga sempurna seperti citarasa masing-masing.


💮 Masukkan dalam mangkuk hidang dan sedia untuk dinikmati dengan nasi putih dan lauk-pauk yang lain.

💮Jemput makan kawan-kawan..

💮 Bismillah..